Assalammualaikum, hi
Tadi aku update yang berwarna, yg ni tak berwarna, act ni lama punya, hehehe. Saja nakk update jugakk
poyo . HAHAHA. Korang rasa cantik ke tidak? Tak berapa nk kemas sangat la aku lukis kan. Tak khatam lagi, hehe, setakat sikit sikit tu boleh lah. Nak banyak tu takde laa.
Assalammualaikum, hi korang
Semalam kan aku ada cakap akuu nak melukis, tak berapa nak menjadi la pulakk
Ni je yang menjadi, okayy buruk kan? HUHU . Maklumlah dah lama tak pegang pencil kan, macam ni jadi nyee haha.
Assalammualaikum, Hi
Tadi aku tengah ber blogwalking, terjumpa satu giveaway dekat blog BEGIN A NEW LIFE , terasa macam nak join pulakk. Hee. Giveaway ni dia suruh buat motivational quotes. Aku join bukan sebab nak menang atau pun hadiah dia. Just suka sukaa.
"At my lowest : Allah is my 'HOPE' , At my darkest: Allah is my 'LIGHT' , At my weakest : Allah is my 'STRENGTH' , At my saddest : Allah is my Comforter"
Bila aku sedih atau jatuh, quotes tu selalu bangkit kan aku, quotes tu ada maksud yg tersurat dan tersirat, bila aku jatuh menjunam, quotes ni selalu jadikan aku bersemangat balik.
Memang aku degil, memang aku ego, tapi dalam ego aku dalam keras kepala aku, banyak benda yang aku sorok. Aku sorokkan sedih aku, aku sorokkan weakness aku. Aku sorokkan "AIRMATA" aku. Aku jenis yg payahh nak mengalah, give up tuu mungkin benda yg terakhir. Tapi bila aku dah cakap aku mengalah tu, mungkin ada sebabnye. Aku bukan jenis yang suka buat perangai, aku buat perangai dekat kau tuu mesti bersebab. Tak percaya, tanya ibu abah akuu. Diorangg kenal aku dari aku lahir lagii, diorang sendiri kadang tak faham dgn akuu. Kadang aku terlalu agresiff kadang aku juga terlalu sensitif. Perangaii aku tak boleh diramal dan tak boleh dibaca. Sekali kau kata aku, selamanye aku kata kau. Tu sifat buruk akuu. DENDAM!
yess, abah aku sendiri cakap akuu ada satu sifat buruk yg aku perlu padamkan, iaitu DENDAM. Aku terlalu berdendam. Aku tak boleh orang buat aku. Tapi abah aku cakap aku jenis kalau orang tu baik dengan aku, aku akan terus berikan layanan first class dekat dia. Aku sendiri tak faham aku, macam mana? Aku ego, yes memang ego! Tapi ego aku boleh hilang kalau kau berlembut dengan akuu, tapi kalau kau pun berkasar, sorry to say, hati aku jadi batu terus kot, HAHAH
Kau nampak je macam aku tak kisah, kau nampak macam aku tak peduli. Tapi ada kau selam dalam dalam ? no comment. Kau cakap kau tahu aku, tapi diri kau salah kau, ada kau tahu?! Aku sendiri tak tahu nak cakap apa lagi. nanti aku diam kau cakap aku kurang ajar, aku bersuara kau cakap aku melawan ego tinggi, jadi kau nak macam mana? Aku jadi air? terus mengalir, mcam tu? Penyakit dalam diri aku ni susah untuk hilangg, susah untuk dikawal, bila sekali akuberdendam sampai bila pun dendam tu takkan hilangg, even aku maaf kan. Abah aku kata ni PENYAKIT HATI!
Betul kata abah, aku ni degil tapi baik hati
bangga jap, Aku cukup pantang orangg usik family aku, cukup pantang, aku ni jenis kasar tapi sebenarnya lembut, nampak je kasar. Aku ni jugak sangat sangat manja dan sensitif, sebab aku sorang je perempuan, yg lain abang. abah kata yee bukan aku kata. Abah cakap aku perlu buang rasa dendam dan ego aku tu. Tapi aku tak rasa aku mampu :( Salah ke kalau aku terus ego? Salah ke kalau aku terus berdendam ? Hmmm
Assalammualaikum
Tahun 2016 ni ramai kawan aku kawen, yg dah dapat baby pun ada. Cepat je masa berlalu kan. Dulu korang lepak sesama, berebut aiskrim sesama dengan aku, tuptup dah jadi bini orang, tuptup dah jadi mak orangg
HAHAHA. Lepasni korang tengok jelha anak korang yg berebut aiskrem dengan akuu, korang tkpyah sebok.
Pegi kenduri mmbe aku haritu aku jumpa mmbe sek rendah, besar dah anak dia, yg sulung dah setahun yg kecik baru 4bulan, alahaiii comel nye anak kau beb
Bila aku cakap anak dia comel apa semua dia tanya akuu bila nak kawenn
Aku muda lagi okayy , hahahaha
Btw, tahnaih korangg yang dah kawen yang dah ada baby tuu,
Dalam grup akuu, yang dah kawen 2orang, dan dua dua dah ada baby, Anak fara paling taiko, kakyonng kata nye, hahaha, Anak intan, kecik lagi, baru 4bulan kott aku rasa . Tak sangka aku dah banyakk anak buah, kihkihh
tahniah sayang sayang semua, semoga hubungan korang kekal hingga anak cucu
Assalammualaikum gais,
Haritu aku ada cakap pasal sticker tu kan, kan. Ingat tak? Sticker dahh siap design
Simple je deorang buat, korang rasa okayy takk ?
Acane? Okay ke tidak? Simple je kan? Tp ni baru sample je, tak siap sepenuhnye lagii, even sample je, tahap keterujaan aku melonjakk naik 97% HAHA, sebab apa, sebab sticker aku dah nampak wajahh, hehee
Murah pun murahh tau buat kat tempat aku buat ni, If korang stay luar dari Teluk Intan Perak. Korang boleh search kt fb, Official Page diorang. BANNER LABS. Serius cantk design diorang tauu. Harga sangat berpatutan. Macam mcam diorang boleh buat, BANNER, STICKER, BAJU, KAD KAWEN, BUKU RESIT, DLL. Servis diorang mmg puas hati, if korang nak dalam kuantiti yg banyak , design yg tiptop meletops! Dengan harga yang murah. Memang BANNER LABS ni sesuai utk korangg
Assalammualaikum...
Alhamdulillah, lagi seminggu sticker untuk "SHOP" dah nak siap, hee. Waa, tak sabar nyee nak tunggu sticker dan voucher discount sampai, hee :D
Korang doa doakan la online store aku berjaya yee, if korang nak support boleh la singgah singgah yee, tapi blog tk berapa banyakk gambar lagi. Belum siap sepenuhnye xD Maklum laa, tuan punya badan busy, banyak benda nak kena settle. Ingat kan senang nak open bisnes ni, rupa nye susah.
Nasib la ramai yg support, kalau ikut aku. Memang dh lama stop dah, aku ni jenis cepat fedup! HAHA/ Nasib laa ada pakcik tuu, ibu abah semua support. Hilang sikit problem yg nak kena hadap tuu, ringan sikit rasa nye. HEHE
Jemput la tengokk barang yee, nak tauu barang dengan details, letak no wassap korang, nnt aku bagi korang gambar barang yg ade okay :D
"Sometimes you don't realize your own strength until you come to face to face with your own greatest weakness"
Memang pun, aku tak tahu kekuatan aku sendiri, bila aku dh hadap masalah tu baru aku tahu, hmm. Kadang payah untuk jadi kuat, tapi semangat aku ada, aku bangun dan kuatkan diri tabahkan diri :)
"At my lowest : Allah is my 'HOPE' , At my darkest: Allah is my 'LIGHT' , At my weakest : Allah is my 'STRENGTH' , At my saddest : Allah is my Comforter"
Kadang aku terfikir, kenapa aku di duga macam ni, kenapa aku jatuh tersungkur macam ni, kenapa aku diberi dugaan seberat ni, KENAPA? Persoalan ni bermain dalam otak aku, persoalan ni berkampung dalam fikiran aku. Tapi bila aku fikir balik, Allah takkan uji kalau aku tak mampu, kan? Allah tahu kekuatan hamba-Nya. Semoga aku sentiasa tabah dan sentiasa diberi kekuatan :)
Assalammualaikum..
Sekarang ni tengah musim durian kan? Kat kampung aku pun memang tengah berlambak durian. Balik kampung ni memang kenyang perut ohh dengan durian. Kt penang aku usha harga pon malas nak beli dah, mahal lagii kat sana tuu. Kat sini mak aku bawak dua guni baru RM20, makan la kau sampai buntat perut. HAHA
Aku buah durian ni tak berapa sangat. Tapi kalau mak aku buat sambal tempoyak kacau ke, bubur durian ke, memang aku la yang tukang bagi habis. Serius sedapp wehh. Lagi kalau mak aku buat bubur durian sekali dengan pulut, wuishh dea punya leleh, sedap ohh ! Korang pernah makan tak sambal tempoyak kacau ?
Tapi yg jual tu biar la jujur yee, jangan la jual durian mangko, kesian orang yg beli tu. Dia beli nak makan, yg bagi durian yg rosak ape semua tu kenapa? Kdg ada yang diorg tak tahu, tu boleh la dimaafkan, yg jenis terang terang tau tuu yg jadi masalah. Kesian tauu!
\
If korang nak makan durian puas puas kat perak, korang boleh pegi dekat sungkai, sebelum tol sungkai ada satu gerai kecik, harga okay la bagi aku. Tapi buah dia memang puas hati, sedap! Kalau korang stay teluk intan, korang boleh pegi dekat jambatan kg bahagia, kat situ durian dia murah. Buah pon elok tau.
Kalau korang rasa nak makan "tempoyak kacau" tuu, korang boleh cari GERAI IBU LANGKAP, dekat jalan besar langkap, situu korangboleh dapat. Tapi tak selalu ada tempoyak kacau ni, yg selalu ada kat GERAI IBU LANGKAP ni, sambal tempoyak. dan kat situ makanan diorang banyak pilihan tau, aku rasa sayur je dah 6/7 jenis. Lauk? Memang macam macam la. Kalau datang LANGKAP PERAK, boleh cari yee, HEE
Assalammualaikum..
Alhamdulillah, kejap je dah bulan 8! Bulan MERDEKA! Teringat masa sekolah dulu, kalau sekolah rendah aku rajin masuk macam macam competition ! Sekolah rendah la zaman bebudak. HAHAHA
Masuk sekolah menengah aku just masuk yangberkaitan dengan sukan je, bab nak menghias bagai ni memang bukan dia la malas . Ngehngeh!
Sekolah rendah
Aku paling suka masuk bersajak, memang ada je sajak untuk bulan merdeka, nama aku wajib ada, wajib okayy ! Kalau aku tak letak nama, cikgu mesti cari aku, "Su, kenapa tk letak nama ni" Soalan yang aku akan dengar bila tak letak nama, dah macam artis femesnye, hahaha poyo ! Bersajak ni aku tak pernah dapat no satu pun sedih, aku akan dapat no dua je, sebab kembar tu payah sikit nak kalah kan, power betul diorang punya style, hahaha XD
Then, aku suka masuk basikal berhias, even aku tak reti nak menghias . Saja memenuhkan korum jee, haha, basikal yg jadi mangsa, ofcos basikal nissop, basikal dea senang nak bawak, haha. Time ni mesti aku bawak bendera besar besar sebab nak lawan dengan budak lelaki and budak kelas sebelah, pastu bila cikgu puji muka mula laa poyo nak mampus! cehh --'
Sekolah Menengah
Aku tak suka nak masuk acara apa pun, aku suka melepak je, cari port redup lepak dengan member semua. Kalau ada band, belakang drummer la duduk nye. Minat tp tak reti nak main, setakat ketuk, dum drang! dum drang! tu aku reti la, hahaha..
Pestu geng aku ni memang wanted sikit, ada je masalah nye kang, baling mercun la itu la ini la, ade je hal yang kitorang ni buat, kang tak pasal pasal kena panggil dengan cikgu norizan,
bila ingat balik kena rotan tu rindu la pulak, bila ingat balik kami marah cikgu sebab rotan kami tu sedih la pulak, Teruknye perangai, tp bila ingat balik perangai kami tu, hmm teruk nye. Even aku kena rotan kena cubit, kena sebat sampai 40 kali sampai tangan tkleh bergerak, sampai demam, aku tetap tak berani nak bagitahu ibu dengan abah, sebab apa? sebab kang aku kena lagi, dapat sakit je.
Pelik aku dengan budak sekarang ni, cubit sikit rotan sikit dah nak penjara cikgu saman bagi, fragile gila bak kata miss balqis. GEN strawberry memang manja, tapi tkde la tak boleh nak marah langsung, kang kalau tak kena marah dah besar nak kerja macam mana? Bos marah sikit kau dah nak report bagai, kau gila apa?
Rindu nye zaman sekolah, adik adik yang baru nak masuk zaman sek menengah ni, elok elok la ye, kalau dengan cikgu korang tak hormat, macam mana nak berkat ilmu tu, kalau ilmu berkat insha Allah berjaya dunia akhirat, dan hubungan dengan mak ayah pun jangan abaikan, tu paling penting, Keberkatan dari diorangg, doa diorang sangat penting. Hormat mak ayah korang dan cikgu korang tauu, ilmu yang kita cari takkan pernah habis.
Assalammualaikum, selamat malam,
waa, lamanye aku tak update. act taktau nak update apa. Penyakit malas dah datang memang semua benda aku malas nak buat. Hee XD
tetiba pulak harini aku ter-rajin nak edit blog ni, for the first time aku guna blogskins sendiri, hahaha. Header guna pixlr je, senang tk payah nak edit bagi transparent semua, dh siap sedia jadi transparent. Tapi pening kepala laa nak cari icon comel nak tepek kan. ahahah.
Assalammualaikum,
korang, mesti ada dengar cite pasal movie hot sekarang ni kan? Yang pelakon sivaji the boss tu, tak reti eja nama . Serius ramai gila kot pegi tengokk. Aku dah tengok, memang best cite dia, full of moral values! Even macam ada racist sikit but cite tu bgi banyak pengajaran yg kite boleh tengok. Macam mana diorang penjajah bahagi kan kita ikut kasta! Act aku tak faham sangat pasal kasta ni, then aku tanya la encik tunang, hahaha. Kamus bergerak aku! Nak tanya apa boleh tanya je, hahah
OKay back to the topic!
Korang tahu aku punya ralit usha kabali ni, sampaikan air aku tak terusik, serius syok ohh, encik tunang kat sebelah memang layan la, aku kat sebelah pon dia mana nak tengok --; Nak cite punya gempak, time dia keluar dari penjara tu, mak aihh semua orang dok suit suit bunyi tikus . Terkejut aku beb!
Tapi kabali ni cukup sayang bini dia, aduhh manis nye! Manis dia boleh bersemut beb! terharu aku nengok dia punya sayang kat bini dia, dia mesti pentingkan bini dia, apa pun mesti bini dia first, untung nye kalau dalam realiti wujud relay macam tu berangan .
Part yg paling best, time dia tanya bini dia, kenapa sayang dia, dia tak hensem hitam. Ayat bini dia memang win! yg encik tunang kat sebelah dah sengih macam kerang busuk ! Geram aku nengok nye.
Untuk korang yg tak tengok lagi, pergi tengok wehh, serius best, tak tipu, aku yg dah tengok ni pun nak pergi lagi. Tp tkde sape nk bawak! kesian aku. sobsob T-T Tengok weh jangan tak tengok.