Monday, 24 December 2018

Vietnam ( Ho chi minh city)

December 24, 2018 0 Comments
Masa umur aku 16tahun. Pertama kalinya ibu bawak aku travel. Aku umur 16 pun aku mcm budak2 lagi. Perangai pun boyish. Huhu. Vietnam negaera pertama yg aku merasa terbang. Masa tu seronok lah. Aku ni duduk kampung je. Sekali ibu bawak aku ke negara lain. So seronok lah. Seminggu tak silap aku, aku cuti. Masani ibu bawak aku pergi dgn makjang dan anak dia. Kakchik atau kitorang sepupu sepupu ni panggil dia mummy.


Masa sampai dekat sana. Mummy ni beli kn aku sim siap siap masa dekat airport tu. Setel beli sim apa semua. Dh ada transport yang tunggu kami dekat situ. Aku mmg mcm seronok lah. Amik gambar lah, video la. Aku mmg sejenis yg suka record video. So dkt tangan aku mmg sentiasa melekat handycam yg ibu hadiahkan masa besday aku time aku form3. Aku mcm terpegun tengok moto banyak sgt dekat sana. Sangat banyak. Kalau dkt traffic light tu. Mmg banyak moto. Dlm otak fikir 'tak berlanggar pulak ye' huhuu.

Hotel kitorang dkt dengan night market. Jalan ikut satu lorong ni. Lalu lah kedai banyak banyak. Situ ada restoran satu restoran yg kitorang akan makan tiap2 hari. Sepanjang berada dkt sana. Hotel ni dkt jugak dgn ben thanh market. Hari pertama tu kitorang pusing lah satu ben thanh market ni. Aku tk cari benda lain. Aku cari kasut je. Ibu bagi aku duit sendiri masa ni . Hadiah utk aku. Aku lupa sebab apa. Huhu sorry. Lepastu kitorang jalan sampai satu mall ni. Situ pun byk barang. And then dkt luar pulak. Tepi tepi jalan. Pun membeli.


Malam je mmg aku dgn family aku akan ke night market. Jalan jalan, cuci mata. Masa hari pertama ni dkt night market tk membeli. Tp mummy ni dia membeli tshirt. Utk anak anak dia. Hoze and leticia. Beli beli, sekali seller tu sembang tanya apa semua. Dia ckp dia ni boleh bawak mummy pegi beli kain untuk mummy buat tudung. Ohh lupa bgtau! Mummy ni dia ada bisnes tudung. Dia ada tailor sendiri. So dia dtg pun utk cari kain sambil tu bawak kami jalan jalan. Akak tu nama dia Sara tk silap aku. So dia lah tour guide kami untuk dua hari.

Hari kedua tu, Kak Sara ni dtg hotel amik kitorang. Btw, kaksara ni ckp melayu ye. Mak dia orang malaysia. Pergi lah kami ni lepas breakfast semua. Menuju ke destinasi pertama. Tempat dia bawak ni mcm market, tp jual kain je. And orang tua yg jual kain tu TAK PANDAI BERBAHASA LAIN. Nasib lah kaksara ni ada. Boleh tlog mummy. Mummy pun jalan kan lah tugas dia apa semua . Yang kami ni . Menyibuk jugak membeli kain. Especially ibu aku dgn makjang. Dkt 3jam dduk sini. Setel apa semua. Mumny setel untuk shipping sekali. Kaksara bawak kami makan pulak. Gerai, dkt dgn surau. Makanan dkt sini okay. Cumanya air dia kurang manis. Katanya orang sini mmg kurang manis dlm mkn minum. Thats why kurus. Huhu. Habis makan apa semua dia bawak kami pusing pusing bandar situ. Tengok taman. Tengok macam macam.


Ni lubang yg aku cakap tu

Second day, dia bawak kmi ke Chu Chi Tunnel. Perjalanan amik masa jugak lah utk sampai ke sana. Chu chi tunnel ni tempat peninggalan zaman perang. Dia terowong lah untuk askar askar vietnam ni berlindung, perang dan lain lain. Mula dia bwk kami tengok cara pembuatan kulit popia yg tahan untuk beberapa tahun. Dia tnjuk cara buat. Lepastu tunjuk cara buat kasut dgn menggunakan tayar. Sandal lah kn. Kulit popia tu ada di jual dkt situ. Dia bawak lah tengok dapur diorang mcm mana, dkt dalam terowong tu kena jalan 5km utk smpai ke satu tempat yg lain. Ada jugak yg 10km baru jumpa tempat lain. Terowong tu agak kecik. Mmg kita takkan sangka pun ada bnda dlm tu.

Dapur diorang pun dalam terowong tu, tapi daput tempat lain, asap tu diorang akan hala kan ke tempat lain. So kalau ada org nampak pun, contoh kata kalau bom pun, bom tmpt lain jauh dari diorang. Pandai kan? Ada jugak hospital dekat dlm tu, ada dewan macam macam lagi lah ada. Dh habis kitorang masuk terowong yg berjalan menunduk tu .Dia bawak keluar, renjer tu tnjuk lah ada satu lubang ni, petak tau. Tp kecik sgt. Muat2 badan aku je. Masa tu aku kurus lah. Hahahaha. Skg kalau aku masuk sangkut kot. Ckp pasal sangkut, dkt lubang tu lah, ada 'MATSALLEH' ni tersngkut. Dh tau sado. Merah merah muka dia, huhu.

Ada jugak tempat menembak dkt situu. Lepas habis lawatan semua. Dia akan bagi air teh kecik je cawan dia. Dengan ubi kayu cicah dgn gula. Uishhhh! Apahal sedap. Hahahaha. Byk jgk aku mkn. HHee. Dh penat semuanya. Kitorang pun gerak balik ke hotel. Hari pun dh beransur gelap. Sampai hotel semua kepenatan. Mandi rehat dan solat semua. Dalam pukul 9/10 tu mummy ajak keluar lagi pergi night market. Hahaah. Penat td tk habis lagi. Jalan lagi. Betul jalan ni. Huhu.


Hari ketiga dekat sana, ibu beli lagi brg dkt ben thanh market tu . Boleh pulak dia jumpa orang kampar kt situ. Orang tu kenal dia sebab suara je. 😂 Mcm tk percaya pulak. Huhuu. Sampai lah ke malam kitorang cuma pusing dekat situ situ je. Barang mmg boleh bukak pasaraya dh ni. Hahahaha. Balik bilik ibu dgn makjang tersandar tengok brg bnyak sgt. Tula beli lagi byk2. 😆 Malam last dkt sini kan ttu yg diorng dua sakan sgt tu membeli. Ibu untuk anak je dah 4, menantu lagi. Cucu lagi. Mcm mana ttk banyak. Ish ish.

Hari keempat, kitorang gerak ke airport. Mummy sangkut dkt kastam. Sbb byt tax kot. So kena lah byr. Tp alhamdulillah la tk byk. Ada satu grup tu. Dia beli brg guna dollar tau. Sekali dia kena byr dkt kastam, banyak. Kesian diorang 😶 selesai semuanya kami semua pun berangkat dari vietnam ke LCCT. Kenangan yg aku tkkan lupa smpai bila bila. Walaupun tk jauh mana, tp aku bahagia sbb aku pergi dgn family aku. Aku kalau boleh semua tmpt aku nk travel dengan family aku. Aku mmg nk berkepit dgn family je. Huhuuu.


Maaf lah ye kalau cerita tk menarik mana, aku akan cuba perbaiki penulisan aku. Gambar yg aku tepek aku amik dari google je. Sbb nya handycam aku dh rosak, dikerjakan anak anak buah aku tu 🤐 Gambar pulak semua dlm fb lama aku. Dah tk boleh bukak. So aku tepek jela gambar dari google ni utk korang ye. Sekian.....