Wednesday, 8 May 2019

Cik Epal, My fav blogger.

May 08, 2019 3 Comments

Assalammualaikum. Hi.
Korang mesti kenal siapa Cik epal kan? Aku suka keluar masuk blog dia dulu. Masatu aku pun takde blog lagi. Salah satu sebab aku selalu pegi blog dia sbb nama blog dia paling senang aku nk ingat. Heheh. Sampai sekarang aku masih follow blog dia. Dan aku jugak follow IG dia dan suami.

First aku suka pasal cik epal ni, cara dia. Cara dia menulis blog dia. Aku suka dengn cara penyampaian dia. Aku jugak suka tengok gambar gambar dia pergi travel sana sini. Srs aku suka. Lagi lagi dengan anak dia seketul Han. Senyum je kerja dia. Baru baru ni cik epal telah selamat melahirkan seorang puteri. Wehh comel anak dia. Hidung dia tu yg mahal. Putih nya lahai. Kalau letak sebelah aku dah mcm kopi susu dh. Kahkah.

Aku adore gila dengan cik epal. Banyak orang kata dia suka menunjuk. For me, aku tk rasa pun dia menunjuk. Aku rasa puas tau tengok dia unboxing barang yg dia beli. Contohnya handbag dior/balenciaga. Aku tahu aku tak mampu nk beli handbag semahal itu. So dengan tengok dia unbox aku jadi puashati wehh dpt tengok. Tengok pun jadilah. Kan? Hahaha. Korang dh tengok anak cik epal? Visit lah ig dia. Srs comel sangat. Geram aku. Tahniah cikepal. Cik epal bnyak bagi inspirasi untuk aku. Korang yg tak kenal cik epal tu boleh lah Tekan sini okayy. Selamat berpantang untuk cikepal. Dan selamat berpuasa untuk korang semua ❤️

Thursday, 2 May 2019

Kisah aku di fiksyen shasha

May 02, 2019 0 Comments


Pada tahun 2017, aku telah pun menghantar satu kisah berkenaan ibu aku kepada admin fiksyen shasha. Tujuan aku hanya sekadar meminta bantuan dari mereka yg mengenali sesiapa yg pandai berubat. Tadi aku saja mencari balik kisah aku di laman tersebut. Sebak rasa hati dengan kisah sendiri.

Aku ingat lagi. Lepas admin terima kisah aku dan siarkan dalam laman sesawang mereka. Banyak pembaca disana meninggalkan contact number pengamal perubatan islam utk aku hubungi. Alhamdulillah di ruangan komen blog tersebut, mereka tinggalkan komen yg sangat positif. Tetapi, diruangan komen facebook ada yg salah anggap dgn nama org yg berubat ibu aku. Mungkin sikap malas membaca membuat kn mereka tersalah anggap. Tidak mengapa. Pendapat orang lain lain kan?

Dengan cara aku siarkan kisah disana. Ada dua tiga orang aku hubungi utk bawa ibu aku berubat. Alhamdulillah selepas berjumpa mereka dengan izin Allah juga. Ibu aku beransur pulih. Dan sekarang aku bahagia melihat keadaan ibu aku. Semakin kuat dan sihat. Ibu aku kembali aktif seperti dulu sebelum dia sakit. Berkat doa dan sabar, ibu aku kini berjaya melawan sakitnya. Ada yg menyuruh kami menghantar balik sakit itu kepada tuannya. Tetapi ibu aku tidak sanggup. Ibu kata kalau kita bagi balik. Kita dan dia takde beza. Dan kalau kita hantar balik tidak terkena pada sipembuat tp terkena anak anak nya yg tidak berdosa. Mcm mana?

Dan smpai sekarang orang itu masih pura pura rapat dan ambil berat pasal ibu aku. Ibu cuma berhati hati. Dan tawakal. Semoga ibu aku dilindungi. Dan juga keluarga aku juga dilindungi hendaknya.

Kalau korang nk baca kisah yg aku hantar. Korang boleh cari di fiksyenshasha.com . Dengan cara penulisan aku korang akan tahu itu kisah aku. Taip je 'ibu' di ruangan search. Ada banyak kisah yang akan keluar. Tp korang akan tahu itu kisah aku dgn cra aku cerita. Aku gunakan nama samaran.

Kisah throwback yg membuat hati aku sebak. Keluarga aku kucar kacir. Ibu aku jatuh sakit. Skg, kisah yg terjadi menjadi satu pengajaran utk keluarga aku. Doakan semoga kami tidak lagi diganggu. Dan aku doakan korang yg pernah atau tengah merasa sihir ni tabah. Doa jangan tinggal. InshaAllah Allah tolong umatnya. 

Wednesday, 1 May 2019

Bloglist baru!

May 01, 2019 11 Comments

Assalammualaikum, Hi. Bulan baru ni aku tiba tiba rasa nk cari blogger yg sudi disenaraikan dlm bloglist aktif aku. Ada ke agak agaknya yg sudi?

Kalau korang berminat nk disenaraikan dalam bloglist aku. Korang boleh letak link blog korang. Ajak la kawan kawan korang sekali yg mana sudi tu. Aku tengok senarai bloglist aku agak membosankan. Aku nk lah perbaharui senarai tu. Blog dah baru dh. Senarai pun nk baru lah. Hahaha.

If korang berminat nk disenarai kan. Boleh la tinggalkan link korang kt komen ye. InshaAllah aku akan senarai kn korang. Tiada limit. Dont worry. Semoga ada lah yg sudi ye.