Assalammualaikum, Hai.
Okay tadi aku dh update pasal nikah. Now kita ke rumah pengantin perempuan pulak. Hehe. Majlis sebelah pengantin perempuan, diadakan di rumah dia, dekat taman apa ntah aku taktahu. Dekat dgn TF MART TELUK INTAN. Masa ni semua abang abang aku dh ada. Along aku sampai pagi, dia bawak mak mertua dia sekali. And reaction batrisyia bila ternampak ayah dia with mak baru dia, ya ofkos monyok. Biasalah kn. Firstday dia jumpa mmg agak awkward lah kan. Setelah berapa lama tak jumpa. Dan junpa pulak ada new mom and adik baru. So dia mcm susah nk terima. Setelah dipujuk dan akhirnya dia okay. Tp muka masih monyok lah yee. Huhuu.
Dari sebelah aku, agak ramai jugak lah ke sana. Pekerja mak aku je dah 6 orang yg pegi. Abang2 aku semua ada. Makcik pakcik aku pun ada. Anak2 diorang pun ada balik. Dalam 7-11 kereta jugak lah yg gerak dari langkap. Adik beradik abah aku takdan sampai. Sebab diorang sangkut jammed. Dari Penang, Kl, N9, kedah. Paklong dari N9, dia mmg bagitahu gerak lambat, sbb semua menantu dia nk ikut, tp ada kerja kena setel dulu. Diorang smpai petang.
Diorang gerak dari Langkap dalam pukul 1145. Smpai sana dalam 1215. Sanding pukul 1230. Tapi masa ni aku, kak eja(kakak ipar aku), dan batrisyia kena tinggal. Sebab lambat. Huhuu. Kitorang lambat pun sbb makeup. Ibu sponsor MUA. Hehe
Kami sampai rumah pengantin perempuan dlm pkl 1 cemtu lah. Kira diorang dh ke meja makan. Sampai sampai, makcik aku suruh ddk tempat pengantin skli. Makan dgn diorang. Abg roy & kakwa pun panggil kitorang, sbb yg lain dh bgun. Makan meja dpn, so kitorang bertiga ddk lah situ. Adik kakwawa ni dia tolong potong kn ayam lah. Dia lah yg serve kitorang.
Assalammualaikum, Hai gaiss.
Agak lama ehh aku menghilangkan diri. Masih ada lagi ke yg menjengah blog aku yg tak seberapa nih? Em emm. Ada tu terima kasih sangat sangat sebab sudi datang sini dan baca segala bebelan aku ni. InshaAllah aku akan cuba aktif mcm dlu balik. Aku kurang aktif skg sebabnya hp yg aku guna utk blogging retak. Pecah berderai. Susah utk aku nk buat content semua. Hmmm. Kalau ada sesiapa nk jual ipad boleh lah dm aku kt ig or fb.
So berbalik pada topik asal. Boyfriend aku dh kawin. Ya dh kawenn wehhhh T-T 6 december 2019 hari jumaat lepas asar dia sah jadi suami orang dh. I is sebak u know. Uhukkkkuhukkkk! Aku la yg siapkan dia semua. Ceh tipu je. Ofkos la ibu aku yg siap kn anak manja dia ni. Err. Ya boyfriend aku ni abang aku yg paling paling paling rapat dgn aku. Dari sekolah sampai lani, bila aku keluar dgn dia. Mmg aku akan pgg tangan dia. Aku ni baby dia katanya. Kehkeh. Tapi gaduh tetap gaduh. Manade yg adikberadik tak gaduh. Gaduh tu yg kenangan tu. kan? Huhu
So masa hari nikah tu. Tak ramai pun pegi. Abang aku yg sulung pun smpai hari sabtu pagi. Alang aku pun tkdan tgk dia nikah, diorg smpai pun dh selesai nikah dh. Masa hari nikah, ayah kakak ipar aku yg nikah kan diorg. Aku ckp kt abah, nnt adik kawin pun nk abah yg nikah kn. heehehe. Dengan sekali lafaz abang aku jadi suami org. Tp aku rasa mcm dua. Yg first punya abang aku okay. Cuma ayah pengantin pulak. Tersasul. Hahaa. Kadi pun gelakkan ayah pengantin perempuan. Sbb dia yg nervous. Iyela siapa je tk nervous. Lagi pulak nk lepaskan anak sendiri kan? Kalau ikut kn dh sah dh. Tp kadi tu kata ulang jela balik. So ulang lah. Abang aku kena lah belanja aku prosperity malam tu. sbbnya aku dgn dia bet, kalau sekali lafaz aku belanja dia properity. Tp kalau dua, dia yg belanja aku prosperity. Ngehngehh!
Rumah pengantin perempuan dgn rumah kami tak jauh mana pun. Pengantin perempuan stay dekat TELUK INTAN je. Dalam 10-15minit je dari langkap. 6hb Nikah, 7hb Sebelah perempuan dan 8hb sebelah lelaki. Apa pun tahniah bro. Habis dh anak lelaki ibu dh kahwin. Tinggal la aku sensorg tk kawin lagi. Huhuuuu. Diorang dh kawin pun aku tetap princess diorang. Hahahaha. Idontcare!