Assalammualaikum dan Hi. Ibu aku plan bulan 12 ni nak ke GENTING. Nak celebrate anniversary katanya. Boleh la spendtime dgn anak2 katanya. Tapi abang aku suruh cari homestay. Jenuh aku google, trivago apa semua. Tak byk homestay. Hmm
Korang tahu tak kalau hotel/homestay yg boleh muat 12 orang. Kalau boleh nk lah ddk satu bilik. Boleh lah membawang dgn family kan? Kalau ddk hotel. Bilik asing2 mcam tk berapa nk best.
Kalau korang tahu mana mana hotel/homestay boleh tinggalkan komen ya. Aku nk booked awal. Takut nnt lambat2 full pulak. Tak larat nk ulang alik. Huhuu.
Assalammualaikum dan Hi. Maaf lah dh berapa hari dh aku takda entry baru. Takda masa sgt. Busy dengan kucing, busy dgn ml. Busy dgn mendobi. Aipp, bukan malas. Mesin rosak brg tak smpai lagi --' Kira nk membawang je ye.
Sejak duduk kedai ni, banyak betul bawang yg aku kupas. Haha. Makcik makcik bawang sini byk bawak bawang utk dikupas bersama. Sharing is caring katanya. Suka je aku tengok makcik makcik ni berfesbuk. Tanya org macam mana nk masuk gambar la. Macam mana nk share. Terhibur aku.
Aku paling terhibur bila cik sam dtg. Dia tu lepas suami dia meninggal. Dia kurang ingat. Bahasa kitanya tu. Nyanyuk. Dia tk berapa ingat. Dia kalau belum balik mesti tanya "makcik dh bayar ke?" selagi dia belum balik dia akan tanya. Satu hari tu pakcik rashid ni dtg dia belanja satu kedai. Dia dh siap doa kn pakcik rashid tu. Lama2 dia tanya "Eh dh bayar ke tadi ye" satu kedai gelak. Dia pun sengih je.
Done membawang utk harini.
Assalammualaikum dan Hi. Alhamdulillah. First day berjalan lancar. Baru hari pertama tp ada sambutan. Bersyukur sgt dgn rezeki harini. Baru aku tahu mcm mana penat nya org berniaga. Mcm mana seronok nya tengok org membeli apa yg kita buat. Bahagia aku rasakan. Walaupun hanya sekeping roti canai kosong.
Tapi dengan hasil sekeping roti tu dpt membahagiakan hati aku, ibu dan abah aku. Itu sudah ckup. Ramai jugak mulut mulut bersuara. Rugi muda jd penebar roti je. Rugi anak dara keje kedai je. Aku nk bukti kn dkt mulut mulut tu, takde cela nya kerja kedai. Walaupun aku tk sehebat anak2 diorang. Tp rezeki yg aku cari rezeki yg halal. Dan benda yg aku buat ni, membahagiakan ibu dan abah aku.
Angah aku juga tk kurg rezeki nya. Ada yg dtg bungkus ada yg dtg bertandang. Aku dan angah cuba tepis segala suara, mata yg memandang rendah dkt kami. InshaAllah. Semoga kami berdua kuat untuk tempoh semuanya. Alhamdulillah juga, isteri pak uda aku dtg tolong kami. Rajin. Dia lah byk kuat kn kami. Byk tolong kami. Semoga Allah permudahkan segalanya utk kami. Amin.
Assalammualaikum. Dan hi. Gambar hanya sekadar hiasan. Masih practical di kedai ibu. Hehe. Harini selesai kenduri doa selamat untuk masuk kedai baru. Ramai org surau datang. Alhamdulillah. Walaupun hujan, ada jugak yg dtg ke majlis tdi.
Harini hari last aku practical kt kedai ibu. Kena tebar 50keping untuk knduri tadi. Lagi dua hari je nak buka dekat kedai baru. YA ALLAH. Nervous nya. Tktau lah nk kata. Tengok macam tenang. Betul lah kata pepatah, jangan sangka air tenang tiada buaya. Srsly aku tersangat lah nervous. Kedai sana pum dh siap kemas semua dah cantik teratur. Tunggu masa untuk dibuka je.
Jangan lupa ye. Sesiapa yg berdekatan, kampar ke air kuning ke tapah ke. Mohh ler singgah kedai teman. Tepi jalan je. Senang mengkeme nyinggah. Hehehe. Mike doakan aku berjaya dlm bisnes kalini ye. Semoga aku dan abg aku dimurahkan rezeki. Amin.
Makcik bawang yg aku sayang. Yang sentiasa support. Ibu, makjang, ciknor dan cikyana. Kebahagian yg aku jaga 💕 Abah entah duduk mana 🤣
Assalammualaikum dan Hi. Alhamdulillah harini brg dh smpai. Kedai dh basuh. Tinggal nk kemas susun semua je. InshaAllah jumaat ni kami akan buat majlis doa selamat sikit. Sesiapa yang berdekatan di jemput hadir. Dekat sg kroh air kuning. Lepas asar.
InshaAllah kami akan bermula pada hari isnin akan datang. InshaAllah kalau tiada apa halangan. Hati aku dup dap dup dap. Nebes kak. Nebes. Hhaha.
Oh ya. Dkt sini aku tebar roti canai. Abang aku buat nasi lemak berlauk. Untuk tgh hari dia buat nasi berlauk. Nasi bajet. Jemput lah cuba. Apa yg kurang boleh bagitahu. Doa kn aku kuat dan tabah utk cabaran yg akan aku hadapi.
Special untuk korang. Aku belanja roti canai satu. Hahahahah. Jemput lah cuba nnt ye gais.
Lokasi. SG KROH AIR KUNING. SEBELUM SAMPAI PEKAN AIR KUNING IF KORANG DARI KAMPAR. IF DARI LANGKAP/TELUK INTAN, LEPAS PEKAN AIR KUNING.
Assalammualaikum and Hai. Baru baru ni satu lagi filem aksi komedi yang menampilkan ROWAN ATKINSON. Atau lebih dikenali sbgai ENCIK KACANG. (MR. Bean). If korang layan JOHNNY ENGLISH dari 1 punya. Korang dh sedia maklum filem yg korang akan mengalami kekejangan perut masa tengok nnt.
Sebab apa? Sebabnya, karakter yg dimainkan oleh MR Bean ni sangat melucukan. Dan dapat menggeletek perut korang sampai kejang. Aku paling suka scene masa JOHNNY memakai VR. Pecah gelak satu panggung di buatnya. Satu lagi babak menarik bagi aku. Masa JOHNNY telan pil untuk tidur. Tapi dia tersalah pil.
Bagi yang meminati filem ini. Aku nk bagitahu, berbaloi aku tengok wayang. Aku boleh bagi 10/10. Selamat menontot gais.
Assalammualaikum dan Hi. Harini si geumbok dh 6 hari dengan aku. Alhamdulillah ada progress. Dh tk takut mcm mula sampai haritu. Sekarang dah suka main. Suka kacau orang. Suka jilat jilat kepala orang.
Masa first sampai sini haritu. Dia ddk dlm cage dia je. Takut nk keluar. Now dia lah paling ligat. Satu rumah dia pusing. Paling manja dgn abah aku. Abah nk keluar je. Mesti dia nk ikut. Aku harap si geumbok selesa lah dgn keluarga baru dia ni.
Selamat datang geumbok. Semoga awak makin manja sayang.
Assalammualaikum and Hai awak. Tadi post makan. And now pos makan lagi. Aku pilih ROCKSTARZ BURGER utk makan malam. Fav aku dekat sini, metallicheeze. Cheese dia mmg kaw lah. Aku tambah sosej dan din tambah telur. Semua yg dalam gambar tu RM26.
If korang nk makan ringan ringan utk malam. Boleh lah try makan dkt sini. Macam2 korang boleh add on. Ada telur ada sosej ada nuget. Pilih bayar dan makan. Pilih tk bayar tu kau dpt makan jgk. Tapi makan penampaq lah. Hahahaah
Location sg ara. Sebelah sekolah rendah sg ara. Ala korang search je rockstarz burger dkt waze tu. Nanti sampai lah dkt sini. Aku belanja sikit.
Selamat menjamu selera gais. Yang mana tau location kerang bakar area penang sila bagitahu ye.
Assalammualaikum dan Hi. Maaf brader depan. Saya tangkap gambar awak. Hahaha. Mula sampai sini. Aku tengok Q dh panjang. Aku tengok muka din, din tengok aku. Nak ke taknak? Din ckp dh smpai so masuk je. Dan disini lah kami. Berbaris menunggu makanan.
Aku macam biasa. Ayam goreng atas peha plus telur sotong. Dari first aku datang smpai lah sekarang. Mmg tu je yg aku akan order. Telur sotong mmg sini paling surr. Paling ngam. Sekali kena konfem nk lagi. Harga tak mahal mana.
Aku punya bru 750. Telur sotong tu korang request lh nk berapa ringgit hokeyy.
Korang boleh search Mohamad Rafee penang. Dekat area Burma Road. Depan balai. Selamat menikmati okay geng.
Assalammualaikum and Hi. Tadi aku pergi kenduri abg sepupu aku dekat pengkalan hulu. Setelah sekian lama wehh aku tk jejak kn kaki ke sini. Seingat aku, aku kecik lagi masatu. Kampung aku berdekatan je dgn pengkalan hulu ni. Abah aku orang gerik. So semalam aku dan Din satu kereta. Kakak sepupu aku pun gerak dari penang smlm.
Masa dkt baling, alhamdulillah cuaca okay. Dekat masjid ni pun masih okay. Kami masuk je kawasan jalan nk ke rumah pengantin. Hujan lebat selebatnya. Pengantin ni, sanding dua sekali. Abang pengantin perempuan tu pun sanding sekali. Aku ingat jalan dia sama macam gerik je. Rupanya tidak. Jalan agak mencabar. Kawasan dia mcm kwsn bukit. Tp satu lorong. Kalau bertembung dgn kereta tu aku tktau lah.
(aku, kakak sepupu aku dan makcik aku yg kt belakang tu. Makcik paling keloloh. Haha)
Sesampai nya kami depan rumah pengantin (rumah pengantin dalam kebawah) cerun. So kereta yg berderet ni parking je dkt jalan. Ye tengah jalan. Yg tgh berbukit tu. Dgn hujan nya. Nasib lah tkde org akan lalu lalang jalan tu. Kalau ada memang punggah lah. Nak nak lagi kalau dari depan. Sebab nk kena alih dlm 10 buah kereta. Agak payah disitu.
Tapi, segala penat. Basah hujan semua terubat. Sbb apa korg tahu? Makanan dia sedap wehh. Ikan keli dia. Perghh! Terbaik siot. Srsly sedap. Din pun boleh kena dgn masakan dkt sini. Siapa yg masih baru, utk pengetahuan korang. Din tu someone special aku. Dia mamak. So susah utk dia serasi dgn masakan melayu. Lagi2 dkt sini. Tp aku tak sngka. Dia sukaa geng. Pkcik aku pun terkejut sbb dia boleh makan geng.
Tahniah buat abg sepupu aku. Nasrul Hazmi dan isteri. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Bertambah duit raya aku tahun ni. Hahah. Ofcos lah masih dpt aku belum kawin kot. Haha. Tapi srs wehh, sejuk je dkt sana. View pun cantik je. Nampak gunung baling semua. Cantik nya ciptaanmu YA ALLAH.
Assalammualaikum. And hi. Semalam(khamis) aku selesai beli barang barang dapur, tempat roti canai. And semua yang diperlukan. Hari selasa InshaAllah barang tu akan sampai, dan hari jumaat InshaAllah ada jamuan sikit.
Hari sabtu. Next week. Akan bermulalah kehidupan aku sbgai seorang penebar roti canai. Ya. Tak gurau weh tk gurau. Sesiapa yg lalu SG KROH, AIR KUNING PERAK. Sila lah datang ye. Kedai aku kecik je. If korang nampak tangki air area sgkroh tu. Korang akan nmpak satu kedai kecik, depan tu ada pokok kelapa.
Pokok tu rendah je. Macam aku. Haha. Kalau nak rasa roti canai aku. Datang lah. InshaAllah. Sedap datang lagi. Tak sedap bagitau aku. Biar aku sedapkan lagi. Hee. Doa kan aku berjaya dalam apa yg aku buat gais. Aku cuma nk bahagia kn ibu abah aku. Diorang lah yg paling happy bila dpt tahu aku berminat nk belajar tebar dari ibu.. Ya aku warisi kelebihan ibu aku. Ibu aku pndai menebar.
InshaAllah, kalau korang datang. Aku bagi servis terbaik. Doakan aku berjaya ya. Amin.
Harini aku jatuh terduduk. Kecewa, sakit hati, hancur. Dalam hati. Jiwa aku seakan melayang. Hilang arah. Aku tidak sekuat dulu. Yang sentiasa tenang dan tabah. Yang sentiasa mampu untuk telan segalanya. Ya tidak semuanya indah dalam kehidupan. Aku perlu semakin tabah dan bukannya semakin lemah.
Tapi harini aku rasa sgt lemah dan melayang jauh. Aku tk dapat nk fikir dgn jelas dan waras. Aku tk dapat nk buat keputusan. Aku bagaikan kosong. Satu masalah pun aku tak dapat selesai kan. Aku betul betul lemah. Aku terduduk longlai. Semangat seakan hilang. Fikiran menerawang ke dunia lain. Hm. Aku harap aku kuat dan aku setabah dulu. InshaAllah.
Selagi masih ada semangat selagi itu ada harapan. Let it be. Stay alive. Im tryin' to be positive. Walaupun susah untuk aku telan kepahitan harini, mungkin kepahitan yang akan datang lebih kelat dan padu. Kan? Kehidupan. Ada turun naik. Ada jatuh ada bangun. Jangan jatuh tk bangun bangun. Susah.
Doakan aku semakin tabah dan kembali normal. Amin.
Assalammualaikum. And hai.
Sorry if masuk sini agak semak sikit. Semua tak edit lagi. So boleh dikira under maintenance lah kan?
Why agak semak? Sebabnya, aku baru tukar template. Aku rasa yg lama sudah agak boring. And this one, simple bg aku. Sorry okay geng, kalau rasa serabut. Ini hanya seketika sahaja. Act, aku dh sakit mata nk edit sana sini. Hahaha.
Maaf diatas kesulitan yg anda alami. Sekian. Dah macam surat aku rasa. Keke.
See you on next entry. 💕
Assalammualaikum awak semua. Masih ada ke orang datang ke blog aku ni? Aku makin busy. Takde masa lagi nk berblog. Sekian lama aku tinggalkan blog ni bersendirian. Merdeka haritu. Aku dan family bercuti dkt bukit merah laketown resort. Aku stay sana satu malam. Stay sana pun sebab abg abang aku jenis yang bangun sangat awal.. (haah paling awal pukul 11) mehhh - - '
So ibu aku decide stay sana. Senang. Nk pegi pun dekat. Homestay dia mmg selesa. Ada 3 bilik, semua ada aircond. Puashati lah utk yg dtg dengan family. Tempat pun rileks je tk ramai orang. So bagi yg nk kn ketenangan boleh lah stay situ. Masuk bukit merah. Aku dan abang abang aku kena RM20 sbb masatu ada offer. 5 orang RM100. Budak2 pun masuk dalam pakej tu sekali.
Utk parents korg yg berumur 55 tahun ke atas akan dapat diskaun. Ibu and abh aku kena RM10 shj. So dh jimat dkt situ. Mesti korg tertanya tanya kenapa murah kn? Sebabnya, stu kolam besar dlm tu tak boleh guna. Sebab tgh renovation tk silap aku.
Abang aku beli tiket masuk pulau orang utan dan ecopark. So kami tgu dkt jetty utk pergi ke pulau org utan. Masa kami pegi tu, banyak org utan yg ada. Renjer situ ckp, before this kurg yg keluar. So ini rezeki kami dpt tengok semua yg ada dkt situ. After 45mins baru ada bot yg datang. Naik bot kami stop dkt ecopark. Ecopark ni mmg sesuai utk budak2. Korg yg nk bawak anak2 kenal haiwan. Dtg lah sini okay. Abang aku pun terhibur. Kau rasa? Hahaha. Yang paling aku geram dgn abang abang aku ni, ada sekor buaya betina tu nama dia AYU. Ya, itu nama manja aku. Guess what?
Diorang boleh jerit, cakap tolongg ayu terlepas. Dia buat perangai sungguh weh. Stress aku. Dgn anak buah aku buat perangai sama. Ya Allah. Sabar je weh sabar. Habis kitorg pusing ecopark. Kami terus jalan ke waterpark.
Eh lupa. Sebelum masuk jumpa haiwan2 tu, aku dgn fmly naik skycycle. Kena kayuh pakai tgn, atas rail. Agak gayat lah. Tp aku rilek je. Hahaha k tipu. Aku gayat lah weh gayatt. Corner je aku mula lah jadi tarzan. Haiwan dkt bawah tu usha aku pelik weh. Maybe diorg ckp dgn mmbe2. Apahal tarzan bertudung ni. Hahaha. Mampus.
Jarak dari ecopark ke waterpark dlm 5min je. Tk jauh pun. Yes, menapak okay. So siapa yang nk bawak anak anak jalan cuti sekolah. Datang lah ke bukit merah. InshaAllah puashati. Jumpa di next entry. Byebye. Assalammualaikum.