Terlalu lama rasanya aku meninggalkan dunia blog. Terlalu sibuk dengan kehidupan seharian. Dulu sini lah tempat meluah dan mengshare segala isi hati dan segala tips. Kehidupan berubah mengikut peredaran semasa.
Terlalu lama tinggalkan menaip dah macam apa je. HUHU. Entah siapa je lagi masih meneroka dunia blog? zaman sekarang orang tak lagi minat membaca. Banyak yg dah jadi content creator tiktok. Di platform tersebut banyak juga yg menjadi insan berguna dgn share perkara perkara berfaedah. kan?
Aku mulakan 2024 aku dengan lifestyle yang baru. Tidak lagi boleh berjimba seperti dulu kala. Balik lewat malam lepak dengan kawan kawan. Bukan sebab takde kawan. Tapi kerana ada kawan yang lain dirumah. Ehekk! :P
Kini aku dah bertukar status, bukan lagi gadis bujang. Aku dah jadi isteri orang dan mungkin nak jadi mak orang tak lama lagi ? :P
Sedikit sebanyak kehidupan selepas berkahwin ni ada manis dan pahitnya. Takde la pahit mana pun. HUHU. Kalau dulu bergaduh boleh lagi nk block tak contact berminggu minggu. Sekarang? Merajuk pun berapa minit je. Lepastu laki kau datang lah buat perangai bebukan bagi kau gelak. HAHAHA.
2024 . Permulaan tahun agak keras. Dengan kadar ekonomi sekarang. dengan pelbagai lagi rintangan yg akan mendatang. Aku harap, korang mana yang tengah struggle, semoga korang tabah dan sentiasa kuat. Marilah kita sama sama menghadapi segala perih untuk tahun ni. InshaAllah kalau aku rajin, aku akan teruskan berjimba di blog ni. Walaupun tanpa pengunjung. Hehehe.
xoxo cikshuya.