Thursday, 9 January 2020

Drama : Kampung people


Assalammualaikum/Hi,

Setelah sekian lama aku tak tengok drama melayu wehh. Knp tak layan drama melayu? Sebabnya aku menyampah, asyik asyik gadis kampung terlanggar bahu jumpa laki kaya, bercinta, family tak suka, kawen. Anak dato anak datin. Pastu pegi kolej kehulu kehilir bawak fail. Pastu jalan terlanggar pulak anak dato yg berlagak, pastu acah acah gaduh sbb anak dato tu sombong. Pastu lelama berbaik bercinta berbunga bunga.

Wtf gaisss! Terlalu boring lah dgn jalan cerita yg lebih kurang sama. Nothing yg menarik. Srsly. Aku bukan nk kondem drama melayu. Tapi aku rasa apa aku cakap ni betul kan? Kalau korang tgk drama melayu, jalan cerita mesti anak dato anak orang kaya. Takpun gadis kampung pergi bandar jumpa orang kaya. Haduiiii.

Tapi setelah aku terjumpa drama 13 episod ni. Aku mmg tak pernah terlepas satu episod pun. Mula drama ni aku mcm menyampah jugak lh dengan si mona dan lailerr tuu. Tp lama lama ya boleh layan cita ni. Penulis cerita ni, Wan Hasliza Wan Zainuddin & Baizura Kahar. Jalan cerita yg sangat menarik. Diterbit oleh KL MOTION PICTURES. Pelakon utama dia, Rashidi Ishak sbg Razif atau nama kampungnya Abu Bakar. Elly mazlein sbg Mona atau nama kampungnya Aminah. Watak lailerr si lidah matsalleh tu pulak dipegang oleh Riena Diana. Dan watak anak bongsu si Razif pulak dibawa oleh Kamarul Eqifshah sbg adam/imran/yamie.

Monday, 6 January 2020

Info : Bawang

Assalammualaikum. Hi.

Korang pernah terfikir tk kenapa bawang yg dh dikupas then dibiarkan tanpa ditutup atau disimpan dalam bekas jadi cepat busuk walaupun hanya satu malam korang biarkan je bawang tu. Ni aku terbaca dkt satu artikel ya. Kalau dia tipu aku aku tipu korang jgk. Huhuu

Ketika epiderma influenza merebak merata tempat seluruh dunia, seorang doktor membuat pemperhatikan ada keluarga yg tidak pernah dijangkiti oleh virus influenza ni. Ketika beliau berjumpa dgn keluarga tuu, doktor tu dpt tahu yg keluarga ni setiap hari letak bawang merah yg telah dikupas dalam piring dan letak kan bawang tu di dalam setiap bilik dirumah mereka.

Masa doktor tu amik salah satu piring tu tujuan penyelidikan dia. Doktor tu mendapati seluruh permukaan bawang dipenuhi dgn virus/bakteria influenza yg dh tak aktif. Bawang merah tu ibarat hero, dia meresap segala bakteria/virus ke dalam badan dia dan bunuh bakteria/virus jahat tu.

Bukan virus influenza je terperangkap dalam bawang tu. Bakteria jahat yg lain pun kena perangkap sama tau. Terus semua bakteria tu jd tak aktif lagi dh.

Jadi korang pun boleh la cuba letakkan bawang merah yg telah dikupas dalam piring dan letakkan bwg tu di kediaman korang. Bilik, ruang tamu, ruang makan. Setiap ceruk yg korang boleh letak lah. Jangan lupa tukarkan bawang tu setiap hari ye.

Sunday, 5 January 2020

Anywheel @ penang


Assalammualaikum. Hi.

Baru baru ni aku nampak ramai gila orang naik skuter hijau ni dekat penang tau. Merata orang main. Macam biasa, aku mesti lah nk cuba jugak kan. Hehehe. Aku ajak lah si deen. Siapa lagi kan aku nk ajak kalau bukan deen.

Tp macam biasa lah ada je alasan dia. Dah lh aku mmg merajuk dgn dia. Ni tambah merajuk lagi sbb dia tknak bwk main skuter hijau ni. Huhuuu. Setelah beberapa kali aku merajuk ya finally deen bawak. Baru muka ada sinyummm. Hahahaha.

Hari first aku register utk guna apps ni. Tak main. Sbb tak boleh nk topup. Aku merajuk dgn deen. Esok tuu kami dtg lagi main benda nii. Boleh main gais. Hahhahaha. Kitorang amk skuter dkt dgn asampedas sebelah market bayan baru.

Cara guna skuter hijau ni. Korang kena install dulu apps ni dekat APPSTORE/PLAYSTORE. Korang cari je ‘anywheel’ mesti jumpa punya. Untuk first ride korang kena daftar dulu. Dalam 5-10 minit korang dh boleh main dh. Jangan lupa topup dulu okayy. RM1/30minit. Bosan bosan tu boleh la meronda naik skuter hijau nii.

Tapi aku paling risau kalau ada anjing. Jenuh wehh nk lari. Hahahahahah. Mau aku tinggal je skuter hijau ni tepi jalan. Peduli apa aku 😂

Aku taktahu la tempat lain dh ada ke tak. Aku tau pasal skuter hijau ni pun lepas aku tgok orang ramai main. Laju pulak tu. kalau korang main dgn mmbe2 syokk lah. Anywheel ni ada battery jugakk tau. Kalau battery low, korg punya skuter tu jadi slow dh. Dan tk holeh la pusing jauh jauh. So better cari lah yg battery byk okayy. Dan jgn lupa pulangkan skuter ni dkt tenpat yg korang amk td.

Kalau tak korang akan dicaj sebanyak RM5.00. Rugi gais rugii lima ringgit korang nnt. Selamat mencuba okayy gais!