Kisah aku di fiksyen shasha



Pada tahun 2017, aku telah pun menghantar satu kisah berkenaan ibu aku kepada admin fiksyen shasha. Tujuan aku hanya sekadar meminta bantuan dari mereka yg mengenali sesiapa yg pandai berubat. Tadi aku saja mencari balik kisah aku di laman tersebut. Sebak rasa hati dengan kisah sendiri.

Aku ingat lagi. Lepas admin terima kisah aku dan siarkan dalam laman sesawang mereka. Banyak pembaca disana meninggalkan contact number pengamal perubatan islam utk aku hubungi. Alhamdulillah di ruangan komen blog tersebut, mereka tinggalkan komen yg sangat positif. Tetapi, diruangan komen facebook ada yg salah anggap dgn nama org yg berubat ibu aku. Mungkin sikap malas membaca membuat kn mereka tersalah anggap. Tidak mengapa. Pendapat orang lain lain kan?

Dengan cara aku siarkan kisah disana. Ada dua tiga orang aku hubungi utk bawa ibu aku berubat. Alhamdulillah selepas berjumpa mereka dengan izin Allah juga. Ibu aku beransur pulih. Dan sekarang aku bahagia melihat keadaan ibu aku. Semakin kuat dan sihat. Ibu aku kembali aktif seperti dulu sebelum dia sakit. Berkat doa dan sabar, ibu aku kini berjaya melawan sakitnya. Ada yg menyuruh kami menghantar balik sakit itu kepada tuannya. Tetapi ibu aku tidak sanggup. Ibu kata kalau kita bagi balik. Kita dan dia takde beza. Dan kalau kita hantar balik tidak terkena pada sipembuat tp terkena anak anak nya yg tidak berdosa. Mcm mana?

Dan smpai sekarang orang itu masih pura pura rapat dan ambil berat pasal ibu aku. Ibu cuma berhati hati. Dan tawakal. Semoga ibu aku dilindungi. Dan juga keluarga aku juga dilindungi hendaknya.

Kalau korang nk baca kisah yg aku hantar. Korang boleh cari di fiksyenshasha.com . Dengan cara penulisan aku korang akan tahu itu kisah aku. Taip je 'ibu' di ruangan search. Ada banyak kisah yang akan keluar. Tp korang akan tahu itu kisah aku dgn cra aku cerita. Aku gunakan nama samaran.

Kisah throwback yg membuat hati aku sebak. Keluarga aku kucar kacir. Ibu aku jatuh sakit. Skg, kisah yg terjadi menjadi satu pengajaran utk keluarga aku. Doakan semoga kami tidak lagi diganggu. Dan aku doakan korang yg pernah atau tengah merasa sihir ni tabah. Doa jangan tinggal. InshaAllah Allah tolong umatnya. 

0 Comments