Justice for adib


Alhamdulillah. Dihari jumaat, hari yg mulia ini. Aku baca banyakk posting di page page difacebook isu arwah adib. Sebelum ini mereka kata kan arwah adib dilanggar oleh van. Kan? Tetapu harini kita tahu punca kematiannya.

Kematian muhammad Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih oleh individu yang tidak dikenali. Keputusan dibacakan oleh Koroner Rofiah Mohamad, Prof Dr shahrom Abd Wahid, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Saksi ke-29 memberi keterangan bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian, boleh diterima serta ada asas. Selain ia disokong oleh saksi ke-30 yang juga pakar Fizik dalam pengiraan formula dan daya.

Pihaknya turut menolak teori dikeluarkan oleh saksi ke-24, Pakar Forensik di HKL, DR Ahmad Hafizam Hasmi yg menyatakan Muhammad Adib keluar sendiri dari van perkhidmatan Penyelamatan dan perawatan kecemasan (EMRS) sebelum dilnggar.

Keterangan saksi ditempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul dimana ia melibatkan 20 ke 30 individu.

Koroner Rofiah menyerahkan kepada polis diraja malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk melakukan siasatan dan pendakwaan. Rofiah kelihatan sebak ketika membacakan keputusan kematian Allahyarham, manakala peguam Syazlin Mansor yg mewakili keluarga Muhammad Adib sejurus ia selesai.

Tunang Arwah, Najihah Mohd Radzi bersyukur dgn keputusan yg telah dibuat oleh mahkamah. Akhirnya kematian arwah Adib terjawab. Semoga Arwah Adib tenang disana. Semoga banyak lagi kes kes seperti ini diselesaikan dgn telus dan saksama. Diharapkan keluarga adib tabah dengan apa yg berlaku.

Kenyataan dipetik dari page persatuan Abang tanjung.

2 Comments

  1. Kann. ada baca jugak. Semoga hukuman setimpal bagi dkt 2 manusia tak berperikemanusian tu. #Justice4Adib Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Hero Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dpt lah cari si pelaku tu, dan bg hukuman.

      Delete