Nasib seorang Riderr ....

Assalammualaikum. Hi. 

Baru baru ni korang mesti ada perasan dekat fb ke twitter ke ig ke pasal RIDER FOODPANDA mogok. Penang, Johor dah mogok disebabkan sistem gaji baru yg dikeluarkan oleh company FOODPANDA. Sistem gaji dulu hours dibayar. Tapi sistem baru ni hours dh tak di bayar. Bayang kn kalau yg buat fulltime Rider foodpanda ni. Apa nsib diorang? Mengharapkan order. Kalau order takde, takde la gaji diorang. 

Ni aku letak kan screenshot dari seorang rider foodpanda. Dia cakap dekat aku, ada satu masa tu system down. Masa system down ni, rider takde order. Korang byg kn lah system down selama 6jam. Order tkde. Haritu kira korang tkde gaji lah kalau dh guna sistem baru ni. Takde hours. Kalau ada hours, sekurang kurangnya dapat jugak diorg gaji hours tu. Takde hours ni, parahh la mana abang akak yg buat kerja fulltime tuu. 


Skema gaji lama&baru utk rider foodpanda - 
Bagi korang mmg banyak gaji diorang kan? Dulu RM4 per hour dan tambah RM1 utk weekends. Sekarangg, gaji per order naik tp tiada hours. Duduk atas moto tak kira hujan panas. Hantar jugak order. Siap hantar depan rumah lagi. Cuba lah fahami hati & perasaan yg mana kerja fulltime. Nk bagi anak bini makan lagi. Semua orang cari rezeki. Tp risiko seorang rider ni korang pernah terfikir tk? Rushing2 hantar order. Sebab apa? Sebab nk hambat order. Sebab apa diorang kejar order? Sebabnya tiada hours lagi. 

Rider yg luah perasaan dekat aku ni cakap, kdg call customer mtk amk dekat bawah, sebab nk hujan/ada item lain dlm beg. Ada sesetengah tu faham. Diorang akan turun amik. Ada sesetengah tu suruh jugak naik. Even dia tauu hujan. Boleh tk fikir kejapp keadaan diorang tu? Dia dh amik makanan awak dari vendor & hantar sampai ke rumah awak. Awak boleh tk tolong dia pulak? Bkn mtk banyak, mintak awak turun guna lif dan dia hantar depan PINTU LIF lagi utk awak. 

Dalam Hujan dalam panas, rider rider ni hantar makanan korang. Ada tk yg fikirkan keselamatan diorang? Kdg ada pulak tu yg buat remark ‘delivery to doorstep’ hmmm.. Aku pun regular cust foodpnda jugak. Tp bila nk order tu aku fikir dua tiga kli. Bukan sebab apa, lif dekat rumah aku ni dh lah lengaii. Dgn nk scan lagi. Mcm rider2 ni mana nk ada access card, kdg tu ada jgk org2 kt flat aku ni yg jenis tk fikirkan orang lain, cuma fikir mlas dia je. Dia suruh jugak rider naik atas. 

Untuk warga emas & ibu mengandung tu, rider pun faham rider pun kesian. Tp yg sejenis malas & tk berhati perut tu? Hmm entah lah tktahu nk cakap mcm mana. Mmg kita bayar delivery fee. Tp fikir la kita ditempt diorang. Lagi lagi dgn system gaji baru ni. Gaji diorang depends order yg diorang buat. Diorg rushing utk order. Sebabnya tidak lagi dibayar ikut jam. Mcm dulu diorang ni tunggu lif lama pun, diorang dibayar lagi. Tp sekarang, no order no gaji. So please, fahami la rider rider ni. Jangan la marah kalau diorg mtk korang amk dkt bawah. Kalau demam ke skit ke ckp baik2 dgn diorang ni. InshaAllah diorang semua baik baik. 

Tp kita ni kalau nk orang baik dgn kita. Kita kena lah baik dgn org jugak. Kan? 

Aku ada dengar pasal rider KL & SELANGOR masih lagi dibayar mengikut jam. Betul kan aku sekiranya aku salah dekat sini ye. Aku baca Rider KL & SELANGOR ni penyumbang besar kepada foodpanda ni. Yela mana tidak nya. Pekan besar bandar besar mesti lah order banyak masuk. Kenapa diorang ni tk buat sistem tk berjam ni dkt rider KL & SELANGOR? sbb nya, kalau diorang ni mogok, habis lah foodpanda. Siapa nk hantar makanan? Mana nk cari sumber lagi? 

Kalau diorang buat sistem ni dekat tempat lain, dan tempat lain setuju & okay. Diorang akan buat dkt Kl & Selangor pulak. Tp masa tu diorang dh ada backup. Rider rider tempat lain dh tk mogok kan? So diorang boleh buat rotation income dkt situ. Kan? Maaf kn aku sekiranya aku salah. 

Pada aku, biar lah ada gaji ikut jam. Rider rider lebih selamat. Bukan apa, korang sendiri tgk rider ni bawak moto macam mana kn? Itu tara ada gaji per jam. Diorang hantar order laju mana kn? Ni cuba fikir mcm mana diorang buat order tanpa gaji jam? Konfem2 lagi terabai lah keselamatan diorang kan? 

Dari info yg aku dpt ni, rider penang sebelah Bayan baru sahaja dh 200 lebih. Dan rider yg aku kenal ni batch 2. Masa pilih slot shift, selalunya rider batch 1/2 ni slot akan okay lah. Boleh lah pilih utk 12jam macam tu. tp sekarang ni kawan aku ni ckp, ada batch 2 yg takde slot pun utk minggu depan. Boleh bayangkan yg batch lain tu mcm mana? Sedangkan yg batch 2 pun dh tkde shift utk dipilih. Yang batch 3 4 5 tuu mcm mana pulak? Nganga jelahh minggu depan takde kerja. Kalau ada yg offer slot tu, alhamdulillah lah batch yg bwh2 tuu. Tu pun ikut nasib. Sapa cepat dia dapat. 



Bagi aku lah, gaji yg diorang dapat tu tidak setanding lagi dgn apa yg diorang buat. Kenapa aku ckp mcm tu? Pertamanya sebab risiko. Risiko masa diorang buat order. Mcm kita ni ada socso kan? Sekiranya berlaku apa apa masa kerja boleh claim kan? Diorang? Bagi sesetengah orang dia akan cakap apa tau, ala gaji dh besar lah tu. Bawak moto hantar makanan je. Wahh wahh menyirap je aku dgr brader ni cakap. Sesedap rasa yee.

Bang oii, mmg depa nii bawak motor hantar makanan. Masalah nya abang order time time hujan tu depa ni pakai payung ke hantar makanan? Depaa ni mintak extra charge tk masa depa hantar makanan? Dgn jalan licin, dgn bawak makanan abang akak. Dgn bwk box dkt belakang tu. Fikir lah ahli keluarga kita salah sorang dari rider ni.

Sesetengah rider ni, bukannya orang biasa biasa yg kita boleh pandang hina. Dan kita ni sebagai MANUSIA tk patut pandang hina pun pada pekerjaan orang lain. Dia rider, tp dia kerja cari rezeki yg halal. Takde rider ni siapa yg nk hantar makanan korang tu? Bos besar nk mai hantar makanan? Tak kan?

For me, biarlah gaji hours tu dikekalkan. Dan sepatutnya pihak foodpanda limit kan jumlah rider utk satu kawasan. Vendor halal bukann banyak mana pun, tp rider nya bersepah sepah. Pls fikirkan nasib diorang yang buat kerja fulltime. Diorang ada keluarga yg perlu disara. Kita ni hujan ke pnas ke. Gaji masih jalan. Diorang? Kalau cuti takde gaji. Takde order takde gaji. Tk cukup syarat turun batch. Dh jatuh batch susah pulakk ni pilih shift. Takde shift nk kerja macam mana? Ya Allah. Payahnya.

Dan aku nk pesan dekat korang yg suka order makanan time hujan. Please lah jgn suruh diorang ni rushing hantar makanan korang. Dlm hujan naik moto benda apa nya nk laju laju? Ingat tayar diorang tu apa? Diorang jatuh ke apa. Awak ke yg bawak dia pegi klinik? Tk kan? So please, fahami situasi diorang. Kalau dia lambat 5-10min tu takyah lah buat muka senduk. Senduk kt dapur tu pun comel lagi. Fahami lah diorang. Lagi lagi skg, dgn sistem gaji yg baru ni. Kalau korang boleh turun utk yg rumah flat dan adik beradik yg lain tu, turunlah. Tunggu makanan korang kt bawah. Walaupun hanya 15min nk tunggu lif, tp dlm 15min tu mana tau ada 2-3 order yg akan masuk dkt dia, siapa tahu kan?

Tolak ansur lah sesama kita. Customer tidak selalunya betul. Even awak bayar sekalipun. Nilai duit dan nyawa sekarang ni. Hmmmm. Fikir lah sendiri. Jangan disebabkan korang tulis remark pls nk cepat nk pergi kerja time lunch nk rushing-2 semua tu, korang menjadi punca luka luka dibadan seorang rider.

Semoga abang dan kakak rider tabah dengan kerja. Semoga dipermudahkan urusan abang dan akak rider. Orang tak nampak keringat yg korang keluarkan tuu, tk apa lah. Allah nampak. Jaga keselamatan diri korang sama okay? Ingat orang yg tersayang ❤️ spread love.



Ni gambar masa RIDER FOODPANDA PENANG MOGOK. Gambar dari : FB PAGE PENANG KINI


Seramai 100 rider penang mogok. Comel je pink bersepah sepah. Huhuu





Yang ni pulak tider JOHOR pulak mogok. Gambar dari FB PAGE PEON JB

Aku harap nasib rider rider terbela. Kadang diorang ni makan minum diorang pun tk sempat sebab nya nk hantar makanan customer. Nk kena kejar pegi vendor. Nk kena kejar pegi hantar order lagi. Semoga murah rezeki rider rider semua. Fikir keselamatan diri jugak okayy? 
sekiranya ada salah silap aku dalam kata kata aku. Tolong betul kan. Manusia buat silap. Sekiranya ada yg nk tambah pendapat apa apa silalah tinggalkan pendapat korang dekat komen.

Info tambahan : Rider diugut oleh company sesiapa yg join mogok akan dimark dan diblacklist akan ditarik jadual dan akan diterminate terus dari foodpanda. Sekarang semua dh takleh nak melawan sebab company dah tunjuk kuasa diorang. Ramai riders batch 2-4 takde slot langsung untuk minggu depan sampai diorang bukak slot utk area lain kepada riders kononnya nk bagi kerja padahal sebelum ni area mana rider kerja situ je boleh tengok. Diorang sengaja naikkan UTR diorang dan tunjuk kuasa diorang kpd riders. Konon nya disebabkan rider nk mogok sangat. Terus minggu depan tkpayah kerja. 
Ni aku dapat dari salah seorang rider FOODPANDA. Siapa tu aku terpaksa rahsia kan untuk kebaikan dia. Sabarlah ye abang abang foodpanda. Semoga ada rezeki utk korang. Semoga blog aku tidak diblacklist lah hendaknya yee. Sebabkan info sebegini aku post. HAHAHAHHA.

Update terbaru : 8/october/2019 , 3:39AM 


Pengarah urusan Sayantan Das dengan angkuh nya berkata, foodpanda tiada masalah sekiranya rider rider mogok. Kerana hanya 1% dari rider yg mogok. Dia lupa kot, pengguna dan rider lah tunggak utama foodpanda naik. Memang lah diorang punya marketing. Tp kalau takde pengguna utk order makanan, siapa yg nk order? Kalau tiada rider yg nak hantar makanan tu, siapa yg nk hantar? Dia nk turun padang hantar mknn tu? Dia rela ke jadi rider untuk seminggu. Dgn takde gaji jam. Cuma bergantung pada order. 

Hantar makanan pada wktu hujan, panas. Sanggup kah dia? Dgn keangkuhan dlm kata kata dia. Dia lupa agaknya. Suara ramai tak bnyak pun, sikit mesti jejas dia punya penggunaan. Menteri belia dan sukan, syed Saddiq syed Abdul Rahman menyatakan bahawa pengguna dan pekerja sesebuah syarikat korporat dpt membangunkan dan jugak menjatuhkan syarikat tersebut, jgn terkejut sekiranya perkara ini berlaku dkt foodpanda yg dibangunkan bersama pekerja & pengguna. 

Ada sesetengah rider yg bagitahu, order agak perlahan. Mungkin kesan boikot yg sedang dijalankan oleh pengguna. Agak ramai jgk aku tgk dkt page page facebook yg uninstall apps foodpanda ni. Kita kena fikirkan jgk nasib mereka rider rider ni. Cuba kita letak diri kita dkt tempat diorang. Korang sanggup ke, hantar makanan. Kdg Cuma SATU AIR JE. Hantar panas terik. Hujan ke. Hantar jugak. Demi mencari rezeki. Kdg kdg ada cancel order. Rider bgtau cc tapi cc tk reply. Atau pun vendor amik masa yg lama utk siap kan makanan. Rider terpaksa tgu lama. Padahal dlm masa tu diorang boleh dpt order lain. Klau ada hours, tkpe lah vendor dan cc lambat. Ni keadaan skg ni, tkde hours. Cuma makan gaji per order je. Kalau kena tgu sejam, order lain tk dpt. mcm mana? Macam mana dgn gaji diorang tu? 




Kita tak mampu buat kerja mcm rider rider ni. Kdg dimarah dimaki oleh customer sbb lambat. Korang boleh tahan ke? Boleh hntr tengah panas? Tengah hujan? Korang tk makan tp hntr makanan utk orang lain. Boleh? Belum tentu kita mampu utk buat kerja mcm diorang. Jadi, untuk pihak pengurusan foodpanda, fikirkan lah tentang rider. Cara bercakap awak sgt angkuh. Membuatkan semua pihak terkesan. Sepatutnya pihak syarikat patut berbincang dgn rider rider sekiranya ada rombakan. 

Dan nasihat aku utk pengguna. Kalau korang nk cancel order pun. Pls fikir kn nasib diorang ni. Bayangkan diorang nih dh amk mknn korg tu, sekali tgk korang cancel. Kecewa wehh diorang. Sbb nya itu lah gaji diorang. Bergantung pada order. Tiada lagi jam utk rider2 ni. Sama sama kita doakan yg terbaik utk mereka. InshaAllah :) 


3 Comments

  1. Hantar depan rumah pd rumah teres je...kalau apartment...mana ada hantar sampai rumah...tuan rumah kena keluar...ambil makanan pd foodpanda.Cakap je hantar depan rumah...Tipu je lebih..Servis hampeh.

    ReplyDelete
  2. Jgn jdi bodoh. Dh terang2 gaji bayar ikut order. Manusia ke binatang ni takda hati perut langsung fikir pasal org? Kau tu customer, manusia juga. Bukannya customer tapi lagak mcm tuhan. Jgn jadi bodoh ok?

    ReplyDelete
  3. Apartment level 1. Punya la pemalas rider suruh custumer turun. Nsib baik aku pakai cash on delivery. Cancel je order. Rider2 sekalian. Jangan la terlalu pemalas. Tingkat 1 pun bekira.

    ReplyDelete