Sentap!



Setiap individu ada masa silamnya. Sekiranya dia telah ambil keputusan utk berubah menjadi yg lebih baik, engkau sepatutnya menyokong dia. Memberi semangat kepadanya. Bukannya engkau menambah cacian dan makian. Depan dia kau menyokong dia. Belakang dia kau mengutuk dia.

Bila dia tidak lagi istiqomah. Engkau juga yg mengumpul tentera tentera bawang utk mula kn mengupas kisahnya. Manusia ni ada hati ada perasaan. Kau tahu tak, kau telah bunuh semangatnya dgn kata kata. Mmg kita tk perlu dgr apa orang ckp. Tetapi kata kata dari orang itu yg sering menyakitkan. Kata kata itu seperti pisau menikam ke hati. Air mata yg keluar kerana sakit hati ibarat darah yg mengalir.

Sekiranya individu itu dh berubah. Sama sama lah engkau dan dia mencari jalan yg berul seiring. Jangan lah engkau menambah lagi kepayahannya utk berubah dan terus istiqomah. Sebelum ini mungkin dia tersalah langkah. Lampu suluh tidak dibawanya bersama ke jalan yg gelap . Kini dia telah membawa lampu suluh bersama. Dia ingin menerangi jalan nya yg gelap dlu. Kadang aku jadi sakit hati bila mendengar tentera bawang engkau berkata kata. Perkataan tentera mu itu ibarat peluru.

Nk aku marah, engkau lebih berusia. Nak ditegur takut terkasar bahasa. Aku cuma mampu hantar ibu aku sebagai penyampai pesanan supaya engkau faham tentang perasaan si dia. Tetapi sangkaan ku meleset. Engkau masih begitu. Lagi byk tentera yg engkau hantar. Dengan aku sekali jadi mangsa kamu semua . Aku cuma berharap. Dia mampu bertahan dan bersabar dgn sikap kalian semua. InshaAllah aku ada utk dengar keluhan itu.

P/s: jika ada dikalangan orang yg kamu kenal ingin berubah. Dekati lah dia. Supaya dia tidak hilang semangatnya ❤️


1 Comments

  1. jangan kita ungkit siapa seseorang tu pada masa lampaunya. tengok siapa dia sekarang. biasala tu manusia.. abaikan and keep on moving forward.

    salam kenal.. CT follow sini =)

    ReplyDelete