Satu sudah. Tinggal lagi lima.


Assalammualaikum. Alhamdulillah pada 8hb mac 2019, one of my bff dh sah jadi isteri orang. Srsly, macam tk percaya je fad, kamu dh jadi isteri orang. Gaduh gaduh tup tuppp kawin terus ye.



Betul lah, kalau dh jodoh tk contact pun. Bergaduh teruk mana pun. Dh tertulis itu jodohnya, tetap dia jadi yg halal kn. Satu dari lima lah bersuami. Tinggallah aku, fara, fatin dan fadila. Yeye! Kawan aku semua nya huruf F. #FFFFS.

Rasa sedih bila ayoi lafaz nikah tu. Srsly perasaan sebak tu tiba tiba dtg. Padahal aku rilek je wehh. Gelak gelak. Tp bila part ayoi lafaz, dan sahutan Sah bergema. Sayunya hati aku, rasa sebak. Airmata aku berdesup keluar. Nasib tk teresak je. Kalau tak malu aku. Hilang kegentlelan aku. Hahahahahahahah. Dalam aku cover cover lap airmata, ada jugak yg nampak. Tersenyum sinis tengok si kasar ni menangis. Elehhh org pun ada hati ada perasaan. Ada airmata lah. Luar je kasar, dalaman tisu beb. Hahahah. Okok back to topic. Banyak sgt melalut ni.

Fad nikah hari jumaat ptg, masatu hujan punya lah lebat. Dengan pelamin punya bunga melayang. Langsir runtuh jatuh. Kitorang berempat dh pandang muka memasing, macam mana lah nk dduk atas pelamin tu. Oh lupa bgtau. Pelamin dekat luar. Bayangkan lah kalau hujan basah nya tar dkt luar tu mcm mana. Aku dan dayang dayang tk berapa nak dayang ni pergi lah betul kn apa yg patut. Yang pengantin tk siap siap tacap lagi. Katanya MUA dtg lambat, pengantin lelaki dh menunggu, sebab diorg tunang dulu, baru nikah. Dalam pkl 4/5 mcmtu tunang dulu sementara tgu kadi sampai.

Masa nikah tu, yoii nampak nervous gila. Berapa kali test gagap gagap dia. Kesian aku tengok. Dh dua tiga kali yoii test asyik sasul je. Bapak fad ddk sblh dia. Pgg tangan yoi. Entah apa dibisiknya. Lafaz yg ketiga, alhamdulillah, kawan aku dh sah jadi isteri dia :') Aku harap yoi dan fad bahagia hingga jannah. Aku doakan korang berdua tabah dengan ujian yg akan datang. Harap dua dua dapat ubah perangai keras kepala korang tu. Asyik nk perang je. Tahulah askar yoi oii . Hahahahah . Lepas nikah, dlm pukul 7lebih tu aku balik. Nk siap siap untuk malam pulak. Ada malam berinai.

Dayang dayang semua pulang ke rumah. Aku jela pulang. Yang lg tiga tu merayap ke the store teluk intan. Misi mencari hadiah. Dan dan tu la diorang nk mencari nya punn. Lepas isyak aku start motor ibu, yempitt dengan baju kelawar yg disponsor oleh ibu untuk malam berinai ni. Aku sorang jela teman sifad sampai pukul 930 bru lagi 3F sampai. Nasib aku tk ikut diorang, kalau tk kesian fad kena duduk sorang sorang .huhuhu. Setel malam berinai. 9/3 kenduri sebelah perempuan dan 10/3 kenduri sebelah lelaki. Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Sorry awak semuaa, entry kalini agak panjang berjela. Biar aku simpan jadi kenangan. Cewahhh! Hahahaha. Aku tepek dua tiga gambar.

0 Comments