Wednesday, 8 May 2019

Cik Epal, My fav blogger.

May 08, 2019 1 Comments

Assalammualaikum. Hi.
Korang mesti kenal siapa Cik epal kan? Aku suka keluar masuk blog dia dulu. Masatu aku pun takde blog lagi. Salah satu sebab aku selalu pegi blog dia sbb nama blog dia paling senang aku nk ingat. Heheh. Sampai sekarang aku masih follow blog dia. Dan aku jugak follow IG dia dan suami.

First aku suka pasal cik epal ni, cara dia. Cara dia menulis blog dia. Aku suka dengn cara penyampaian dia. Aku jugak suka tengok gambar gambar dia pergi travel sana sini. Srs aku suka. Lagi lagi dengan anak dia seketul Han. Senyum je kerja dia. Baru baru ni cik epal telah selamat melahirkan seorang puteri. Wehh comel anak dia. Hidung dia tu yg mahal. Putih nya lahai. Kalau letak sebelah aku dah mcm kopi susu dh. Kahkah.

Aku adore gila dengan cik epal. Banyak orang kata dia suka menunjuk. For me, aku tk rasa pun dia menunjuk. Aku rasa puas tau tengok dia unboxing barang yg dia beli. Contohnya handbag dior/balenciaga. Aku tahu aku tak mampu nk beli handbag semahal itu. So dengan tengok dia unbox aku jadi puashati wehh dpt tengok. Tengok pun jadilah. Kan? Hahaha. Korang dh tengok anak cik epal? Visit lah ig dia. Srs comel sangat. Geram aku. Tahniah cikepal. Cik epal bnyak bagi inspirasi untuk aku. Korang yg tak kenal cik epal tu boleh lah Tekan sini okayy. Selamat berpantang untuk cikepal. Dan selamat berpuasa untuk korang semua ❤️

Thursday, 2 May 2019

Kisah aku di fiksyen shasha

May 02, 2019 0 Comments


Pada tahun 2017, aku telah pun menghantar satu kisah berkenaan ibu aku kepada admin fiksyen shasha. Tujuan aku hanya sekadar meminta bantuan dari mereka yg mengenali sesiapa yg pandai berubat. Tadi aku saja mencari balik kisah aku di laman tersebut. Sebak rasa hati dengan kisah sendiri.

Aku ingat lagi. Lepas admin terima kisah aku dan siarkan dalam laman sesawang mereka. Banyak pembaca disana meninggalkan contact number pengamal perubatan islam utk aku hubungi. Alhamdulillah di ruangan komen blog tersebut, mereka tinggalkan komen yg sangat positif. Tetapi, diruangan komen facebook ada yg salah anggap dgn nama org yg berubat ibu aku. Mungkin sikap malas membaca membuat kn mereka tersalah anggap. Tidak mengapa. Pendapat orang lain lain kan?

Dengan cara aku siarkan kisah disana. Ada dua tiga orang aku hubungi utk bawa ibu aku berubat. Alhamdulillah selepas berjumpa mereka dengan izin Allah juga. Ibu aku beransur pulih. Dan sekarang aku bahagia melihat keadaan ibu aku. Semakin kuat dan sihat. Ibu aku kembali aktif seperti dulu sebelum dia sakit. Berkat doa dan sabar, ibu aku kini berjaya melawan sakitnya. Ada yg menyuruh kami menghantar balik sakit itu kepada tuannya. Tetapi ibu aku tidak sanggup. Ibu kata kalau kita bagi balik. Kita dan dia takde beza. Dan kalau kita hantar balik tidak terkena pada sipembuat tp terkena anak anak nya yg tidak berdosa. Mcm mana?

Dan smpai sekarang orang itu masih pura pura rapat dan ambil berat pasal ibu aku. Ibu cuma berhati hati. Dan tawakal. Semoga ibu aku dilindungi. Dan juga keluarga aku juga dilindungi hendaknya.

Kalau korang nk baca kisah yg aku hantar. Korang boleh cari di fiksyenshasha.com . Dengan cara penulisan aku korang akan tahu itu kisah aku. Taip je 'ibu' di ruangan search. Ada banyak kisah yang akan keluar. Tp korang akan tahu itu kisah aku dgn cra aku cerita. Aku gunakan nama samaran.

Kisah throwback yg membuat hati aku sebak. Keluarga aku kucar kacir. Ibu aku jatuh sakit. Skg, kisah yg terjadi menjadi satu pengajaran utk keluarga aku. Doakan semoga kami tidak lagi diganggu. Dan aku doakan korang yg pernah atau tengah merasa sihir ni tabah. Doa jangan tinggal. InshaAllah Allah tolong umatnya. 

Wednesday, 1 May 2019

Bloglist baru!

May 01, 2019 10 Comments

Assalammualaikum, Hi. Bulan baru ni aku tiba tiba rasa nk cari blogger yg sudi disenaraikan dlm bloglist aktif aku. Ada ke agak agaknya yg sudi?

Kalau korang berminat nk disenaraikan dalam bloglist aku. Korang boleh letak link blog korang. Ajak la kawan kawan korang sekali yg mana sudi tu. Aku tengok senarai bloglist aku agak membosankan. Aku nk lah perbaharui senarai tu. Blog dah baru dh. Senarai pun nk baru lah. Hahaha.

If korang berminat nk disenarai kan. Boleh la tinggalkan link korang kt komen ye. InshaAllah aku akan senarai kn korang. Tiada limit. Dont worry. Semoga ada lah yg sudi ye.

Tuesday, 30 April 2019

Wedding Fadzillah ( Perempuan)

April 30, 2019 0 Comments

Selesai Nikah dan malam berinai. 9/3 majlis di rumah pegantin perempuan. Aku dipaksa makeup wehhhhhh! Punya taknak makeup. Last last muka aku diconteng oleh MUA AZZA. Masa wedding ucu aku pun, family aku guna MUA AZZA. Aku pesan siap siap dkt kak azza. Aku tknak tebal sangat. Dia pun makeup kn lah. Okayy i terpegun dgn muka sndiri. Hahahaha. Duduk depan cermin belek muka. Wah wah lawa jugak aku ye. Hahahah. Okay done perasan!

Dalam pukul 10 pengantin dh siap makeup. Dia dh berjalan2 dalam rumah tu. Kesana kesini bergambar dgn kawan kawan lama yg datang. Dalam pukul 12 semua dayang dayang dh siap. Kak azza ajak kami semua makan skli dgn dia teman. Aku mcm biasa lah, knduri bukan nk makan sgt. Banyak minum je sbb panas. Rombongan pengantin lelaki pun dh smpai. Setel pengantin makan beradab apa semua. Tibalah masa utk bergambar.

Ramai jugak lah mmber lama yg dtg. Jejak kasih lah sikit . Dalam pkul 3 lebih tu. Kami follow pengantin pegi outdoor. Punya jauh dia outdoor. Nun sampai ke manjung. First kami pegi apa mtah nama tmpt tu. Mmg femes la utk outdoor. Setel tempat first kittorang pegi rockbound pulak. So ini lah gambar gambar yg ada.














Baju beli dkt hijabistahub. Shawl turban : haydascarf.

Movie animation park studios (IPOH)

April 30, 2019 0 Comments

Assalammualaikum. Hi. Aku baru ada masa nk post pasal MAPS ni. Aku pergi sini 31/3 haritu. Abang aku cuti masa ni. Aku lupa cuti apa. Maps tengah masuk FREE . Tak boleh bawak mknn masuk ye. Sebab dalam tu ada cafe diorang. Ada macam macam cafe dalam tu tau. Kopi tok aba lah, spaceship la. Macamacam lagi lah. Aku tak ingat. Hahahaahah.

Tapi sendiri ingat lah harga dia mcm mana yee dalam tu. Aku smpai MAPS dalam pukul 12 tgh hari. Wahhhh, matahari atas kepala wehhh. Nk masukk dalam tu, ada jalan okay la sbb bawah canopy mcmtu. Tp kt dlam agak panas. Better korang pakai topi tkpun siap siap bawak payung. Risau terbakar kang . Hahaha. Utk yg ada anak kecik tu bwk la kipas battery tu. Kesian wehh budak. Panas. Bak kata orang perak. Hangat pijooo. Kebanyakkan show diorang sebelah petang.

Nak main semua aku tak larat. Terlalu panas. Srs aku cakap terlalu panas. Ohh lupa. Korang nk main mainan tu, beli dulu coupon ye. Dalam ni diorang guna coupon. Masuk FREE je. Nk main baru beli. Rumah hantu dia agak seram lah. Korang boleh cuba. Untuk yg ada anak kecik okay kot, sebab ada boboiboy, upin ipin. Ada baru nk bukak dkt belakang tu, tak silap aku dunia animasi. Dalam tu banyak tempat. Utk yg ada anak. Ada budak budak, maybe seronok. Dalam pukul 230 aku dah cawww. Aku bawak balik stokin boboiboy satu stokin feng satu. Satu utk ibu satu utk aku. Dalam banyak banyak benda. Stokin yg aku beli. Hahahahah.

Aku mmg berkenan dgn stokin tak kisah la apa pun. Aku boleh dikatakan pengumpul stokin. Gahahahahahaha. So utk korangg yg nk pergi, aku suggest korang pegi sebelah petang. Tk berapa panas. Tengah FREE tu masuk tuu. Boleh la pergii. Hehe . Selamat mencuba awak ye ❤️


Saturday, 27 April 2019

Review : Urban Artisan Cafe

April 27, 2019 0 Comments

Assalammualaikum and hi.
Harini entah kenapa si din tetiba rajin pulak nk bawak pergi cari icecream hipsturr! Selalu aku ajak pergi tempat tempat hipster ni bukan dia nak. Kalini taktahu mimpi apa dia malam tadi, tuptup ajak nk pulak pegi.

Nasib jugak lah kalini waze aku betul. Hahaha waze tk pernah salah. Aku je yg selalu salah. Hahahahah. Dia suruh ke kiri aku kekanan. Simpang lagi 200m aku suruh msuk simpang yg ada depan mata. Bengkek je yg tukang bawak. Harini, aku berjaya tgok waze dengan betul. Itu pun terlajak sikit ke depan. Hahaha .

Aku tahu pasal UrbanArtisan cafe ni pun dekat Penangkini. Tengok gambar dalam tu mcm menarik lah icecream dia. So aku pun order satu double waffle chocolate. Din order oceanic seasalt. Tengok srsly mcm menarik.

Usha harga dia tu gaisss! Mmg hipstur!.

For the first time aku mencarii aiskrem berharga sebegini rupa. So expectation aku mmg tinggi utk rasa dia. Din dapat dulu seasalt dia. Dah mcm squirdward aku tengok aiskrem si din ni. Hahahaha. 


Begitulah rupa oceanic seasalt. Din ni aku rasa boleh bkk youtube channel utk review mknan. Mmg jujur betul. Aiskrem tu rasa garam. Hahaha. Tk berbaloi. Aku rasa dia terlalu byk rasa susu. Aku bab bab susu ni mmg turn off. Loyaa. Tp korang boleh la try. For me, tak berbaloi utk harga RM11.90. tak sedap. Tktahu lah pendapat korang pulak. Eh lupa nk bgtau, diorg punya flav every week bertukar okayy. So flavor minggu ni ada lychee, chocolate, seasalt, lagi satu tk berapa ingat. 

Aku punya dengan harga RM19.90 aku dapat lah bubble waffle, peppero dua batang, kitkat 2 and half, aiskrem chocolate, oreo. Aku punya ni okay lah. Boleh la. Not bad! But utk rm19.90? Em not worth it. So ini lah rupa si bubble chocolate waffle tu. 


Korang yg nak try tu boleh lah waze URBAN ARTISAN CAFE. Lepas traffic light korang akan nmpak nagore lane. Dia terceruk tepi tu. Dekat dgn alley. Thankyou. So gais on my next entry.