Monday, 24 December 2018

Vietnam ( Ho chi minh city)

December 24, 2018 0 Comments
Masa umur aku 16tahun. Pertama kalinya ibu bawak aku travel. Aku umur 16 pun aku mcm budak2 lagi. Perangai pun boyish. Huhu. Vietnam negaera pertama yg aku merasa terbang. Masa tu seronok lah. Aku ni duduk kampung je. Sekali ibu bawak aku ke negara lain. So seronok lah. Seminggu tak silap aku, aku cuti. Masani ibu bawak aku pergi dgn makjang dan anak dia. Kakchik atau kitorang sepupu sepupu ni panggil dia mummy.


Masa sampai dekat sana. Mummy ni beli kn aku sim siap siap masa dekat airport tu. Setel beli sim apa semua. Dh ada transport yang tunggu kami dekat situ. Aku mmg mcm seronok lah. Amik gambar lah, video la. Aku mmg sejenis yg suka record video. So dkt tangan aku mmg sentiasa melekat handycam yg ibu hadiahkan masa besday aku time aku form3. Aku mcm terpegun tengok moto banyak sgt dekat sana. Sangat banyak. Kalau dkt traffic light tu. Mmg banyak moto. Dlm otak fikir 'tak berlanggar pulak ye' huhuu.

Hotel kitorang dkt dengan night market. Jalan ikut satu lorong ni. Lalu lah kedai banyak banyak. Situ ada restoran satu restoran yg kitorang akan makan tiap2 hari. Sepanjang berada dkt sana. Hotel ni dkt jugak dgn ben thanh market. Hari pertama tu kitorang pusing lah satu ben thanh market ni. Aku tk cari benda lain. Aku cari kasut je. Ibu bagi aku duit sendiri masa ni . Hadiah utk aku. Aku lupa sebab apa. Huhu sorry. Lepastu kitorang jalan sampai satu mall ni. Situ pun byk barang. And then dkt luar pulak. Tepi tepi jalan. Pun membeli.


Malam je mmg aku dgn family aku akan ke night market. Jalan jalan, cuci mata. Masa hari pertama ni dkt night market tk membeli. Tp mummy ni dia membeli tshirt. Utk anak anak dia. Hoze and leticia. Beli beli, sekali seller tu sembang tanya apa semua. Dia ckp dia ni boleh bawak mummy pegi beli kain untuk mummy buat tudung. Ohh lupa bgtau! Mummy ni dia ada bisnes tudung. Dia ada tailor sendiri. So dia dtg pun utk cari kain sambil tu bawak kami jalan jalan. Akak tu nama dia Sara tk silap aku. So dia lah tour guide kami untuk dua hari.

Hari kedua tu, Kak Sara ni dtg hotel amik kitorang. Btw, kaksara ni ckp melayu ye. Mak dia orang malaysia. Pergi lah kami ni lepas breakfast semua. Menuju ke destinasi pertama. Tempat dia bawak ni mcm market, tp jual kain je. And orang tua yg jual kain tu TAK PANDAI BERBAHASA LAIN. Nasib lah kaksara ni ada. Boleh tlog mummy. Mummy pun jalan kan lah tugas dia apa semua . Yang kami ni . Menyibuk jugak membeli kain. Especially ibu aku dgn makjang. Dkt 3jam dduk sini. Setel apa semua. Mumny setel untuk shipping sekali. Kaksara bawak kami makan pulak. Gerai, dkt dgn surau. Makanan dkt sini okay. Cumanya air dia kurang manis. Katanya orang sini mmg kurang manis dlm mkn minum. Thats why kurus. Huhu. Habis makan apa semua dia bawak kami pusing pusing bandar situ. Tengok taman. Tengok macam macam.


Ni lubang yg aku cakap tu

Second day, dia bawak kmi ke Chu Chi Tunnel. Perjalanan amik masa jugak lah utk sampai ke sana. Chu chi tunnel ni tempat peninggalan zaman perang. Dia terowong lah untuk askar askar vietnam ni berlindung, perang dan lain lain. Mula dia bwk kami tengok cara pembuatan kulit popia yg tahan untuk beberapa tahun. Dia tnjuk cara buat. Lepastu tunjuk cara buat kasut dgn menggunakan tayar. Sandal lah kn. Kulit popia tu ada di jual dkt situ. Dia bawak lah tengok dapur diorang mcm mana, dkt dalam terowong tu kena jalan 5km utk smpai ke satu tempat yg lain. Ada jugak yg 10km baru jumpa tempat lain. Terowong tu agak kecik. Mmg kita takkan sangka pun ada bnda dlm tu.

Dapur diorang pun dalam terowong tu, tapi daput tempat lain, asap tu diorang akan hala kan ke tempat lain. So kalau ada org nampak pun, contoh kata kalau bom pun, bom tmpt lain jauh dari diorang. Pandai kan? Ada jugak hospital dekat dlm tu, ada dewan macam macam lagi lah ada. Dh habis kitorang masuk terowong yg berjalan menunduk tu .Dia bawak keluar, renjer tu tnjuk lah ada satu lubang ni, petak tau. Tp kecik sgt. Muat2 badan aku je. Masa tu aku kurus lah. Hahahaha. Skg kalau aku masuk sangkut kot. Ckp pasal sangkut, dkt lubang tu lah, ada 'MATSALLEH' ni tersngkut. Dh tau sado. Merah merah muka dia, huhu.

Ada jugak tempat menembak dkt situu. Lepas habis lawatan semua. Dia akan bagi air teh kecik je cawan dia. Dengan ubi kayu cicah dgn gula. Uishhhh! Apahal sedap. Hahahaha. Byk jgk aku mkn. HHee. Dh penat semuanya. Kitorang pun gerak balik ke hotel. Hari pun dh beransur gelap. Sampai hotel semua kepenatan. Mandi rehat dan solat semua. Dalam pukul 9/10 tu mummy ajak keluar lagi pergi night market. Hahaah. Penat td tk habis lagi. Jalan lagi. Betul jalan ni. Huhu.


Hari ketiga dekat sana, ibu beli lagi brg dkt ben thanh market tu . Boleh pulak dia jumpa orang kampar kt situ. Orang tu kenal dia sebab suara je. πŸ˜‚ Mcm tk percaya pulak. Huhuu. Sampai lah ke malam kitorang cuma pusing dekat situ situ je. Barang mmg boleh bukak pasaraya dh ni. Hahahaha. Balik bilik ibu dgn makjang tersandar tengok brg bnyak sgt. Tula beli lagi byk2. πŸ˜† Malam last dkt sini kan ttu yg diorng dua sakan sgt tu membeli. Ibu untuk anak je dah 4, menantu lagi. Cucu lagi. Mcm mana ttk banyak. Ish ish.

Hari keempat, kitorang gerak ke airport. Mummy sangkut dkt kastam. Sbb byt tax kot. So kena lah byr. Tp alhamdulillah la tk byk. Ada satu grup tu. Dia beli brg guna dollar tau. Sekali dia kena byr dkt kastam, banyak. Kesian diorang 😢 selesai semuanya kami semua pun berangkat dari vietnam ke LCCT. Kenangan yg aku tkkan lupa smpai bila bila. Walaupun tk jauh mana, tp aku bahagia sbb aku pergi dgn family aku. Aku kalau boleh semua tmpt aku nk travel dengan family aku. Aku mmg nk berkepit dgn family je. Huhuuu.


Maaf lah ye kalau cerita tk menarik mana, aku akan cuba perbaiki penulisan aku. Gambar yg aku tepek aku amik dari google je. Sbb nya handycam aku dh rosak, dikerjakan anak anak buah aku tu 🀐 Gambar pulak semua dlm fb lama aku. Dah tk boleh bukak. So aku tepek jela gambar dari google ni utk korang ye. Sekian.....

Thursday, 4 October 2018

6 wira terkorban

October 04, 2018 2 Comments

Assalammualaikum dan Hai semua. Harini kita dikejutkan dgn berita yg pilu. Perginya 6 orang penyelamat. Dilaporkan 6 anggota bomba maut selepas cuba menyelamatkan seorang remaja 17 tahun terjatuh di tasik putra perdana Puchong.

Dikatakan mereka meninggal akibat tali terbelit. Arus deras. Mangsa seorang remaja masih belum ditemui. Kerjakerja SAR masih dijalan kan bagi mencari mangsa tersebut. Takziah kepada ahli keluarga. Jasa mu dikenang.

Tuesday, 2 October 2018

J & T express

October 02, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan Hi.
Korang pernah dgr tk pasal J&T express? Tak pernah? J&T express ni sama mcm Poslaju dan lain lain. Aku pernah guna beberapa kali, pestime aku pos barang dkt dia. Sehari je. Perak-penang. Yang paling best untuk aku. Sbb org j&t ni dtg rmh amik brg. Takpayah aku keluar. Hahaha. Itu yg paling bagus utk aku.

Ada jugak aku pos dkt cust aku guna J&T jugak. Mula diorg mcm hairan bin pelik bila aku ckp pos guna J&T. Paling sedih bila dia ckp aku scam dia. Em. Cedih hati hakak. Esok tu dia bgtau brg dia dh smpai dan dia mtk maaf. Alhamdulillah, setakat ni aku puashati dgn service diorang.

Aku nak amik kesempatan sikit. Sesiapa yg nk beli inspired perfume boleh wasap aku. Boleh COD AREA, PERAK & KL. Tp KL tu sebulan sekali atau dua kali je aku turun. Kalau berminat boleh wasap aku terus 0164633605 'inspired perfume' 

Saturday, 29 September 2018

Genting Highland

September 29, 2018 1 Comments
Assalammualaikum dan Hi. Ibu aku plan bulan 12 ni nak ke GENTING. Nak celebrate anniversary katanya. Boleh la spendtime dgn anak2 katanya. Tapi abang aku suruh cari homestay. Jenuh aku google, trivago apa semua. Tak byk homestay. Hmm

Korang tahu tak kalau hotel/homestay yg boleh muat 12 orang. Kalau boleh nk lah ddk satu bilik. Boleh lah membawang dgn family kan? Kalau ddk hotel. Bilik asing2 mcam tk berapa nk best.

Kalau korang tahu mana mana hotel/homestay boleh tinggalkan komen ya. Aku nk booked awal. Takut nnt lambat2 full pulak. Tak larat nk ulang alik. Huhuu. 

Aku si makcik bawang

September 29, 2018 0 Comments

Assalammualaikum dan Hi. Maaf lah dh berapa hari dh aku takda entry baru. Takda masa sgt. Busy dengan kucing, busy dgn ml. Busy dgn mendobi. Aipp, bukan malas. Mesin rosak brg tak smpai lagi --' Kira nk membawang je ye.

Sejak duduk kedai ni, banyak betul bawang yg aku kupas. Haha. Makcik makcik bawang sini byk bawak bawang utk dikupas bersama. Sharing is caring katanya. Suka je aku tengok makcik makcik ni berfesbuk. Tanya org macam mana nk masuk gambar la. Macam mana nk share. Terhibur aku.

Aku paling terhibur bila cik sam dtg. Dia tu lepas suami dia meninggal. Dia kurang ingat. Bahasa kitanya tu. Nyanyuk. Dia tk berapa ingat. Dia kalau belum balik mesti tanya "makcik dh bayar ke?" selagi dia belum balik dia akan tanya. Satu hari tu pakcik rashid ni dtg dia belanja satu kedai. Dia dh siap doa kn pakcik rashid tu. Lama2 dia tanya "Eh dh bayar ke tadi ye" satu kedai gelak. Dia pun sengih je.

Done membawang utk harini.

Tuesday, 25 September 2018

Alhamdulillah.

September 25, 2018 1 Comments

Assalammualaikum dan Hi. Alhamdulillah. First day berjalan lancar. Baru hari pertama tp ada sambutan. Bersyukur sgt dgn rezeki harini. Baru aku tahu mcm mana penat nya org berniaga. Mcm mana seronok nya tengok org membeli apa yg kita buat. Bahagia aku rasakan. Walaupun hanya sekeping roti canai kosong.

Tapi dengan hasil sekeping roti tu dpt membahagiakan hati aku, ibu dan abah aku. Itu sudah ckup. Ramai jugak mulut mulut bersuara. Rugi muda jd penebar roti je. Rugi anak dara keje kedai je. Aku nk bukti kn dkt mulut mulut tu, takde cela nya kerja kedai. Walaupun aku tk sehebat anak2 diorang. Tp rezeki yg aku cari rezeki yg halal. Dan benda yg aku buat ni, membahagiakan ibu dan abah aku. 

Angah aku juga tk kurg rezeki nya. Ada yg dtg bungkus ada yg dtg bertandang. Aku dan angah cuba tepis segala suara, mata yg memandang rendah dkt kami. InshaAllah. Semoga kami berdua kuat untuk tempoh semuanya. Alhamdulillah juga, isteri pak uda aku dtg tolong kami. Rajin. Dia lah byk kuat kn kami. Byk tolong kami. Semoga Allah permudahkan segalanya utk kami. Amin. 

Friday, 21 September 2018

Bawang.......

September 21, 2018 0 Comments

Assalammualaikum. Dan hi. Gambar hanya sekadar hiasan. Masih practical di kedai ibu. Hehe. Harini selesai kenduri doa selamat untuk masuk kedai baru. Ramai org surau datang. Alhamdulillah. Walaupun hujan, ada jugak yg dtg ke majlis tdi.

Harini hari last aku practical kt kedai ibu. Kena tebar 50keping untuk knduri tadi. Lagi dua hari je nak buka dekat kedai baru. YA ALLAH. Nervous nya. Tktau lah nk kata. Tengok macam tenang. Betul lah kata pepatah, jangan sangka air tenang tiada buaya. Srsly aku tersangat lah nervous. Kedai sana pum dh siap kemas semua dah cantik teratur. Tunggu masa untuk dibuka je.

Jangan lupa ye. Sesiapa yg berdekatan, kampar ke air kuning ke tapah ke. Mohh ler singgah kedai teman. Tepi jalan je. Senang mengkeme nyinggah. Hehehe. Mike doakan aku berjaya dlm bisnes kalini ye. Semoga aku dan abg aku dimurahkan rezeki. Amin.


Makcik bawang yg aku sayang. Yang sentiasa support. Ibu, makjang, ciknor dan cikyana. Kebahagian yg aku jaga πŸ’• Abah entah duduk mana 🀣

Tuesday, 18 September 2018

Coming soon

September 18, 2018 2 Comments

Assalammualaikum dan Hi. Alhamdulillah harini brg dh smpai. Kedai dh basuh. Tinggal nk kemas susun semua je. InshaAllah jumaat ni kami akan buat majlis doa selamat sikit. Sesiapa yang berdekatan di jemput hadir. Dekat sg kroh air kuning. Lepas asar.

InshaAllah kami akan bermula pada hari isnin akan datang. InshaAllah kalau tiada apa halangan. Hati aku dup dap dup dap. Nebes kak. Nebes. Hhaha. 

Oh ya. Dkt sini aku tebar roti canai. Abang aku buat nasi lemak berlauk. Untuk tgh hari dia buat nasi berlauk. Nasi bajet. Jemput lah cuba. Apa yg kurang boleh bagitahu. Doa kn aku kuat dan tabah utk cabaran yg akan aku hadapi. 


Special untuk korang. Aku belanja roti canai satu. Hahahahah. Jemput lah cuba nnt ye gais.


Lokasi. SG KROH AIR KUNING. SEBELUM SAMPAI PEKAN AIR KUNING IF KORANG DARI KAMPAR. IF DARI LANGKAP/TELUK INTAN, LEPAS PEKAN AIR KUNING. 

Monday, 17 September 2018

Johnny English 3, strikes again

September 17, 2018 1 Comments

Assalammualaikum and Hai. Baru baru ni satu lagi filem aksi komedi yang menampilkan ROWAN ATKINSON. Atau lebih dikenali sbgai ENCIK KACANG. (MR. Bean). If korang layan JOHNNY ENGLISH dari 1 punya. Korang dh sedia maklum filem yg korang akan mengalami kekejangan perut masa tengok nnt.

Sebab apa? Sebabnya, karakter yg dimainkan oleh MR Bean ni sangat melucukan. Dan dapat menggeletek perut korang sampai kejang. Aku paling suka scene masa JOHNNY memakai VR. Pecah gelak satu panggung di buatnya. Satu lagi babak menarik bagi aku. Masa JOHNNY telan pil untuk tidur. Tapi dia tersalah pil. 

Bagi yang meminati filem ini. Aku nk bagitahu, berbaloi aku tengok wayang. Aku boleh bagi 10/10. Selamat menontot gais. 

Geumbok si budak gemuk

September 17, 2018 1 Comments

Assalammualaikum dan Hi. Harini si geumbok dh 6 hari dengan aku. Alhamdulillah ada progress. Dh tk takut mcm mula sampai haritu. Sekarang dah suka main. Suka kacau orang. Suka jilat jilat kepala orang.

Masa first sampai sini haritu. Dia ddk dlm cage dia je. Takut nk keluar. Now dia lah paling ligat. Satu rumah dia pusing. Paling manja dgn abah aku. Abah nk keluar je. Mesti dia nk ikut. Aku harap si geumbok selesa lah dgn keluarga baru dia ni. 


Selamat datang geumbok. Semoga awak makin manja sayang. 

Again and again

September 17, 2018 0 Comments

Assalammualaikum and Hai awak. Tadi post makan. And now pos makan lagi. Aku pilih ROCKSTARZ BURGER utk makan malam. Fav aku dekat sini, metallicheeze. Cheese dia mmg kaw lah. Aku tambah sosej dan din tambah telur. Semua yg dalam gambar tu RM26.

If korang nk makan ringan ringan utk malam. Boleh lah try makan dkt sini. Macam2 korang boleh add on. Ada telur ada sosej ada nuget. Pilih bayar dan makan. Pilih tk bayar tu kau dpt makan jgk. Tapi makan penampaq lah. Hahahaah 

Location sg ara. Sebelah sekolah rendah sg ara. Ala korang search je rockstarz burger dkt waze tu. Nanti sampai lah dkt sini. Aku belanja sikit.



Selamat menjamu selera gais. Yang mana tau location kerang bakar area penang sila bagitahu ye. 

Sunday, 16 September 2018

Makan lagi

September 16, 2018 0 Comments

Assalammualaikum dan Hi. Maaf brader depan. Saya tangkap gambar awak. Hahaha. Mula sampai sini. Aku tengok Q dh panjang. Aku tengok muka din, din tengok aku. Nak ke taknak? Din ckp dh smpai so masuk je. Dan disini lah kami. Berbaris menunggu makanan.

Aku macam biasa. Ayam goreng atas peha plus telur sotong. Dari first aku datang smpai lah sekarang. Mmg tu je yg aku akan order. Telur sotong mmg sini paling surr. Paling ngam. Sekali kena konfem nk lagi. Harga tak mahal mana. 

Aku punya bru 750. Telur sotong tu korang request lh nk berapa ringgit hokeyy.


Korang boleh search Mohamad Rafee penang. Dekat area Burma Road. Depan balai. Selamat menikmati okay geng. 

Pengkalan Hulu.

September 16, 2018 0 Comments

Assalammualaikum and Hi. Tadi aku pergi kenduri abg sepupu aku dekat pengkalan hulu. Setelah sekian lama wehh aku tk jejak kn kaki ke sini. Seingat aku, aku kecik lagi masatu. Kampung aku berdekatan je dgn pengkalan hulu ni. Abah aku orang gerik. So semalam aku dan Din satu kereta. Kakak sepupu aku pun gerak dari penang smlm.

Masa dkt baling, alhamdulillah cuaca okay. Dekat masjid ni pun masih okay. Kami masuk je kawasan jalan nk ke rumah pengantin. Hujan lebat selebatnya. Pengantin ni, sanding dua sekali. Abang pengantin perempuan tu pun sanding sekali. Aku ingat jalan dia sama macam gerik je. Rupanya tidak. Jalan agak mencabar. Kawasan dia mcm kwsn bukit. Tp satu lorong. Kalau bertembung dgn kereta tu aku tktau lah. 

(aku, kakak sepupu aku dan makcik aku yg kt belakang tu. Makcik paling keloloh. Haha) 

Sesampai nya kami depan rumah pengantin (rumah pengantin dalam kebawah) cerun. So kereta yg berderet ni parking je dkt jalan. Ye tengah jalan. Yg tgh berbukit tu. Dgn hujan nya. Nasib lah tkde org akan lalu lalang jalan tu. Kalau ada memang punggah lah. Nak nak lagi kalau dari depan. Sebab nk kena alih dlm 10 buah kereta. Agak payah disitu.

Tapi, segala penat. Basah hujan semua terubat. Sbb apa korg tahu? Makanan dia sedap wehh. Ikan keli dia. Perghh! Terbaik siot. Srsly sedap. Din pun boleh kena dgn masakan dkt sini. Siapa yg masih baru, utk pengetahuan korang. Din tu someone special aku. Dia mamak. So susah utk dia serasi dgn masakan melayu. Lagi2 dkt sini. Tp aku tak sngka. Dia sukaa geng. Pkcik aku pun terkejut sbb dia boleh makan geng.

Tahniah buat abg sepupu aku. Nasrul Hazmi dan isteri. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Bertambah duit raya aku tahun ni. Hahah. Ofcos lah masih dpt aku belum kawin kot. Haha. Tapi srs wehh, sejuk je dkt sana. View pun cantik je. Nampak gunung baling semua. Cantik nya ciptaanmu YA ALLAH. 

Saturday, 15 September 2018

Life.

September 15, 2018 0 Comments

Assalammualaikum. And hi. Semalam(khamis) aku selesai beli barang barang dapur, tempat roti canai. And semua yang diperlukan. Hari selasa InshaAllah barang tu akan sampai, dan hari jumaat InshaAllah ada jamuan sikit.

Hari sabtu. Next week. Akan bermulalah kehidupan aku sbgai seorang penebar roti canai. Ya. Tak gurau weh tk gurau. Sesiapa yg lalu SG KROH, AIR KUNING PERAK. Sila lah datang ye. Kedai aku kecik je. If korang nampak tangki air area sgkroh tu. Korang akan nmpak satu kedai kecik, depan tu ada pokok kelapa. 

Pokok tu rendah je. Macam aku. Haha. Kalau nak rasa roti canai aku. Datang lah. InshaAllah. Sedap datang lagi. Tak sedap bagitau aku. Biar aku sedapkan lagi. Hee. Doa kan aku berjaya dalam apa yg aku buat gais. Aku cuma nk bahagia kn ibu abah aku. Diorang lah yg paling happy bila dpt tahu aku berminat nk belajar tebar dari ibu.. Ya aku warisi kelebihan ibu aku. Ibu aku pndai menebar. 

InshaAllah, kalau korang datang. Aku bagi servis terbaik. Doakan aku berjaya ya. Amin. 

Hati sendu.

September 15, 2018 1 Comments

 

Harini aku jatuh terduduk. Kecewa, sakit hati, hancur. Dalam hati. Jiwa aku seakan melayang. Hilang arah. Aku tidak sekuat dulu. Yang sentiasa tenang dan tabah. Yang sentiasa mampu untuk telan segalanya. Ya tidak semuanya indah dalam kehidupan. Aku perlu semakin tabah dan bukannya semakin lemah. 

Tapi harini aku rasa sgt lemah dan melayang jauh. Aku tk dapat nk fikir dgn jelas dan waras. Aku tk dapat nk buat keputusan. Aku bagaikan kosong. Satu masalah pun aku tak dapat selesai kan. Aku betul betul lemah. Aku terduduk longlai. Semangat seakan hilang. Fikiran menerawang ke dunia lain. Hm. Aku harap aku kuat dan aku setabah dulu. InshaAllah.

Selagi masih ada semangat selagi itu ada harapan. Let it be. Stay alive. Im tryin' to be positive. Walaupun susah untuk aku telan kepahitan harini, mungkin kepahitan yang akan datang lebih kelat dan padu. Kan? Kehidupan. Ada turun naik. Ada jatuh ada bangun. Jangan jatuh tk bangun bangun. Susah. 

Doakan aku semakin tabah dan kembali normal. Amin. 

Thursday, 13 September 2018

Under maintenence!

September 13, 2018 0 Comments


Assalammualaikum. And hai.
Sorry if masuk sini agak semak sikit. Semua tak edit lagi. So boleh dikira under maintenance lah kan?

Why agak semak? Sebabnya, aku baru tukar template. Aku rasa yg lama sudah agak boring. And this one, simple bg aku. Sorry okay geng, kalau rasa serabut. Ini hanya seketika sahaja. Act, aku dh sakit mata nk edit sana sini. Hahaha.

Maaf diatas kesulitan yg anda alami. Sekian. Dah macam surat aku rasa. Keke.
See you on next entry. πŸ’•

Wednesday, 12 September 2018

Short vacay.

September 12, 2018 0 Comments

 
Assalammualaikum awak semua. Masih ada ke orang datang ke blog aku ni? Aku makin busy. Takde masa lagi nk berblog. Sekian lama aku tinggalkan blog ni bersendirian. Merdeka haritu. Aku dan family bercuti dkt bukit merah laketown resort. Aku stay sana satu malam. Stay sana pun sebab abg abang aku jenis yang bangun sangat awal.. (haah paling awal pukul 11) mehhh - - '

So ibu aku decide stay sana. Senang. Nk pegi pun dekat. Homestay dia mmg selesa. Ada 3 bilik, semua ada aircond. Puashati lah utk yg dtg dengan family. Tempat pun rileks je tk ramai orang. So bagi yg nk kn ketenangan boleh lah stay situ. Masuk bukit merah. Aku dan abang abang aku kena RM20 sbb masatu ada offer. 5 orang RM100. Budak2 pun masuk dalam pakej tu sekali.
Utk parents korg yg berumur 55 tahun ke atas akan dapat diskaun. Ibu and abh aku kena RM10 shj. So dh jimat dkt situ. Mesti korg tertanya tanya kenapa murah kn? Sebabnya, stu kolam besar dlm tu tak boleh guna. Sebab tgh renovation tk silap aku.


Abang aku beli tiket masuk pulau orang utan dan ecopark. So kami tgu dkt jetty utk pergi ke pulau org utan. Masa kami pegi tu, banyak org utan yg ada. Renjer situ ckp, before this kurg yg keluar. So ini rezeki kami dpt tengok semua yg ada dkt situ. After 45mins baru ada bot yg datang. Naik bot kami stop dkt ecopark. Ecopark ni mmg sesuai utk budak2. Korg yg nk bawak anak2 kenal haiwan. Dtg lah sini okay. Abang aku pun terhibur. Kau rasa? Hahaha. Yang paling aku geram dgn abang abang aku ni, ada sekor buaya betina tu nama dia AYU. Ya, itu nama manja aku. Guess what?

Diorang boleh jerit, cakap tolongg ayu terlepas. Dia buat perangai sungguh weh. Stress aku. Dgn anak buah aku buat perangai sama. Ya Allah. Sabar je weh sabar. Habis kitorg pusing ecopark. Kami terus jalan ke waterpark.



Eh lupa. Sebelum masuk jumpa haiwan2 tu, aku dgn fmly naik skycycle. Kena kayuh pakai tgn, atas rail. Agak gayat lah. Tp aku rilek je. Hahaha k tipu. Aku gayat lah weh gayatt. Corner je aku mula lah jadi tarzan. Haiwan dkt bawah tu usha aku pelik weh. Maybe diorg ckp dgn mmbe2. Apahal tarzan bertudung ni. Hahaha. Mampus.


Jarak dari ecopark ke waterpark dlm 5min je. Tk jauh pun. Yes, menapak okay. So siapa yang nk bawak anak anak jalan cuti sekolah. Datang lah ke bukit merah. InshaAllah puashati. Jumpa di next entry. Byebye. Assalammualaikum.

Saturday, 19 May 2018

White Himalayan Birkin

May 19, 2018 3 Comments

Assalammualaikum. Dua tiga harini kecoh pasal handbag birkins yg bernilai hampir sama dgn nilai banglo. Ramai netizen tinggalkan komen, kenapa harga beg birkins sangat mahal.

Disebabkan rasa ingin tahu. Aku pun google lah pasal handbag Hermes Birkin ni. Keluar lah article viral pasal white Himalayan Birkin.

White Himalayan Birkin ni adalah handbag Hermes paling mahal didunia dengan nilai US$380000. Handbag ni telah dijual kepada pembeli tidak bernama.

Handbag ini mempunyai 18 karat emas dan bertatahkan 245 berlian. Warna nya sgt exclusive membuat kan handbag ini lagi menyerlah.


Sumber : thefashionlaw.com

Saturday, 3 February 2018

Medan Indonesia

February 03, 2018 0 Comments
2015, aku terbang ke medan dengan trip by cikgu omar. Majoriti yg pergi semua veteran. Orang orang lama. Yang muda masa tu ada la dalam dua tiga orang cemtu. Termasuk aku dgn kak nana. Masani kak nana belajar kt poli lagi. Dia cuti so mkteh bawak lah dia sekali.


Tambang masani aku pergi RM900 lebih. Sekali hotel. Makan minum. Semua dia sediakan. Hari pertama sesampainya dkt LAPANGAN TERBANG KUALANAMU, aku dgn kakak nana cari sim. Penting tu. Hahahaha . Kang nk msej abah apa semua πŸ˜… setel semua orang yg nk beli sim beli apa semua. Kitorang naik bas menuju ke danau toba. Hari pertama tidur dkt danau toba. Danau toba ni ada mcm tasik. Besar tasik dia. Agak jauh la dari KUALANAMU ke DANAUTOBA. Otw ke sana ada la singgah beberapa tempat. Termasuk tempat makan.

Makanan sepanjang dlm trip ni sedap wehh. Srs sedapp. Dia bwk pegi mcm restoran. Semua lain lain. Yela dh lain lain tempat. Hahahaha. Jalan ke danautoba ni, agak sempit. Kalau ada bas dkt sbelah tu korang boleh giveme5 la. Rapat dia. Huhu. Aku sampai ke danautoba ni petang jgk lah. Lepas singgh beberapa tempat, termasuk makan tengah hari dan tmpt membeli. Sampai lah kitorang kt hotel pertama kitorang. Dkt sini agak sejuk, sbb dia kwsn mcm bukit. So sejuk. Hari pertama ni kitorang stay sini. Mlm kitorang semua jln2 dkt kwasan sini. Byk jugak brg2 yg menarik perhatian aku. Aku apa je yg tk tarik perhatian aku utk beli. Hahahah. Masa nk balik hotel tu. Semua decide nk naik ojek. Ojek tu ramai wehh yg naik. Tp grup kitorang jela. Dh mcm ikan sardin. Gelak je makcik pakcik dlm tu .huhu . Abg tukang ojek tu pun dok gelak.

Dalam pkul 6pagi. Kitorang gerak pi bfast. Dkt sana pkl 6 dah terang. Tak silap sana lambat sejam dari my. Bergambar lah kitorang dkt swimming pool. Sbb view kt situ lawa. Nmpak semua dkt bawah. Pastu dlm pukul 730/8 kami semua naik bot seberang ke satu pulau ni. Byk orang jual-jual dkt situ. Kt sini lah kenangan aku, masa ni besday aku 3jun. Aku nk bg duit, nk sedekah dkt budak yg nyanyi dlm bot ni. Sekali begduit aku tkde weh. Dlm tu ada ic, ada lesen semua . Aku dh nngis dh. Cuaii lagi. Sekali tourguide kitorang ni cl org bas tu abg adi. Dia amk kn dkt hotel. Tp dia mtk upah RM50. Ibu pun ckp boleh. Aku dh nngis sedu sedu dh. Malu gak lah. Hahahahah πŸ˜‚ lepas je kecuaian aku ni. Aku lebih berhati hati. Sampai dkt satu restoran ni, ada surprise utk aku dgn bella. Diorang celebrate besday kitorang dua. Agak terharu la. Dgn kek dgn nyanyi. Huhu malu sis. Dapat hadiah lagi kot ataih. Hehe

Kitorang keluar dari pulau. Kitorang pegi ronda lagi lereng bukit pulak. Lupa apa nama tmpt dia. Agak jauh la. Dari pusing ke rumah panjang apa semua tu. Sampai lah dkt hotel lagi satu tu. Malam. Rehat rehat kan badan. Dalam pukul 8, aqwam bawak aku, kaknana, kakpika, kakecah dgn anak dia, kimi. Sepupu dia, abg imam bawak kami ni pegi satu mall. Sakan lah kak pika shopping. Kaknana kakecah semua sama naik. Huhu. Jumpa pulak guess. Masing2 membeli purse. Aku beli baju je. Huhu. Masani ak tk minat lg handbag purse gegirl ni. Hahahah. Lepastu abg imam ni belanja kitorang makan pulak. Pukul 1 baru aku balik hotel.

Hari terakhir dkt sini, kitorang bfast, siap siap checkout. Cikgu omar bwk pulak ke istana maimun. Semua masuk lah dlm tu. Jadi permaisuri masing masing pun. Dgn ibu aku pakai baju tu. Mcm mcm la ibu aku ni. Huhuu. Masa smpai dkt airport kualanamu ni, masing masing dh tkde duit. Melepek jela dkt satu tmpt ni. Sbb dh tkde rupiah punya. Tgl rm je. Dkt airport tk boleh guna rm. Nganga jelah nk tgu flight. Nasib lah uncle raman aka lebai raman ni belanja semua jemaah minum. Huhu baik sungguh la hati dia. Tenkiu uncle. Apa pun mmg kenangan yg ak tkkn pernah lupa, celebrate besday dkt sini. Dan aku belajar supaya tk cuai lagi mcm aku tertinggal begduit dkt hotel tu lagi. Ehh lupa pulak. Masa lepas kitorang keluar dari pulau tu, kitorang dibawa ke air terjun sipiso piso. Cantik je view kt sini.

Aku akan cuba perbaiki penulisan aku. Untuk yg lebih baik. InshaAllah. Sekian.

Monday, 1 January 2018

Since 2010

January 01, 2018 0 Comments

Assalammualaikum dan Hai. Aku beruntung ada sahabat tak betul macam diorang ni. Walaupun tak sihat. Boleh jugak keluar hibur kn hati. Setelah sekian lama mengidam sushi. Finally dapat.


Lepas mengidam aku. Kawan kawan aku orang slalu pandang rendah dkt diorang. Sebab apa? Sebab salah satu kwn aku kawin muda. Dan kami bertiga tkde lah segulung ijazah yg kami tayang dekat instagram dekat facebook. Tapi aku bangga ada diorang sbgai sahabat aku. Zaman sekarang tk mudah utk dapat kwn yg tak tikam kawan. Susah sangat. Banyak yg jenis talam bermuka muka. 

Aku mmg tk ramai kawan perempuan. Ada lah 4 5 ketul je. Yang lain kawan baik aku semua lelaki. Yg perempuan ni jelha yg baik dgn aku yg tk tikam aku, yg tk talam. InshaAllah. Disebabkan aku teringin nk sushi, fara belanja kitorang makan sushi. Banyak jugak lah kitorang bedal. Huhuu. 


Tengok lah banyak mana pinggan tu. Ada lagi yg aku tk tangkap sbb sibuk makan. Hahahahah. Kitorang ni bab makan mmg number one. Tak menolak langsung. Ajak lah makan mana pun sentiasa on. Mamak tepi jln pun tkde hal. Takde lah mencari tempat berhawa dingin je. Acewahh! Huhuu. Pejam celik pejam celik. Kejap je dh 2018. Tak sangka dh 8tahun persahabatan kitorang. Banyak sgt dh buat hal. Dari zaman sekolah ada je masalah kitorang buat. 

Aku kt sekolah mmg bukan budak baik. Ada je masalah disiplin. Form one aku dgn fara satu kelas. Kitorang budak AMANAH. Amanah ni kelas no satu. Tp kitorang ni paling hantu. Aku ingat lagi. Aku dgn fara pedajal si insyirah and the geng. Kitorang hadiah kn anak tikus yg pink pink tu kt dia. Letak dlm kotak cantik2. Hahahah. Masa rehat aku dgn fara ni naik lah kelas diorang (insyirah and the geng) utk letak kn HADIAH ni. Habis waktu rehat kitorang dh pasang telinga. Kelas kitorang ni dkt bwh. Kelas diorang atas. Dia jerit je. Aku dgn Farah dh mengekek kt bawah ni. Plan mengena. Sekali tu anis soph dtg kelas kitorang, ckp dkt cgu waktu tu, cikgu rehan panggil. Aku dh syak sir durai pgl. Sebabnya aku manade class apa apa dgn cikgu rehan 🀣 Naik bilik guru aku dgn fara rilek lagi. Kekal kn lakonan. Boleh bg anugerah lah kt kitorang ni klau ada kt sekolah tu untuk PELAKON TERBAIK 😝


Sir Durai bg kotak hadiah tu kt kitorang. Kitorang bukak kotak tu and jerit. Phewww! Lakonan aku, kalah aaron aziz. Hahahaha . Tercampak lah si anak tikus dan kotaknya tadi. Aku dgr diorang bisik 'tengok ah tu belakon lebih' aku tahan je nk gelak. Sir Durai dh bebel bebel. Asyik asyik muka kitorang dua. Kelas bagus tp disiplin kelaut. Hahahahaha. Hinggap lah rotan kt kaki. Kena pulak salam diorang mtk maaf. Aku salah hujung2 je. Pastu blah. Sampai je tangga. Pecah gelak aku dgn farah. Hampeh betoi! Haha. 

Bila ingat balik perangai zaman sekolah. Ya Allah, nakalnya aku. Benda macam tulha yg buat aku rindu. Rindu sgt zaman sekolah. *Tula masa suruh sekolah kau ponteng kelas (ayat ibu) 😜 Adik adik masih bersekolah tu, hargai lah zaman persekolahan korang. Cipta lah kenangan sebanyak mana yg korang mampu. Aku byk sgt kenangan. Belajar tu penting, tp jgn lupa aktif kn jugak diri dalam koko. Aku nakal tp aku aktif koko. Aktif sukan. Semua tu penting, bukannya tk penting. Belajar lah, selagi hidup. Ilmu tkkn pernah habis. Setua mana pun usia kita. Ingat, kita kena sentiasa mencari ilmu 😘