Balik kampumg


Aku masih dekat kampung. Tak balik penang lagi. Sebabnya dada aku masih bengkak dan aku dpt MC . Huhuu. Siapa je tk suka balik rumah parents kan. Aku kalau boleh mmg hari hari nk ulang alik rumah ibu abah. Nasib lah penang - langkap tu amik masa 3jam kalau drive. 4jam-5jam kalau bas. Huhuuu. Kalau lah sejam dua. Mmg aku ulang alik je penang langkap ni. Hee

Macam biasa lah kalau balik kg ni. Ibu aku mmg akan masak makanan fav anak anak dia kalau kami balik. Mcm angah aku dia tk susah. Dia ckup sambal belacan je. Tu mmg fav dia. Sambal belacan ibu aku mmg terangkat wehh. Tu fav angah aku. Kalau dia balik, mmg sambal belacan wajib ada.

Skg kn tengah musim durian. Ibu aku ni beli lah durian utk aku. Aku mmg suka durian. Huhuu. Tp skg kurang lah sikit tk macam dlu. Kalau dulu. Aku sensorg boleh habis 2 3 biji. Skg ni kurg lah. Setakat 4 5 ulas tu boleh la. Banyak banyak aku muak. Tp disebabkan ibu beli kn utk aku. Aku bedal je. Panas ke apa ke blkg cita. Hahahhahaha.


Kalau dpt yg kucing tido ni. Mau berebut adik beradik ni. Kan? Hahahah. Aku selalu berebut dgn abah. Abah aku suka mengusik. Kalau ada angah, mmg aku akan berebut dgn dia. Hahaha. 


Lepas setel makan buah hari yg aku smpai tu. Semalam ibu buatkan pulak bubur durian. Aku suka mkn mcm dalam gambar tu. Carik carik roti gardenia, then makan dgn kuah. Perghhhh! Sedapp. Ibu aku masak apa je tk sedap. Semua sedap. Kecuali sayur. Sayur tk sedap, sbbnya aku tk makan sayur. Tk suka! Hahahahahah

Balik kampung ni, mmg syurga mknan betul. Semua nk dapat. Ckp je nk makan apa. Semua ibu belikan masakkan. Kang dh balik penang mulalah rimdu masakan ibu. Em emm. Taknak balik boleh takkk 😭 Sebelum balik ni, aku mintak ibu masakkan utk aku tempoyak kacau ( tempoyak dgn ikan bilis ) dgn ikan merah kecik kecik tu. Yang tu mmg fav aku wehh.

Ahad ni dh nk gerak balik dh. Raya haji belum tentu aku dpt cuti. Kalau cuti pun, belum tentu ada tiket 😭 Em emm. Korang kalau balik rumah parents korang mesti ada request makanan fav korg jugakkan ? Ke takde? Ce share sikit apa makanan fav awak awak semua tuu 😚

Semoga suhaida cepat sihat dan boleh bernafas macam biasa balik 🤗

3 Comments

  1. haiii. get well soon tau. memang seronok duduk rumah parent ni

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan.. tq singgah dan follow blog akak..
    Done follow sini..
    Semoga dada shu akan kembali baik.. aamiin..

    ReplyDelete
  3. bestnye makan durian :)

    ReplyDelete