Yayy! Dah berubah
Assalammualaikum, Hi.
Kebetulan harini aku punya mood rajin plus bosan. Aku melepek lah dekat cc sejam sementara tunggu along siap pukul 5.20pm. Along cakap nak bawak aku makan kt Bertam. Dtg rumah dia pukul 5.20 dia pesan kat aku. Sebabnya nak amik kereta dekat Tapak pesta. Kitorang guna SOCAR. Next entry aku akan story psl SoCar ni.
So aku ni lepas lunch dengan Din tadi, dah pukul 4. Din pun dh Clockin foodpanda dia. Order pun dah masuk. Aku malas nk mereput sensorang dekat rumah. Dengan nk hadap jem lagi. Arghh! Malas. Aku pun merempit lah menuju ke infinity sg dua. Sana murah, sejam rm1 je. Sebab ada kad. Huhuuu. Untuk student USM yg memana nk ke cc mur mur tu, boleh la ke infi ye. Buat member card. Dapat lah Rm1 sejam.
Okay berbalik pada topik asal. Disebabkan aku sorangsorang je kat cc tanpa din. Takde lah aku melayan FIFA. Selalu ada Din memang Fifa je aku layan. Tapi disebabkan aku sorang, aku pun bukak lah blog. Bukak blog, aku rasa mcm bosan, bukak je bunga. Aku pun decide nk tukar segalanya.
So ini lah hasil selama satu jam aku dekat cc. Kuning jadi pilihan aku kalini. Ya, aku masih guna template dari goyaabites. Simple, dan mudah untuk aku. Cemana geng? Okay kan? Tak sakit mata kan? Untuk header aku tu, aku masih menggunakan SMARTPHONE aku. Sekiranya ada masalah dgn header aku pls inform ye. Dulu aku selalu guna photoscape + gimp je untuk header. Tp skg laptop dh lingkup, tk repair lagi. Disebabkan penyakit malas aku nk usung laptop bawak pi kedai.
Aku guna fon jelah. Aku buat header guna Apps PICSART. Simple je. Cumanya susah utk dapat size yg betul lah. Kdg terkecik terbesar. Aku pun tktau. Sebabnya kalah bukak kt fon dia okay je. Huhuu.
Aku paling malas klau nk edit cbox. Srsly. Malas gila aku nk edit warna cbox ikut warna blog. Tu yg jadi warna warni aku punya cbox tu. Tp kalini dgn cbox skli aku tukar warna dia. Semua kuning. Huhuu. Okay kn ? Ce komen sikit apa lagi yg aku perlu edit. Aku pun bukan reti sangat bab edit mengedit ni. Maklum la, budak baru belajar. Huhuuu.
Macam biasa ye gais. Sekiranya ada apa apa yg lari, pls inform aku. Bukan lari berganti ye. Hahaha. Jangan ingat masuk websites maybank pulak tau. Ni masih blog cikshuya bukan websites maybank. Hahahahha 😆
8 Comments
Hehe. Pandai ya buat lawak. Ingat kuning, ingat blog cikshuya okeh, bukan Maybank. Hahaha.
ReplyDeleteAkak dah follow sini ya.
Boleh cuba App canva untuk edit. Ok jugak dik. Banyak font cantik-cantik.
Salam kenal dari akak manih :)
Hehe. Jangan silap tauu bkn maybank. Hahaha. Tq akk sudi singgah dan follow sini. Salam kenal :)
DeleteHI SHUYA.... cerita bab cbox sis prnh pening kepala sbb bnyk ngat warna hahaha
ReplyDeleteHuhuu. Sama lah. Mula tu pening nk dpat kn warna yg matchy. Hee
Deletewow.. serius ke edit header gune fon ? hehe buat macam mana? hebatnyaa :D.. saya follow awak yepp #83
ReplyDeleteYupp. Shue edit guna fon je. Sebab laptop shue rosak. Shue guna apps picsart. Tp payah sikit nk dpt kn size yg betul dan tepat. Tgok lah header tu, besar gedabak kan? Huhuu. Btw, thankyou sudi follow shue
DeleteNice n simple! ;) Warna pun okay je :D N cute lah nampak blog nii! Hihi. Cumanya, that header part dia mcm senget ke kanan sikit. Ke mmg sengaja nak biar dia stay ketepi? Huhu, anyway. Powerlahhh edit by hp jeeee! Sis pun terkial2 lagi kalau nak edit kat hp xD
ReplyDeleteHehe. Tq sudi komen. Header tu tk sempat betul kn lg. Kalau dkt fon dia mcm okay. Tu yg agak ssh sikit nk agak tuu. Nnt shu betulkan
Delete