Jalan jalan kelantan
Assalammualaikum, Hai.
Setelah beberapa hari aku menyepi meninggalkan blog ni. Harini aku dtg balik membebel. Hee. Alhamdulillah, along dh kembali contact aku. Dah 2 3 kali dia bawak adik bongsu princess dia ni keluar jalan jalan makan makan. Yupp, sudah pasti dengan wife dia sekali. Ya for me, my second KAKLONG sgt baikk. Aku sebagai adik menghormati diorg sebagai abang dan kakak. Tak kesah FIRST atau SECOND. Tugas aku respect diorg as family members :) And sebagai SISTER IN LAW.
Okay berbalik pada topik. Hari jumaat along call aku, dia dengan wife dia ajak aku ikut diorang balik KELANTAN. Ya, kakling baru aku orang kelantan. Dan anak diorang, sofea ada dkt kelantan. Memandang dkt sini memasing busy kirija, tokma sofea offer nk jaga sofea, risau katanya. Pagi jumaat tu aku call ibu abah, mintak izin diorang utk ikut along. Alhamdulillah ibu abah izinkan. Aku inform along. So along ckp sabtu tu dlm pkl 12 dia dtg amik aku. Aku dlm pkl 11 lebih aku dh siap2. Sekali abang aku punya pkl 12, pukul 4 baru kami gerak dari penang 😆
Siap siap makan, isi minyak apa semua. Kitorang gerak lah dari penang. Sampai kelantan dlm pukul 8, hujan. Aku ni first time ni datang kelantan. Kampung aku dkt gerik je. Dkt je dgn kelantan, tp tk pernah dtg kelantan pun. Along aku pun niat nk bawak lah aku berjalan. Sampai pun dh malam, salam2 dgn mak abah kak ipar aku. Kenal kenal dgn diirang, aku pun video call dgn ibu. Dia nk tengok cucu dia. Si sofea.
Hari pertama smpai kelantan tu dh malam, so duduk rumah je. Keluar pun pi makan roti tempayan je. Bak kata ma ( mak kak ipar aku) roti paye 😂 Sedap gakk kambing dia. Kawww ouhh! Kambing pulak kan perghhh! Fav aku niiii. Setel makan roti payee, ma cakap kt dapur ada nasi pulak dgn ikan nya lagi. Aku mmg kenyang dh. Along aku dia simpan tong tk kenyang 😂 Boleh dikatakan awal gak aku tidur malam tu, dgn sejuknya. Dh macam rasa kt gerik dh. Rindu jgk lah suasana kg aku tuu. Terubat sikit rindu.
Hari kedua, kami gerak ke tanah merah. Ma nk pegi amk borang dkt bank. Along pun nk amik rim. Murah wehh rim sana. 4biji baru rm180. Tayar second boleh dikatakan 80% lah along aku beli bru rm35 satu. Murah gila kot. Setel amk rim kitorang gerak ke kota bharu. Nak jumpa abg emy, anak angkat ibu aku. Dia stay pengkalan chepa. Setibanya dkt area wakaf che yeh, kononnya nak makan cendol. Sekali malang tak berbau. Kami yg di sondol.
Ni kereta along
Ni yg melanggar kami.
Satu dentuman yg sangat kuat. Lepas dgr bunyi dentum tu, first aku tengok kak ipar aku dengan along aku dlu. Sebab diorang depan. Alhamdulillah tkde apa. Aku paling sebelah tengok ma dengan sofea. Sofea okay, ma dahi dh darah. Aku tengok org yg langgar tu mcm nak lari. Aku keluar aku ketuk tingkap kereta dia, dia cakap dia park tepi. Korang tahu, driver pajero tu perempuan and dia pegang baby tau time drive. Dia keluar dari klinik wakaf che yeh, bebetul depan kelantan fm. Dan kejadian ni pun betul betul dpn klinik.
Lepas aku ketuk tingkap kereta dia, aku msuk kereta amk ma bawak gi klinik. Sebab dahi ma dah berdarah teruk. Lepas hantar ma, aku amk sofea, tengok kalau ada apa2 dekat sofea. Masa tu aku tengok tkde apa apa tau. Lepas lama sikit. Ma dh setel, klinik dh tutup baru nmpak dkt mata sofea mcm ada lebam. Allah. Kenapa lah tk bwk sofea check sama td. Hmmm.
Yang akak langgar kami ni, dia tunggu suami dia dtg baru dia turun tengok keadaan kami. Along aku dia nak marah, tp dia tengok perempuan, so dia cooldown. Mulanya akak langgar kami tu tak ngaku dia pgg anak, dia cakap dia amik anak dia masa dh berlanggar tu. Sedangkan saksi dalam klinik dan kami yg dlm kereta ni pun mmg nampak dia drive anak atas riba. Bahaya kak! Nasib lah along aku slow, kalau laju tu yaAllah tk dpt aku bayangkan.
Akak ni nak setel je. Dia taknak report, so dia bayar kan repair apa semua. Alhamdulillah pukul 5 kami hantar bengkel, pukul 10 orang bengkel call, ckp kereta dh siap. Dlm masa kitorg tgu kereta siap, akk ni bawak kami ke rumah dia. Solat, rehat dan dia bawak makan. Alhamdulillah reda dh marah along aku disebabkan kebaikan dia. Beringat ye korang, jangan drive mcm ni, bahaya. Carseat ada, bagi lah baby duduk dlm tu. Jangan lah bahaya kn orang lain, diri sendri dan jgk baby.
Dan aku perasan, masa suami dia drive pun, suami dia riba anak dia yg berumur dalam 4 tahun mcmtu. And dia boleh main phone while driving. Hmm apa kata korang?
Along aku sedikit ralat, sebab niat dia bwk aku dtg kelantan nk bwk aku pusing2 kelantan. Last last xcden. Dalam pukul 11 bru setel semuanya. Tp tkpe, sempat jugak aku jejakkan kaki ke wakaf che yeh. Kak fara dgn ma suruh jugak along bwk aku pegi tengok tengok brg kt situ.
Aku dapat lah capai 4lai kain batik untuk ibu, seluar tidur, tshirt. Bundle mmg murah jugak wehh. Tergoda aku. Huhuu. Dalam pukul 12 kami gerak dari wakaf che yeh balik rumah. Ayer lanas. Sampai rumah dlm pukul 130a.m .
Bangun2 pagi tu, aku rasa sakit dekat dada. Aku tengok ada kesan lebam, dekat dada, dagu and lutut aku. Mungkin sebab terhentak semalam kn. Kak fara pun cakap lutut dia luka, along sakit dkt bahagian perut, maybe terhentak dgn stering. Dari hari isnin sampai keharini (jumaat) aku masih rasa sakit kt dada ni.
Aku seronok dkt kelantan ni bab makan. Orang ckp mknan kt sini manis2, tp apa yg aku makan semua okay je. Takde lah manis mana pun. Sedap je. Lagi banyak aku makan ada lah. Huhuuu. Hari selasa lepas setel bawak sofea pegi klinik kami semua buat rawatan kt klinik. Kak fara bawak aku pegi beli mee celop dkt dgn kastam tk silap aku. Aku pun lupa. Huhuu. Sedapp gak wehh. Pedass siot. Dalam pukul 4 kami gerak dari kelantan ke penang. Sampai dkt titiwangsa, along singgah jp. Beli pau and tangkap gmbar. View kt situ nice gak. Sejukk je. Sorry gambar masih dkt along, tkde dkt aku. Huhuu.
Dalam pukul 8lebih aku sampai penang. Alhamdulillah aku seronok kenal dgn family kakak ipar baru aku. Ma dgn abah sangat baik. Selagi aku tak kenyang selagi tu dia hidang aku makan. Bagi aku moktey (rambutan) 🤣 Buah limau bali tepi rumah je. Penuh lah butt kereta dgn bekalan dari ma dgn abah. InshaAllah nnt aku bwk ibu abah aku dtg rumah diorang pulak. Doakan semoga hubungan kami sekeluarga baik. InshaAllah amin.
Ni masa kt klinik. Sehari lepas exciden
Ni sebelum balik penang. Mummy sofea potong kan kuku dia dlu. Then bagi dia tidur, kang dia nngis. Kesian sayang acu sorangni. Nanti jumpa lagi ye sayangg 🌹
Ada masa nnt aku nk jalan kelantan lagi. Apa lagi yg menarik dkt kelantan ehh? Terengganu pun aku tk pernah jejak lagi tau. Huhuu. If korang ada suggestion tempat menarik dkt kelantan dan terengganu mehh komen. Mana tau ada rezeki lebih lepas raya haji boleh lah aku kesana. Heee 🤗
6 Comments
Serius ke sambil pegang anak ? ya Allah bahaya sangat... tapi puji dengan keberanian cikshuya sebab berani.. cepat-cepat pergi ketuk tingkap kereta akak tu. jangan lupa pergi checkup yee.. :D
ReplyDeleteYupp. Srs dia drive and pgg anak dia. And anak dia baru 5 bulan. Hahaha bab yg ketuk tingkap tu, shue mmg mcm tu. Apa2 suka bertindak mcm tu 😅 InshaAllah nnt shue pegi checkup dada ni.
DeleteDahi ma berdarah? Kesiannya.
ReplyDeleteHarap dada dan lebam2 Shuya akan ok nanti ya.
Sabar dan redho ujian DIA ya. InshaAllah DIA ganti lebih baik.
Ni pengajaran buat akak yang melanggar tu. Ermmm
Pergi kelate. Memang syurga makanan Shuya oii. Hehe.
Roti paye dengan kambing. Akak pun suko. Kiki
Haah dahi ma darah. Maybe terkena jam, sbb dia peluk sofea. Harap lepasni akk tu tk buat lg lah kecuaian mcm ni. Bahaya utk diri sendiru dan org lain kn.
DeleteYe kak, syurga betul. Ramai yg cakap dkt kelantan mknan manis manis. Tp shue pegi tkde lagi lah yg manis ya amat, semua mknn masih kena dgn tekak. Huhuu
Bahaya nye... Harap2 semua okey takde masalah. Sabar ye
ReplyDeleteAlhamdulillah tkde apa apa. Cuma shue je dada masih belum okay. Effect terhentak tu. Kena pegi checkup.
Delete