July girl 💕
Assalammualaikum, Hi.
Bulan julai ni besday 3 orang sekali bff aku. Masa fad dia sensorang je. Masa aku pun sama. Ni time 3F ni sekali julai semua. Aku tk dpt celebrate dgn diorang kalini. Sebabnya aku kerja penang kan. Minggu diorang celebrate tu mmg aku balik langkap. Tp fad plan hari yg aku balik ke penang. So tk dpt lah sambut sama. Emm.
Takpe lah, tengok dari jauh, wish dari jauh pun boleh lah. Susah betul nk kumpul 5 orang kami. Bila ada wedding baru lah dapat kumpul 5 orang. Mcm masa wedding fad haritu T-T Semua kerja. Mcm fara fatin dengan fad diorang memang sentiasa dpt keluar sesama.
Dari jauh pun diorang tetap tk lupa kan aku. Sentiasa tanya khabar berita. Diorang send gambar gambar masa celebrate tuu. Jadilah dapat tengok. Huhuuu. Mehh aku tnjuk sikit muka muka birthday girl.
Ni Fadila. Birthday dia 25hb, tp sambut awal. Sambut sekali dgn fara & fatin.
Mak buyong ni lah yg plan semuannya. Diorang sambut ni malam besday fatin 15hb
Ni fara. Birthday dia 9hb. Sambut lewat sikit.
Fatin raya haji ni bakal bertunang, fadila bulan 9 ni akan mendirikan rumahtangga. Taksabar nk tunggu dila naik pelamin ni. Ya, semua kawan2 aku dah nk kawin. Fara pun katanya tk lama lagi. Dah ada yg boleh terima dia dan anak dia. InshaAllah. Aku doakan semoga semua kawan2 aku bahagia. Untuk fad semoga baby dlm perut tu sihat dan membesar dgn baik. Tak sabar nk jumpa ni. Hee
Wish dari aku kalini takde panjang lebar berjelajelar. Hanya sekadar video snapchat yg acah acah comel gituuhh. Hahahah. Happy birthday Fara, Fadila, Fatin. Aku ssayang korang 💕🌹
2 Comments
Hepi bufday! Agak2 singgah sini boleh jumpa jodoh x?? Hehe...
ReplyDeleteHahaha. Alamak, semuanya sudah berpunya. Hahaha 🤣
Delete