Capati corner Tapah

Assalammualaikum, Haii. Abang abang aku balik sempena cuti cny. Ada along dgn alang. Angah dgn abg roy kt kl tak balik. Roy tgh pulun, yela org nak kawin kan. Kena lah cari duit. Tk berapa bulan je lagi nk jd suami org. Tp perangai tk ubah ubah lagi. Apa nk jadik lah 😂 Dalam pukul 530 tadi aku gerak ke Tapah. Dua kereta sekali dgn ucu ikut. Abah aku dgn alang tk ikut. Abah aku mcm biasa lh. Busy dgn bola dia. Alang aku pulak busy dgn snuker dia 😪

Memandangkan aku ikut jalan chgkat petai - tapah. Aku pun singgah lah amik makjang. Bagi meriah sikit. Acewah! Aku tau psl capati corner ni pun sbb dia ada viral dkt pasal. Pasal naan cheese leleh dia tu. Aku bab makan mmg fav lah. Jauh mana pun aku boleh cari. Hahahah. Tu sbb nya aku membesar dgn jayanya. Mkn banyak tp tk workout. Tk keluar kn peluh. Jadi lah kembang dh mcm mengandung 10bulan 🤯 ( sebab gemuk sgt tu yg 10bulan) 😖

Setibanya di perkarangan capati corner tu, aku nk agak ramai lah kedai tuu. Dok bajett konfem lama ni. Tkpe lah dh sampai dh pun. Turun lah cari table. Dia dtg amik order. Along aku ni pun order lah lepas belek belek menu tu. Kami order NAAN CHEESE 4 CAPATI BIASA 3, CAPATI TEMPAYAN 3. AYAM TANDOORI amik sendiri dkt blkg. Aku amik 3. Kuah kuah apa semua pun korang boleh amik sendiri ye kt blkg. Ibu aku dgn mkjang aku amik lah kuah kari daging, kerang dgn kari kambing.


Ini lah rupa aku punya naan cheese. Cheese dia mmg tak boleh bawak bincang lah. Kalau yg mmg suka cheese tu dia tkkn rasa muak lah. Kalau yg tk berapa tu, mungkin akan rasa sikit muak. So aku nasihat kn better share naan cheese ni 2 atau 3 orang. 

makjang dgn along aku, diorang order capati tempayan. Ucu dgn ibu order capati biasa. Anak buah aku si fayyadh tu pulak dia bedal ayam tandoori sepeha sensorang dia je. Riyad mcm biasa ddk hujung temgok org makan je. Maklumlah, dia tk makan kan. Tengok jela. Huhuuu. 


Tu rupa ayam tandoori dekat sini. Korang boleh pegi dkt blkg tu, boleh pilih nk bahagian mana. Takyah nk mtk mintak dkt mamak tu nk peha lah dada lah. Amik jela sendiri yee. 


Ni ucu aku try naan cheese aku. Tengok lah dia tarik tu. Cheese dia mmg agak padu lah. Tp ucu aku larat 2 potong je. Dia muak katanya. Aku? Sepinggan tu sorang je. Hahahahah 😂 


Budak comot ni dia bedal chocorice. Sementara menunggu mummy dia suap naan cheese. Habis bertaring muka tu alayna. 

Total order, naan cheese 6 termasuk yg bungkus. Ayam tandoori 4, capati biasa 3, capati tempayan 3, chocorice 4. Kuah kari kambing, kari daging 2, kerang. Air lagi. Semua RM104. Kalau korang teringin nk singgah kalau kalau lalu tapah tu. Boleh waze ye. ''CAPATI CORNER" kedai ni tepi jalan je. Dari BIDOR/TOL TAPAH sebelah kanan ye kedai dia. Dkt dengan jalan masuk ke Lata kijang . Selamat mencuba gais 😘

2 Comments

  1. Replies
    1. Boleh tahan la. Cheese dia agak padat, so kalau jenis yg cpt muak better share satu tu dgn 2 atau 3 org okayy.

      Delete