Monday, 11 February 2019

Slim River

February 11, 2019 2 Comments

Sabtu 9/2 kelmarin, aku dengan rela hati dan rasa tk sabarnya nk pergi Kenduri sepupu sebelah abah aku. Aku sejenis yg tk suka pergi kenduri. Kadang ibu aku selalu guna ayat dalam gambar tu. Nk suruh aku pegi kenduri. Tp kalini aku dengan rela hati menawarkan diri nk pergi.

Sebelum gerak ke slim river kasi tangkap itu gambar dulu la πŸ˜‚


Ibu aku agak pelik, jarang jarang aku nk ikut diorang pergi kenduri ni. Lagi lagi sepupu sepapat sebelah abah aku. Sebab aku kurang kenal. Kalini aku nk pegi sangat sebab aku nk jumpa cousin aku yang hensem lagi cantik. Eh mcm mana tu? Hensem ke cantik ni. Konfius kan? Hahahah. Sepupu aku ni siap request sambal tempoyak kacau lagi. Mmg fav dia lah tempoyak kacau makngah dia. Cousin aku ni nama dia Afiqah, tapi family panggil dia 'achik' je. Satu family dh memang tahu dia mcm mana. Boyish! Sebelum ada nya sikembar IZZ. Paklong aku takde anak lelaki, tu yg achik ni macam boyish sikit. Walaupun dia kasar, tapi dia sangat bertanggungjawab okeyy! Dlm family dia dia orang penting. Dlm family besar kitorang pun dia orang penting.


Aku dgn achik. Harini achik cantik bertudung πŸ˜†

Semua family aku dh sedia maklum. Ada aku adalah achik. Ada achik ada lah aku. Heheh. Aku dgn achik pun dh agak lama tk jumpa. Kebetulan dia tengah cuti. Itu yg aku semangat nk pergi kenduri tu. Banyak ni bawang aku bwk jumpa dia ni. Berguni guni nk dikupas. Hahahahah.


Angah aku dgn kakngah aku 


Abah dan ibu. Masani dkt parking TR TOMYAM HOUSE. Parking agak luas.

Kenduri tu diadakan di TR TOMYAM HOUSE slim river. Tempat tu tepi jalan je. Dia mcm dewan terbuka lah. Masa kenduri ni, ada lagi satu event guna hall depan. So agak crowded lah tempat tu. Bagi aku untuk jemputan tak smpai seribu okay buat dkt sini, if jemputan korang lebih dari 1000 better dont. Bukan nk kata tempat ni tak okay. Okay je. Cumanya sempit. Mmg lah dewan terbuka. Tapi untuk jemputan yang ramai agak tidak sesuai, melainkan korang tambah khemah dalam 3 atau lebih. Ni pendapat aku lah. Adk beradik abh aku pun ada datang, bukan lah paklong aku sorang je yg dtg dari jauh. Paklong aku dari seremban. Cu aku, adik bongsu abah aku, dtg dari kl, yang dari penang pun ada. Tp aku tk sempat jumpa, sebab diorang sangkut jem.

Ni aku tepek sikit dua tiga gambar pada hari kejadian. Yihii! (Ayat cute girl, animasi si nopal) πŸ˜†


Ibu, maklong, kembar, syirah



(Depan rumah pun jadi geng) ehee!

Aku dalam pukul 230 cemtu aku dh gerak dh. Sebab ibu aku niaga masani. Nk bayar gaji nnt mcm mana pulak kn. So kitorang pun gerak balik. Dalam sejam cemtu group whatsapp family abah aku mula bising. Ingatkan apa lah, rupanya memasing dh dapat sambal tempoyak ibu aku πŸ˜‚ Diorang mmg gilakan sambal tempoyak ibu aku tu. Huhuhuuu.


Ini lah rupa sambal tempoyak kacau tu. Pedas wehh! Ada yg pernah makan tk sambal tempoyak kacau ni?

5 tahun akan datang

February 11, 2019 0 Comments

Assalammualaikum, hi korang. Baru baru ni anak buah aku, batrisyia@eisya. Ada whatsapp aku. Biasa lah budak skg sekolah rendah dh ada hp. Pandai whatsapp lah apa lah. Anak buah aku ni dia dpt fon time sabtu ahad je. Sebabnya dia nak UPSR. Okay kembali pada asal.

Dia whatsapp aku. Dia kata cikgu dia suruh buat karangan apa yg dia harapkan akan jadi dalam masa 5 ke 10 tahun lagi. Dia ni sejenis yg suka tanya acu dia. Dia suka dengar apa yang aku cakap lepastu dia akan fikirkan apa yg dia nak pulak. Kdg tu dia dh ada cerita tp tktahu mcm mana nk jadikan karangan. So aku pun mula lah bercerita dgn dia.

Aku ni sejenis yg suka berangan. Suka memandang jauh kedepan. Suka membayangkan sesuatu kejayaan. Bila aku berfikir sejauh yg aku boleh. Aku akan cuba usahakannya.

Dalam masa lima tahun lagi, acu target untuk ada sebuah rumah yg acu beli atas usaha acu sendiri. Tak kisah apa jenis rumah. Kondo, rumah teres. Acu tk kisah apa jenis sekalipun. Acu akan usahakan utk capai target acu tu, lepastu acu nk kembangkan lagi bisnes acu. Acu nk bukak kafe. Lepas acu dah berjaya bukak kafe. Acu kmpul duit utk bukak dobi pulak. Kalau boleh acu nk bawak atuk, nenek, abah kakak, mama, pakngah, makngah, paklang, mama maklang, semua lah pegi umrah. Mana tau dalam masa 5 tahun ni rezeki acu mencurah curah. Dapat acu bawak satu family kita pergi sana. 

Aku bahasa kan diri acu dengan semua anak buah aku. Yela aku anak bongsu takkan along pulak πŸ˜† Eisya cakap dia seronok dgr semua impian aku tu. Anak buah aku ni bagitahu, dia dh ada target cuma taktahu mcm mana nk olah kan ayat. Dia nk dengar dari aku dulu. Mcm lah acu kamu ni pandai sgt kakak oii. Acu lagi fail bab menulis karangan ni tau tak πŸ˜‚ Lepas dh dengar apa yg aku nk dalam masa lima tahun akan datang, dia pun boleh dh menulis karangan dia. Dan Alhamdulillah cikgu suka dengan cara penulisan dia.

Aku memang sangat berharap dalam masa 5tahun ke 10tahun, aku dapat capai target aku. Lepastu aku nk bawak ibu abah aku pergi umrah. Buat umrah sama sama dengan diorang. InshaAllah. Doakan aku berjaya dalam apa yg aku buat ye korang. Doakan anak buah aku berjaya untuk UPSR dia jugak ❤️

Friday, 8 February 2019

Sentap!

February 08, 2019 1 Comments


Setiap individu ada masa silamnya. Sekiranya dia telah ambil keputusan utk berubah menjadi yg lebih baik, engkau sepatutnya menyokong dia. Memberi semangat kepadanya. Bukannya engkau menambah cacian dan makian. Depan dia kau menyokong dia. Belakang dia kau mengutuk dia.

Bila dia tidak lagi istiqomah. Engkau juga yg mengumpul tentera tentera bawang utk mula kn mengupas kisahnya. Manusia ni ada hati ada perasaan. Kau tahu tak, kau telah bunuh semangatnya dgn kata kata. Mmg kita tk perlu dgr apa orang ckp. Tetapi kata kata dari orang itu yg sering menyakitkan. Kata kata itu seperti pisau menikam ke hati. Air mata yg keluar kerana sakit hati ibarat darah yg mengalir.

Sekiranya individu itu dh berubah. Sama sama lah engkau dan dia mencari jalan yg berul seiring. Jangan lah engkau menambah lagi kepayahannya utk berubah dan terus istiqomah. Sebelum ini mungkin dia tersalah langkah. Lampu suluh tidak dibawanya bersama ke jalan yg gelap . Kini dia telah membawa lampu suluh bersama. Dia ingin menerangi jalan nya yg gelap dlu. Kadang aku jadi sakit hati bila mendengar tentera bawang engkau berkata kata. Perkataan tentera mu itu ibarat peluru.

Nk aku marah, engkau lebih berusia. Nak ditegur takut terkasar bahasa. Aku cuma mampu hantar ibu aku sebagai penyampai pesanan supaya engkau faham tentang perasaan si dia. Tetapi sangkaan ku meleset. Engkau masih begitu. Lagi byk tentera yg engkau hantar. Dengan aku sekali jadi mangsa kamu semua . Aku cuma berharap. Dia mampu bertahan dan bersabar dgn sikap kalian semua. InshaAllah aku ada utk dengar keluhan itu.

P/s: jika ada dikalangan orang yg kamu kenal ingin berubah. Dekati lah dia. Supaya dia tidak hilang semangatnya ❤️


Tuesday, 5 February 2019

Review : RUDRI LIANA Eyeshadow pallete

February 05, 2019 2 Comments


Aku sejenis yang tk suka mekap dan tk pandai mekap. Tapi aku suka beli barang barang mekap? Cemana tuu eh? Tk ke membazir? Hahaha. Kalau ada kenduri tu aku calit lah sikit sikit. Baru ni aku kn pegi kenanga. Aku jalan jalan tengok banyak lah kedai jual barang mekap ni. Tp takda lagi lah yg aku berkenan masani. Aku masuk satu kedai ni, agak ramai lah dalam tu. Nama kedai tu tak silap aku, beauty perfect. Tk silap aku lah. 

Aku mulakan pencarian barang yg menarik, aku belek lah lipmatte. Nice jugak warna dia. Warna mcm darkpurple cemtu. Aku mmg minat wehh colour githuu. Lawoo. Huhuu. Lepastu aku belek lah satu eyeshadow pallete ni dkt table dia untuk test tu. Aku pun test lah sikit warna purple. Woww! Nice sgt wehh warna dia. Srsly. 


Nindia. Eyeshadow ni ada 8 colour. Eyeshadow ni from RUDRI LIANA tulis kt bawah tu. From japan katanya. Nampak kn colour pink tu. Sebelah dia warna purple, tk nampak sgt sebab pencahayaan kureng! 

Tu boleh dikatakan warna fav aku. Suka gila weh aku tengok colour dia. Nanti aku dh calit calit kt mata aku tnjuk okayy πŸ€— 


Ni hasilnya setelah aku calit dkt tangan sikit. Boleh tahan kn colour dia? Before this fav pallete aku, focallure . Now maybe this one will be my fav pallete πŸ˜‹ (sorry if englisg aku tunggang terbalik) Huhuu. Apa pendapat korang? Nice or tak nice colour dia? 

Refarm Kampar

February 05, 2019 0 Comments
Sepatutnya entry ni dipost pada 5november2018. Disebabkan masatu tk rajin, so aku post harini 😘


Assalammualaikum,Hi awak semua. Pernah dgr pasal refarm? Tempat mandi dkt kampar. Lokasi dia jalan kampar-tapah. Sebelah kiri kalau dari pekan kampar, korang akan nmpak gate dia dan ada signboard dekat situ. Susah sgt korang waze je, inshaAllah jumpa. Tiket masuk dewasa RM15. Kanak kanak RM10. Paling best dkt sini, dia ada kupon if untuk bawak mknn sendiri. Jarang kn tempat mandi bg bawak mknn sendiri kn?

Kat sini ada mini zoo. Korang boleh lah bawak anak-anak korang melawat mini zoo tu. Kolam ada dua tempat. Satu dkt bwh, dekat dgn kafe dia, untuk kanak kanak. Satu lg dekat atas sikit. Tu campur dewasa ada, kanak kanak pun ada.


Aku agak tertarik nk bergambar bawah ni. Macam lawa. Huhuu. Masani aku otw ke kafe, nk ke kafe korang kena lalu jalan ni. Nk ke kolam kanak kanak pun sama. Ikut laluan ni. 


Aku pergi haritu dgn member aku 3orang ni. Fad bawak anakbuah dia, daniel. Fara bawak anak dia, Zara. Ye kawan aku dh kawin dan dah ada anak dh pun. Besar dh anak dia. Huhuu. Agak enjoy lah, ada budak budak lagi kn. Budak dua orang ni kalau boleh mmg tknk balik. Sampai kecut bru nak balik.


Ni masa kt kafe, sementara tunggu nasi lemak masak. Kt sini semua korang masak sendiri ye. Tepi tu dia ada sediakan microwave korang letak je dlm tu. 


Tak banyak lah makanan dekat sana. Harga pun agak mahal lah. Meggi cawan, RM3.50 yee awakk. Nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, nasi goreng kampung semua ada. Tp sejukbeku punya lah. Harga dalam RM6-RM10 ye. Ada jugak wafel dan lain lain.


Aku bawak waterproof case, boleh la selfie wefie sikit masa mandi.


Bukan selalu nk tengok kitorang macamni. Selalu diorang keluar bertiga je. Aku mmg jarang ada. Yela aku kn stay penang penang sebelum ni. Sekarang baru ada. Boleh lah join diorang kemana mana. 


Daniel ni mmg manja dgn acu. Berani pulak tu main terjun je. Aku pulak yg gayat tengok dia πŸ˜… zara tuu dia takut sikit. Bergayut jela dekat mak dia. Nasib mak pun besar, hahaha.


Tempat ni pukul 7.00 tutup dh rasanya. Tapi yg mana nk stay sini pun boleh. Dia ada sediakan homestay/villa. Tak mahal sgt rasanya. Ada yg private ada yg biasa. Cantik jugak lah homestay dia, yg private tu aku tengok bukak je pintu dh ada swimming pool. If korang ada niat nk buat family day dkt sini, boleh la cuba cuba ye. 


Jarang lah nk tengok si zara dengan si fara bergambar cenggini. Selalunya zara suka buat muka. Takpun malu malu nk tengok camera.


Fad, aku, fatin. Aku dengan fatin ni tak boleh dekat. Ada je benda nk perang. Kalau ada empat empat. Kitorang 3 selalu je gaduh mulut dgn fatin. Hahaha πŸ˜‚ gurau adik beradik 😜


Jarang ada empat orang ni siang siang gini. Selalu keluar malam je. Maklum la semua busy kerja.


Fad and me bestfriends since form one.



Pernah nampak tak anak gayah naik anak kambing biri biri? Tu kalau dia boleh nangis tu, dh nangis dh dia. Hahahaha. Korang pernah sampai sini tak? Klau belum boleh lah cuba try test 😬 Waze je 'Refarm kampar'

Monday, 4 February 2019

Silent reader (social media)

February 04, 2019 8 Comments

Pernah dgr pasal silent reader? Silent reader ni, kalau dkt blog dia cuma membaca, tanpa meninggalkan sebarang jejak. Komen ke apa ke. Dia tkde. Cuma akan membaca sahaja. Aku ada sorang kawan, dia ni mmg sangat suka tengok blog, baca entry blog. Aku tanya dia, ada blog atau tidak. Dia kata tak ada. Dia tk reti nk buat entry semua tu. Tk suka. Complicated katanya. Dia hanya suka membaca.

Aku pun kdg suka jadi silent reader. Kalau dkt blog ada lah satu dua blog yg aku akan komen. Kdg nk tinggalkan jejak dkt cbox korang tu pun aku malas tau. Huhuu. Kalau dkt fb pun sama. Aku lebih suka membaca dari tinggalkan sebarang like atau komen. Lebih baik diam kalau kita komen nnt jadi perkara yg tak diingini pulak. Tu aku suka baca tanpa komen.

Okey, silent reader ni, dia lah golongan yg akan naik kn view blog kita. Yela, dia akan datang je blog kita kalau entry kita menarik. Yang bagusnya silent reader ni, dia takde nak spam, nk maki nk keluarkan kata kata kesat. If korang tengok dkt comment facebook, instagram & etc. Most of netizen membawang dekat komen. Tengok jela mcm mana diorang punya komen. Setiap perkataan yg diorang tulis. Adakah itu bagus? Tak bagus kan?

Better diam dari berkata kata yg tak elok. Yang boleh buat org sakit hati. Yang mengecam orang. Tak elokkan? Tp jangan lah pulak korang silent reader, silent stalker korang curi gambar gambar tuan empunya badan. Tu lagi lah tak bagus. Korang suka atau tak komen dekat entry blogger lain? Aku? Aku jenis segan nk tglkan komen. Hahaha. Aku lebih suka baca, tinggalkan jejak dekat cbox korang je. Kadang tu kalau aku suka aku dtg hari hari untuk tengok ada entry baru atau tk. Tk tinggalkan apa apa jejak pun. Huhuu. Korang macam mana?

Sunday, 3 February 2019

Capati corner Tapah

February 03, 2019 2 Comments
Assalammualaikum, Haii. Abang abang aku balik sempena cuti cny. Ada along dgn alang. Angah dgn abg roy kt kl tak balik. Roy tgh pulun, yela org nak kawin kan. Kena lah cari duit. Tk berapa bulan je lagi nk jd suami org. Tp perangai tk ubah ubah lagi. Apa nk jadik lah πŸ˜‚ Dalam pukul 530 tadi aku gerak ke Tapah. Dua kereta sekali dgn ucu ikut. Abah aku dgn alang tk ikut. Abah aku mcm biasa lh. Busy dgn bola dia. Alang aku pulak busy dgn snuker dia πŸ˜ͺ

Memandangkan aku ikut jalan chgkat petai - tapah. Aku pun singgah lah amik makjang. Bagi meriah sikit. Acewah! Aku tau psl capati corner ni pun sbb dia ada viral dkt pasal. Pasal naan cheese leleh dia tu. Aku bab makan mmg fav lah. Jauh mana pun aku boleh cari. Hahahah. Tu sbb nya aku membesar dgn jayanya. Mkn banyak tp tk workout. Tk keluar kn peluh. Jadi lah kembang dh mcm mengandung 10bulan 🀯 ( sebab gemuk sgt tu yg 10bulan) πŸ˜–

Setibanya di perkarangan capati corner tu, aku nk agak ramai lah kedai tuu. Dok bajett konfem lama ni. Tkpe lah dh sampai dh pun. Turun lah cari table. Dia dtg amik order. Along aku ni pun order lah lepas belek belek menu tu. Kami order NAAN CHEESE 4 CAPATI BIASA 3, CAPATI TEMPAYAN 3. AYAM TANDOORI amik sendiri dkt blkg. Aku amik 3. Kuah kuah apa semua pun korang boleh amik sendiri ye kt blkg. Ibu aku dgn mkjang aku amik lah kuah kari daging, kerang dgn kari kambing.


Ini lah rupa aku punya naan cheese. Cheese dia mmg tak boleh bawak bincang lah. Kalau yg mmg suka cheese tu dia tkkn rasa muak lah. Kalau yg tk berapa tu, mungkin akan rasa sikit muak. So aku nasihat kn better share naan cheese ni 2 atau 3 orang. 

makjang dgn along aku, diorang order capati tempayan. Ucu dgn ibu order capati biasa. Anak buah aku si fayyadh tu pulak dia bedal ayam tandoori sepeha sensorang dia je. Riyad mcm biasa ddk hujung temgok org makan je. Maklumlah, dia tk makan kan. Tengok jela. Huhuuu. 


Tu rupa ayam tandoori dekat sini. Korang boleh pegi dkt blkg tu, boleh pilih nk bahagian mana. Takyah nk mtk mintak dkt mamak tu nk peha lah dada lah. Amik jela sendiri yee. 


Ni ucu aku try naan cheese aku. Tengok lah dia tarik tu. Cheese dia mmg agak padu lah. Tp ucu aku larat 2 potong je. Dia muak katanya. Aku? Sepinggan tu sorang je. Hahahahah πŸ˜‚ 


Budak comot ni dia bedal chocorice. Sementara menunggu mummy dia suap naan cheese. Habis bertaring muka tu alayna. 

Total order, naan cheese 6 termasuk yg bungkus. Ayam tandoori 4, capati biasa 3, capati tempayan 3, chocorice 4. Kuah kari kambing, kari daging 2, kerang. Air lagi. Semua RM104. Kalau korang teringin nk singgah kalau kalau lalu tapah tu. Boleh waze ye. ''CAPATI CORNER" kedai ni tepi jalan je. Dari BIDOR/TOL TAPAH sebelah kanan ye kedai dia. Dkt dengan jalan masuk ke Lata kijang . Selamat mencuba gais 😘

Saturday, 2 February 2019

Oden homemade

February 02, 2019 2 Comments
Baru baru ni aku dengan kakak ipar aku buat oden sendiri. Selalu beli dkt family mart je. Sini manade family mart. Tp skg kt langkap dh ada hotodenzz, tp mana puas en. Satu mangkuk tu ada berapa ketul je dah cecah RM10. so kakak ipar aku decide nk try buat oden sendiri. Kitorang pun follow ibu beli barang kt TF MART teluk intan.

Mula kitorang cari barang2 nk letak dalam tu. Cari ketam, sotong, fishcake, fishball. Ikut yg korang suka lah ye. Kitorang ramai so macam2 aku amik πŸ˜‹ banyak jugak lah. Bajet makan untuk 6orang. Lepastu cari untuk kuah pulak. Adabi tomyam, gula melaka sebatang, perasa, garam sikit, dan bahan bahan lain. Aku cari adabi asam pedas, tkde dekat TF. Sudahnya dapat kt kedai biasa je.


Ibu suruh buat dekat depan je. Senang. Acah-acah seoulgarden jp. Huhu.

Siap semua. Masuk kan dulu air. Lepastu aku masuk kan pulak adabi tomyam 3paket dan adabi asam pedas 3paket. Kuah pekat sikit. Dh masuk semua bau dh kuat dh. Tergoda sungguh lah. Huhuu. Dh mengelegak, masukkan perasa, garam sikit. Dan jangan lupa masukkn gula melaka. Gula melaka tu kikis, jadi kecik kecik tu. Korang campur je dalam kuah tu. Gaul-gaul, sampai mengelegak. Rasa sikit kuah tu okay, klau kurg pekat tmbh sikit adabi tomyam dan dan asampedas tu yee.


Rasa dh okay semua. Korang boleh lah masukkan bahan2 tu. Dh masak dh boleh ngappp! Sedapnya panas panas kn. Lagi best klau korang cucuk macam cita korea tu. Huhu.

Pesanan ringkas: sediakan lebih paket yee.

Rombongan cik kiah ke kenanga

February 02, 2019 0 Comments
Assalammualaikum dan hi. Semalam (jumaat 1 feb) aku ibu dan abah. Bawak pekerja ibu pergi kenanga. Diorang semua tu ada yg pernah pergi kl tp tk pernah sampai kenanga. Ada yg tk pernah langsung sampai KL. Ada jugak yg langsung taktau apa apa. So semalam ibu aku cuti lah. Tutup lah kedai. Bawak pekerja2 nya ni pergi kenanga. Ahli rombongan semua ada 12orang termasuk aku. Pada awalnya, janji dgn satu orang van ni. Sekali hari khamis tu, dia call. Van tk siap. Ada kt bengkel. Dia call aku tu dalam pukul 3 petang. Semua dh mcm kecewa dh tk dapat pegii.


Ibu aku ni usaha lah cari kereta sewa lain. Abah aku nk drive. Alhamdulillah. Dapat. Kitorang amk kereta sewa tu dkt SG BESAR. Dari Langkap tu tembak terus ke SG BESAR. Sbb nk amik kereta. Dapat lah hyundai starex. Gumbira lah ahli rombongan bila aku bgtau dalam group whatsapp kedai ibu yg jadi pergi. Orang first reply kak nora. Kak nora ni dia mmg tk pernah keluar dari langkap. Paling jauh dia pergi pun teluk intan dengan kampar je. Mana tidaknya dia seronok bila ibu kata ibu nk bawak. Aku pesan dekat dia siapsiap. Supaya bawak begplastik. Takut muntah. Dari langkap ke ti pun dia boleh pening boleh muntah. Ni jauh lagi lah.



Kitorang kumpul dkt kedai kak intan pukul 8. Aku check orang apa semua. Cukup. Dlm pkl 830 tu isi minyak apa semua siap. Okay ready to go. Ahli jemaahnya ada IBU, ABAH, AKU, KAK NORA, CIKPARIDAH, DIJAH (ANK CIK PARIDAH), KAK INTAN, KAKBAB (ADIK KAK INTAN), MAKJANG (KAKAK IBU), CIKNOR (KWN IBU), MAKTEH(KAKAK IBU), DAN YG TERAKHIR CIK EMY. Bergerak lah kami semua ke KENANGA. Sampai RNR ULU BERNAM. Abah berenti utk breakfast. Utk rombongan ni. Aku lah 'kepala' nk jaga semua ni. Dal pukul 1040 cemtu sampai lah dkt KWC (KENANGA WHOLESALE).


Mula semua okay. Membontot je ibu aku ni. Sebab diorang tk biasa kan. So ibu tkda masalah. Pastu ibu ckp dkt diorang. Nk pergi mana2 pegi. Apa call adik. Adik tu aku lah. Im the bongsu 😎 yang cikemy ni, dia tkde cash. So dia nk ke atm. Aku ni bawak lah. Smpai dkt atm tu. Dia jd mcm taktahu nk kemana dlu. Nk beli kt situ kt sini. Huhu. Btw cikemy ni dia mcm lurus sikit. Aku lepas je amk duit call ibu aku ada kt mana. Terus lah pergi dkt dia. Yg cikemy ni. Aku bru tahu dia tkde bawak fon. Tak ke masalah klau tkde fon? Masalah tk dtg kalau dia stay dgn aku or geng satu lagi.

Masalah timbul lepas dia ni HILANG. Bukan budak kecik wehh hilang. Hahaha. Aku mmg nmpak dia ada je dlm kelompok aku. Aku pesan dkt dia. Jangan jauh2 jpgi kaknora dtg amk cikemy. Kaknora pun dtg . Aku nmpak cikemy pegi dkt diorang. Pusing2 aku tembung dgn diorang balik. Ehh mana cikemy aku tanya kaknora. Kaknora ckp ehh tak ada dgn kami. Haa sudah. Mana pulak. Call dia tk dpt. Call suami dia, suami dia kata cikemy tk bwk fon. Dia tk biasa pun dgn kl and tk prnah pegi kl. Sbb dia kata kt kitorang dia biasa and tahu kenanga ni. Aku mula heng dh. Mana nk cari ni. Takpa. Pusing je. Mana tahu jumpa dia kan.


Ibu aku sampai tk senang hati lah sbb pekerja dia tkde. Nk membeli tk berapa best lh kan. Tp abah ckp nnt jumpa lah tu. Lepas kitorang lunch dh pemat turun naik tgkt lapan ke satu. Satu ke lapan. Aku dh naik pening. Nk pitam. Sebab penat cari dia. So ddk lah dkt foodcourt. Mkn and rest kejap. Aku telan lah panadol 2biji. Tak pasal2 pening dibuatnya. Dlm pukul 130/2 tu setel makan, aku dengan kak nana (anak mkteh dia stay kl so dia dtg jumpa mak dia) turun lah bawah nk buat annoucement dkt kaunter bwh tu. Aku turun escalator, aku nmpak sorang perempuan ni, pakai tdug mcm cikemy, dia naik aku turun. Aku usha je. Sekali dia pandang aku. Aku apa lagi. Terus jerit, cikemy πŸ˜‚ tunggu situ tunggu situ. Yang kaknana dh gelak2 sbb tk tahan dgr aku jerit cemtu. Hahaha.

Aku jumpa dia aku tnya mcm2. Pegi mana apa semua. Dia kata dia jln dpn sikit je. Skli tgok kitorng tkde. Dia pusing2 beli brg tp tk jumpa kitorang. Suara dia ada dgr. Orang nya dia tk jumpa. Nk menangis katanya. Hahaha. Smpai jumpa dgn diorang. Bertalu talu soalan keluar utk dia.huhu. kesian dia.

So lain kali, please bawak fon pergi mana2. Harga fon tk penting. Mahal ke murah ke, atleast tau guna dan kepentingan fon tu. Cikemy bukan tkde fon. Dia pakai iphone7 lagi tau. Kalah aku. Hahaha. Tp dia jenis malas nk usung. Geram je aku. Korang kalau nk bwk jemaah. Please inform diorang utk tk berpecah jalan sorang2. And jangan lupa pesan bwk fon. Klau tkde fon pun. Suruh simpan no telefon kwn. Takut emergency mcm ni boleh la pinjam fon sesiapa kn? Disebabkan kejadian tersebut tal jadilah diorg nk ke jalan TAR. Sbb dh lewat. Abah aku tk nampak nk drive mlm.

Sekian lah bebelan panjang aku. Sorry panjang sikit kisah kalini.