Mommy Yin Share


Assalammualaikum, Hai.

Hmm, disebabkan aku tk boleh nk tidur. Punca sakit belakang ni. So aku terfikir nk bagi tips sikit untuk hilangkan kesan hitam dibuku lali kaki. Lutut dan siku. Atau pun dicelah celah yg kelihatan hitam.

Aku tktahu apa punca nya. Tp dh tonyoh berkali kali, tetap jugak mcm tu. Dia mcm lebam. Jenuh pakai losyen. Tp kesan dia agak lambat. So aku decide nk pakai Himalaya Intensive Moisturizer. Aku beli dkt watson. Tk pernah sekali pun aku pakai. Agak lama lah. Tkde lah berkurun berabad lamanya. Huhuu.

Ibu aku punya cadangan lah asalnya. Dia suruh aku sapu kan dekat tempat yg gelap dan hitam tu. Aku pun sapu lah dkt buku lali, dekat lutut dan siku. Alhamdulillah, kesannya aku dh nampak. Sekarang nampak lah cerohhhh sikit. Aku hanya sapukan himalaya intensive moisturizer tu, then aku biarkan kering. Esok tu korang akan nmpak, kulit yg kering tadi jadi lembab dan warna gelap tu berubah menjadi cerah.


Nahh, aku tepek kan macam mana ke ghopenye himalaya ni. 50ml 

Himalaya intensive moisturizer ni korang boleh dpt dgn harga RM15.82. tk smpai RM20 pun. Kalau korang kulit kering pun, boleh pakai moisturizer ni. Sebelum keluar pakai dulu. Biarkan sampai dia kering baru korang apply apa pun. Sebabnya nk bagi dia serap dulu dlm kulit.

Sebelum aku makeup pun. Aku akan pakai moisturizer ni dulu. Aku tepek tepek dia, lepastu aku biarkan kering. Sebabnya kulit aku jenis kering. Pakai pelembab ni bru lah mcm smooth sikit. Hehe. Bila dh kering, dan kulit terasa agak lembab gituhhh barulah aku apply benda lain.

sekiranya korang nk cuba, boleh lah cari dipasaraya berdekatan anda. Huhuu. Aku taktahu lah kalau dekat orang lain tk berkesan. Aku cuma share kan cara yg aku pratikkan. Selamat mencuba awak 🌹banyak jugak  kegunaan dia tau. 50ml tu dh lama jugak aku pakai. Tp tk habis habis lagi. Jimat. Huhuuu. Selamat mencuba gais.

Assalammualaikum, Hai.

Aku perlukan bantuan akak akak abang abang dekat sini. Disini aku serta kan gambar supaya senang utk akak akak, abang abang faham.

Lepas exciden di kelantan tempoh hari. Aku sakit bahagian dada. Sakit susah nk nafas. Aku sejenis yg sgt payah nk pegi klinik. Ye sangat payah. Aku akan pergi checkup, jumpa doktor, buat rawatan. Bila aku rasa bebetul sakit. Sakit ya amat sangat sampai aku rasa tak tahan dan tk mampu buat apa. Korang boleh bayangkan tk, kepayahan aku nk pergi klinik/hospital tu macam mana? Boleh kan?

Sekarang ni aku boleh dikira tahap sakit yg aku tk tahan jgk la. Tp masih taknak pegi klinik. Haihhh degil -,- Pukul 330pm nnt aku akan gerak balik perak. Dari penang. Aku tk boleh duduk lelama. Mmg sakit yg amat sgt tau belakang aku ni. Tktahu lah nk cakap sakit mcm mana.

Sekiranya ada sesiapa yg tahu mcm mana nk kurangkan sakit ni, boleh lah kiranya bagi aku sependapat dua. Aku dh serba tak kena ni. Nak baring sakit. Duduk dalam sejam dua dh macam kena tumbuk terajang belakang aku ni. Dia punya sakit belakang tu, boleh tembus ke depan tau. Dada sakit. Dada aku rasa nafas aku sakit. Sempit.

Aku perlukan pertolongan korang. Sesiapa yg tahu mcm mana nk kurang kan rasa sakit ni. Tolongg lah. Semalam aku smpai tk boleh nk tidur dgn aman. Lena sekejap je. Lepastu dh rasa sakit balik. Aku bebetul lena lepas subuh. Memang lena sungguh lah sampai terlajak ke pukul 11 😅 Mohon sesiapa yg ada TIPS untuk kurangkan sikit sakit belakang ni share lah dgn aku. Pertolongan anda sangat lah diperlukan bg budak degil dan takut nk pergi klinik/hospital macam aku ni. Huhuuuu


Nampak kan tanda bulat merah tu ? Haa dekat situ lah kesakitan yg aku alami. Satu lagi dekat dada. Lupa nk tanda sekali. Yg bahagian depan tu akan rasa sakit bila belakang tu sakit. Sakit dia mencucuk cucuk. Senak. Taktahu aku nk bgtau korang mcm mana sakitnya.

Sebab aku kurang minum susu ke aku sakit belakang ni? Sebab tk makan sayur ke ? Sebab tk makan buah ke? Emmmm!

 Aku mintak tolong ye pada korang, ya ada pengetahuan serba sedikit utk kurang kan sikit sakit ni. InshaAllah balik perak aku pegi klinik dgn ibu. InshaAllah 😅 Tp yg ada tips tu meh lah share sikit. Taktahan ni. Rasa nk buat backflip dh ni. Huhuuu

Assalammualaikum, Hi. 

Bulan julai ni besday 3 orang sekali bff aku. Masa fad dia sensorang je. Masa aku pun sama. Ni time 3F ni sekali julai semua. Aku tk dpt celebrate dgn diorang kalini. Sebabnya aku kerja penang kan. Minggu diorang celebrate tu mmg aku balik langkap. Tp fad plan hari yg aku balik ke penang. So tk dpt lah sambut sama. Emm. 

Takpe lah, tengok dari jauh, wish dari jauh pun boleh lah. Susah betul nk kumpul 5 orang kami. Bila ada wedding baru lah dapat kumpul 5 orang. Mcm masa wedding fad haritu T-T Semua kerja. Mcm fara fatin dengan fad diorang memang sentiasa dpt keluar sesama. 

Dari jauh pun diorang tetap tk lupa kan aku. Sentiasa tanya khabar berita. Diorang send gambar gambar masa celebrate tuu. Jadilah dapat tengok. Huhuuu. Mehh aku tnjuk sikit muka muka birthday girl. 



Ni Fadila. Birthday dia 25hb, tp sambut awal. Sambut sekali dgn fara & fatin. 


Mak buyong ni lah yg plan semuannya. Diorang sambut ni malam besday fatin 15hb



Ni fara. Birthday dia 9hb. Sambut lewat sikit.








 Fatin raya haji ni bakal bertunang, fadila bulan 9 ni akan mendirikan rumahtangga. Taksabar nk tunggu dila naik pelamin ni. Ya, semua kawan2 aku dah nk kawin. Fara pun katanya tk lama lagi. Dah ada yg boleh terima dia dan anak dia. InshaAllah. Aku doakan semoga semua kawan2 aku bahagia. Untuk fad semoga baby dlm perut tu sihat dan membesar dgn baik. Tak sabar nk jumpa ni. Hee



Wish dari aku kalini takde panjang lebar berjelajelar. Hanya sekadar video snapchat yg acah acah comel gituuhh. Hahahah. Happy birthday Fara, Fadila, Fatin. Aku ssayang korang 💕🌹

Assalammualaikum, Hai. 

Setelah beberapa hari aku menyepi meninggalkan blog ni. Harini aku dtg balik membebel. Hee. Alhamdulillah, along dh kembali contact aku. Dah 2 3 kali dia bawak adik bongsu princess dia ni keluar jalan jalan makan makan. Yupp, sudah pasti dengan wife dia sekali. Ya for me, my second KAKLONG sgt baikk. Aku sebagai adik menghormati diorg sebagai abang dan kakak. Tak kesah FIRST atau SECOND. Tugas aku respect diorg as family members :) And sebagai SISTER IN LAW. 

Okay berbalik pada topik. Hari jumaat along call aku, dia dengan wife dia ajak aku ikut diorang balik KELANTAN. Ya, kakling baru aku orang kelantan. Dan anak diorang, sofea ada dkt kelantan. Memandang dkt sini memasing busy kirija, tokma sofea offer nk jaga sofea, risau katanya. Pagi jumaat tu aku call ibu abah, mintak izin diorang utk ikut along. Alhamdulillah ibu abah izinkan. Aku inform along. So along ckp sabtu tu dlm pkl 12 dia dtg amik aku. Aku dlm pkl 11 lebih aku dh siap2. Sekali abang aku punya pkl 12, pukul 4 baru kami gerak dari penang 😆 

Siap siap makan, isi minyak apa semua. Kitorang gerak lah dari penang. Sampai kelantan dlm pukul 8, hujan. Aku ni first time ni datang kelantan. Kampung aku dkt gerik je. Dkt je dgn kelantan, tp tk pernah dtg kelantan pun. Along aku pun niat nk bawak lah aku berjalan. Sampai pun dh malam, salam2 dgn mak abah kak ipar aku. Kenal kenal dgn diirang, aku pun video call dgn ibu. Dia nk tengok cucu dia. Si sofea. 

Hari pertama smpai kelantan tu dh malam, so duduk rumah je. Keluar pun pi makan roti tempayan je. Bak kata ma ( mak kak ipar aku) roti paye 😂 Sedap gakk kambing dia. Kawww ouhh! Kambing pulak kan perghhh! Fav aku niiii. Setel makan roti payee, ma cakap kt dapur ada nasi pulak dgn ikan nya lagi. Aku mmg kenyang dh. Along aku dia simpan tong tk kenyang 😂 Boleh dikatakan awal gak aku tidur malam tu, dgn sejuknya. Dh macam rasa kt gerik dh. Rindu jgk lah suasana kg aku tuu. Terubat sikit rindu. 

Hari kedua, kami gerak ke tanah merah. Ma nk pegi amk borang dkt bank. Along pun nk amik rim. Murah wehh rim sana. 4biji baru rm180. Tayar second boleh dikatakan 80% lah along aku beli bru rm35 satu. Murah gila kot. Setel amk rim kitorang gerak ke kota bharu. Nak jumpa abg emy, anak angkat ibu aku. Dia stay pengkalan chepa. Setibanya dkt area wakaf che yeh, kononnya nak makan cendol. Sekali malang tak berbau. Kami yg di sondol. 


Ni kereta along 



Ni yg melanggar kami.

Satu dentuman yg sangat kuat. Lepas dgr bunyi dentum tu, first aku tengok kak ipar aku dengan along aku dlu. Sebab diorang depan. Alhamdulillah tkde apa. Aku paling sebelah tengok ma dengan sofea. Sofea okay, ma dahi dh darah. Aku tengok org yg langgar tu mcm nak lari. Aku keluar aku ketuk tingkap kereta dia, dia cakap dia park tepi. Korang tahu, driver pajero tu perempuan and dia pegang baby tau time drive. Dia keluar dari klinik wakaf che yeh, bebetul depan kelantan fm. Dan kejadian ni pun betul betul dpn klinik. 

Lepas aku ketuk tingkap kereta dia, aku msuk kereta amk ma bawak gi klinik. Sebab dahi ma dah berdarah teruk. Lepas hantar ma, aku amk sofea, tengok kalau ada apa2 dekat sofea. Masa tu aku tengok tkde apa apa tau. Lepas lama sikit. Ma dh setel, klinik dh tutup baru nmpak dkt mata sofea mcm ada lebam. Allah. Kenapa lah tk bwk sofea check sama td. Hmmm. 

Yang akak langgar kami ni, dia tunggu suami dia dtg baru dia turun tengok keadaan kami. Along aku dia nak marah, tp dia tengok perempuan, so dia cooldown. Mulanya akak langgar kami tu tak ngaku dia pgg anak, dia cakap dia amik anak dia masa dh berlanggar tu. Sedangkan saksi dalam klinik dan kami yg dlm kereta ni pun mmg nampak dia drive anak atas riba. Bahaya kak! Nasib lah along aku slow, kalau laju tu yaAllah tk dpt aku bayangkan. 

Akak ni nak setel je. Dia taknak report, so dia bayar kan repair apa semua. Alhamdulillah pukul 5 kami hantar bengkel, pukul 10 orang bengkel call, ckp kereta dh siap. Dlm masa kitorg tgu kereta siap, akk ni bawak kami ke rumah dia. Solat, rehat dan dia bawak makan. Alhamdulillah reda dh marah along aku disebabkan kebaikan dia. Beringat ye korang, jangan drive mcm ni, bahaya. Carseat ada, bagi lah baby duduk dlm tu. Jangan lah bahaya kn orang lain, diri sendri dan jgk baby. 

Dan aku perasan, masa suami dia drive pun, suami dia riba anak dia yg berumur dalam 4 tahun mcmtu. And dia boleh main phone while driving. Hmm apa kata korang? 

Along aku sedikit ralat, sebab niat dia bwk aku dtg kelantan nk bwk aku pusing2 kelantan. Last last xcden. Dalam pukul 11 bru setel semuanya. Tp tkpe, sempat jugak aku jejakkan kaki ke wakaf che yeh. Kak fara dgn ma suruh jugak along bwk aku pegi tengok tengok brg kt situ. 

Aku dapat lah capai 4lai kain batik untuk ibu, seluar tidur, tshirt. Bundle mmg murah jugak wehh. Tergoda aku. Huhuu. Dalam pukul 12 kami gerak dari wakaf che yeh balik rumah. Ayer lanas. Sampai rumah dlm pukul 130a.m . 

Bangun2 pagi tu, aku rasa sakit dekat dada. Aku tengok ada kesan lebam, dekat dada, dagu and lutut aku. Mungkin sebab terhentak semalam kn. Kak fara pun cakap lutut dia luka, along sakit dkt bahagian perut, maybe terhentak dgn stering. Dari hari isnin sampai keharini (jumaat) aku masih rasa sakit kt dada ni. 

Aku seronok dkt kelantan ni bab makan. Orang ckp mknan kt sini manis2, tp apa yg aku makan semua okay je. Takde lah manis mana pun. Sedap je. Lagi banyak aku makan ada lah. Huhuuu. Hari selasa lepas setel bawak sofea pegi klinik kami semua buat rawatan kt klinik. Kak fara bawak aku pegi beli mee celop dkt dgn kastam tk silap aku. Aku pun lupa. Huhuu. Sedapp gak wehh. Pedass siot. Dalam pukul 4 kami gerak dari kelantan ke penang. Sampai dkt titiwangsa, along singgah jp. Beli pau and tangkap gmbar. View kt situ nice gak. Sejukk je. Sorry gambar masih dkt along, tkde dkt aku. Huhuu. 

Dalam pukul 8lebih aku sampai penang. Alhamdulillah aku seronok kenal dgn family kakak ipar baru aku. Ma dgn abah sangat baik. Selagi aku tak kenyang selagi tu dia hidang aku makan. Bagi aku moktey (rambutan) 🤣 Buah limau bali tepi rumah je. Penuh lah butt kereta dgn bekalan dari ma dgn abah. InshaAllah nnt aku bwk ibu abah aku dtg rumah diorang pulak. Doakan semoga hubungan kami sekeluarga baik. InshaAllah amin. 


Ni masa kt klinik. Sehari lepas exciden


Ni sebelum balik penang. Mummy sofea potong kan kuku dia dlu. Then bagi dia tidur, kang dia nngis. Kesian sayang acu sorangni. Nanti jumpa lagi ye sayangg 🌹

Ada masa nnt aku nk jalan kelantan lagi. Apa lagi yg menarik dkt kelantan ehh? Terengganu pun aku tk pernah jejak lagi tau. Huhuu. If korang ada suggestion tempat menarik dkt kelantan dan terengganu mehh komen. Mana tau ada rezeki lebih lepas raya haji boleh lah aku kesana. Heee 🤗

Assalammualaikum, Hi. 

Kebetulan harini aku punya mood rajin plus bosan. Aku melepek lah dekat cc sejam sementara tunggu along siap pukul 5.20pm. Along cakap nak bawak aku makan kt Bertam. Dtg rumah dia pukul 5.20 dia pesan kat aku. Sebabnya nak amik kereta dekat Tapak pesta. Kitorang guna SOCAR. Next entry aku akan story psl SoCar ni. 

So aku ni lepas lunch dengan Din tadi, dah pukul 4. Din pun dh Clockin foodpanda dia. Order pun dah masuk. Aku malas nk mereput sensorang dekat rumah. Dengan nk hadap jem lagi. Arghh! Malas. Aku pun merempit lah menuju ke infinity sg dua. Sana murah, sejam rm1 je. Sebab ada kad. Huhuuu. Untuk student USM yg memana nk ke cc mur mur tu, boleh la ke infi ye. Buat member card. Dapat lah Rm1 sejam. 

Okay berbalik pada topik asal. Disebabkan aku sorangsorang je kat cc tanpa din. Takde lah aku melayan FIFA. Selalu ada Din memang Fifa je aku layan. Tapi disebabkan aku sorang, aku pun bukak lah blog. Bukak blog, aku rasa mcm bosan, bukak je bunga. Aku pun decide nk tukar segalanya. 

So ini lah hasil selama satu jam aku dekat cc. Kuning jadi pilihan aku kalini. Ya, aku masih guna template dari goyaabites. Simple, dan mudah untuk aku. Cemana geng? Okay kan? Tak sakit mata kan? Untuk header aku tu, aku masih menggunakan SMARTPHONE aku. Sekiranya ada masalah dgn header aku pls inform ye. Dulu aku selalu guna photoscape + gimp je untuk header. Tp skg laptop dh lingkup, tk repair lagi. Disebabkan penyakit malas aku nk usung laptop bawak pi kedai. 

Aku guna fon jelah. Aku buat header guna Apps PICSART. Simple je. Cumanya susah utk dapat size yg betul lah. Kdg terkecik terbesar. Aku pun tktau. Sebabnya kalah bukak kt fon dia okay je. Huhuu. 

Aku paling malas klau nk edit cbox. Srsly. Malas gila aku nk edit warna cbox ikut warna blog. Tu yg jadi warna warni aku punya cbox tu. Tp kalini dgn cbox skli aku tukar warna dia. Semua kuning. Huhuu. Okay kn ? Ce komen sikit apa lagi yg aku perlu edit. Aku pun bukan reti sangat bab edit mengedit ni. Maklum la, budak baru belajar. Huhuuu. 

Macam biasa ye gais. Sekiranya ada apa apa yg lari, pls inform aku. Bukan lari berganti ye. Hahaha. Jangan ingat masuk websites maybank pulak tau. Ni masih blog cikshuya bukan websites maybank. Hahahahha 😆 

Assalammualaikum, Hi korang. Untuk entry kalini, tiada isu atau topik yg aku nk kupas pun. Aku just nk bgtau yang aku dh tukar header. Tapi aku masukkan header tu guna hp je. Semua kerja kerja meng edit aku cuma guna fon je buat masa ni. Sebab nya laptop aku tk repair lagi. Malas! 

Sekiranya ada apa apa yg tk betul, korang boleh tinggalkan pesanan kt bwh ni yee. Guna fon ni agak ssh la aku nk adjust itu ini. Aku harap korang dpt bagi pandangan utk blog aku ye. InshaAllah aku akan cuba perbaiki segala kekurangan kecacatan dkt sini. Terima kasih :) 

Assalammualaikum, Hi.

Korang pernah tak rasa nak travel dengan kengkawan blogger yg korang tk kenal. Kiranya sesi suai kenal lah ni. Aku srs teringin nak travel sesama. Shopping sesama. Makan semeja tidur sebilik yg perempuan je ye. Hahaha.

Ada tk yg sama mcm aku? Teringin nk buat kwan dengan blogger yg lain. Mana lah tau kn kenal kenal boleh ter- rapat pulak. Boleh jadi kawan baik ke kan. Boleh pulak jumpa yg kaki konvoi ke kan. Tapi aku ada kapcai jela. Duke ibu aku tu kang kalau aku bawak lelama jenuh nak hapdet ke ibu doploh pat jam keadaan moto ibu tu. Ngehh --'

Aku kalau boleh kalau nk travel dgn geng blogger biarlah teman yg banyak benda. Bnyak tmpat menarik. And paling penting boleh jadi model utk aku. Sebab aku suka tangkap gambar. Tapi tk reti nk pose. Korang utg kalau bawak aku tau. Acewaa! Perasan nawnaw aku ni. Huihuihuii 😆

Kalau korang lah kan, mana yg korang suggest nk pergi? Untuk menjayakan projek travel bersama ni? Dan dan dan apa pendapat dan pandangan korang dgn idea aku utk travel sesama ni? Boleh diketengahkan atau diketepikan? Mehh komen sikitt.

Assalammualaikum dan Hi.

Korang pernah baca kan entry aku pasal rockstar burger ni kan? Sebelum ni jenuh aku mencari mana lah rockstar burger ni pegi. Sebabnya kedai diorang yg kt sg ara tu dh tutup. Kes terbakar haritu. Diorg tutup terus, yela dh dua tiga kali terbakar kn. Maybe sbb tu diorang ni pindah.

Yang aku ni dh berapa lama mencari nk burger mcm rockstar. Dok bsing bising dkt Deen. Suruh cari jugak. Tk ke stress kawan tu dh kalau hari hari suruh cari burger yg sama. Tkde wehh tkde. Hahahaa.

Hari sabtu baru ni, deen dia teringin nk makan kari ikan semilang. Dia ckp dkt tapak kassim ni ada. Pegi lah. Mula tu tk perasan lagi. Lepas mmber deen, pakwan dgn gf dia, kila dtg, diorang order burger baru lah aku perasan yg tu rockstar burger. First sbb tgk pinggan. Pastu tgok fries dia. Aku mmg tk berapa nmpak lah kn, mata 4 pun tk clear lagi. Hahaha. Aku pun ajak deen pi usha dkt sikit betul tk rockstar.

Sesampainya depan stall burger tu, mata aku bersinar 😍 Betul wehhh rockstar burger. Macam biasa deen order kan aku metalicheeze utk aku. Nikmatnya setelah sekian lama aku mengidam. Acewahh! Hahaha. Tp pekerja dia semua lain dh. Maybe dh tukar owner.

Ohh ye, korang kalau teringin nk try or memang mencari mcm aku jugak. Korang boleh pegi dkt tapak kassim mustafa. Kassim mustafa ni dh tutup. Depan giant bayan baru. So diorang meniaga dkt tapak tu. Dekat situ macam macam ada. Ada satay, ada western, ada tomyam, ada nasilemak kukus. Kari ikan semilang pun ada. Boleh lah ajak mmber mmber lepak situ. Kalau tktau kassim mustafa tu. Korang cari makbul bayan baru, dia sebelah tu je.

Selamat mencuba! Kari ikan semilang dia pun sedap. Tapi tapi tapi, air kt situ agak mahal tau. Bagi aku lah. Hahaha. 
Newer Posts Older Posts Home

Followers

Tinggal jejak disini

Little Fellows

  • BEN ASHAARI
    Tips hilangkan lemak badan secara mudah !
  • Everyday Ereen
    My two small humans
  • D I S T R I C T ' 1 5
    Plight
  • Beeha Azman
  • Hani

Contact Form

Name

Email *

Message *

Advertisement

Featured Post

First time Yin demam!

Assalammualaikum and Hi  Jadi mak mak ni, benda paling aku takut bila anak demam. Anak aku tak pernah demam lagi sepanjang lapan bulan ni. K...

Popular Posts

  • Cik Epal, My fav blogger.
    Assalammualaikum. Hi. Korang mesti kenal siapa Cik epal kan? Aku suka keluar masuk blog dia dulu. Masatu aku pun takde blog lagi. Salah ...
  • Sayonara stationery giveaway by NiniHanini
    Hai gaiss. Sorry lah harini banyak pulak yg aku post. Maaf lah sekiranya tidak menarik. Hahahaha. Aku mmg kalau ada benda nk tulis. Ada j...
  • Bayview Beach Resort Penang
    Assalammualaikum dan HI.  Ni kali kedua kami bawak yin checkin hotel. Walaupun kt penang je, saja nak bawak sikecik ni healing mandi pantai ...
  • Giveaway chocolate pencarian bloglist
    Assalammualaikum, Hi Tadi aku tengah ber blogwalking, terjumpa satu giveaway dekat blog BEGIN A NEW LIFE , terasa macam nak join pulakk. H...

Labels

Drama 2 gosip 3 hotel 1 info 12 Movie 1 Resepi 1 Review 12 SPAi8 1 Tutorial 1 work 1

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template