Untuk engkau yang aku kenal



Sekatang, ramai yg berlumba nak beli kereta kan? Yang student pun, tak kerja lagi dah nak berkereta. Siapa bayar duit kereta tu? Kau nak belajar lagi, duit minyak lagi. Nanti bising la, harga minyak naik, harga teh ais naik, harga fotostat naik. Duit tk cukup bagai. As a student aku rasa tak perlu kot engkau nak menyusahkan mak ayah kau dengan paksa diorang belikan kereta baru kt kau, nk yang up to date katanya!

Maaf sekiranya ada yg terasa, aku mintak maaf awal awal. Aku cuma nyatakan apa yang terpendam dalam hati aku. Aku pun student Aku pun kalau boleh nak ada kereta, sebab aku tak duduk hostel, jauh pulak tu rumah aku duduk skg dengan kolej. Tapi berhati perut la sikit. Kau jangan la paksa mak ayah kau, nak kereta mahalmahal, nak yg up to date. Mak ayah bagi yg lama yg diorang punya kau taknak. Kereta jugak kan? Kau cakap kereta nak senang bergerak. OK nevermind, kau amik jelha kereta yg mak kau nak bagituu. Bukan la AXIA yg macam kau nak kan. Fikir la sama mak ayah kau tu. Diorang bukan nye selalu ada. Fikit la, tenaga tua diorang tu, kesian la wehh.

Aku bersuara bukan sebab aku dengki, disebabkan kau tu aku rapat, aku kenal, aku nasihat beb/ Tak sanggup aku tengok mak kau ayah kau sedih. Bersengkang mata cari duit. Engkau bayangkan la, malam malam mak ayah kau masih berkerja. OT sebab nak belikan kau. Yang engkau kat sana berjimba, enjoy perabih duit diorang macam orang kaya. Beb, tak salah beb nak berhuhu. Aku pun berhuhu. Tp berpada. Aku idak la 24/7 lepak dekat starbuck mcd semua. Aku lepak kfc je 12jam kadang tu, sebab aku part time kat situ dulu. Kau bukak la mata, fikir kan kerja mak ayah kau sebelum kau buat macm tu kat diorang. Aku rasa nak jee seligi kepala kau tadi! Nasib aku demam je tahu.

Tak salah kau nak berkereta. Kumpul duit sendiri, beli. Kau kerja. Tapi kau rasa patut ke beli kereta dulu, atau kau patut simpan untuk ptptn. Betul ke tak ? Kalau tk betulkan aku ye. Aku bukan apa, aku tk boleh beb, kau buat orang tua kau mcm tu, sakit je hati aku, meluap luap hati ni, rasa nak terajang kau. Ingat, tu mak kau, ayah kau, diorang yg jaga kau bagi pakai dengan sempurna. Bukan nya AXIA yg kau nk tuu.

untuk yang lain, maafkan andai kata aku terkasar bahasa, atau ada kena mengena dengan korang, Sekian habis dh luahan hati aku.

0 Comments