Rombongan cik kiah ke kenanga

By Cik shuya - February 02, 2019

Assalammualaikum dan hi. Semalam (jumaat 1 feb) aku ibu dan abah. Bawak pekerja ibu pergi kenanga. Diorang semua tu ada yg pernah pergi kl tp tk pernah sampai kenanga. Ada yg tk pernah langsung sampai KL. Ada jugak yg langsung taktau apa apa. So semalam ibu aku cuti lah. Tutup lah kedai. Bawak pekerja2 nya ni pergi kenanga. Ahli rombongan semua ada 12orang termasuk aku. Pada awalnya, janji dgn satu orang van ni. Sekali hari khamis tu, dia call. Van tk siap. Ada kt bengkel. Dia call aku tu dalam pukul 3 petang. Semua dh mcm kecewa dh tk dapat pegii.


Ibu aku ni usaha lah cari kereta sewa lain. Abah aku nk drive. Alhamdulillah. Dapat. Kitorang amk kereta sewa tu dkt SG BESAR. Dari Langkap tu tembak terus ke SG BESAR. Sbb nk amik kereta. Dapat lah hyundai starex. Gumbira lah ahli rombongan bila aku bgtau dalam group whatsapp kedai ibu yg jadi pergi. Orang first reply kak nora. Kak nora ni dia mmg tk pernah keluar dari langkap. Paling jauh dia pergi pun teluk intan dengan kampar je. Mana tidaknya dia seronok bila ibu kata ibu nk bawak. Aku pesan dekat dia siapsiap. Supaya bawak begplastik. Takut muntah. Dari langkap ke ti pun dia boleh pening boleh muntah. Ni jauh lagi lah.



Kitorang kumpul dkt kedai kak intan pukul 8. Aku check orang apa semua. Cukup. Dlm pkl 830 tu isi minyak apa semua siap. Okay ready to go. Ahli jemaahnya ada IBU, ABAH, AKU, KAK NORA, CIKPARIDAH, DIJAH (ANK CIK PARIDAH), KAK INTAN, KAKBAB (ADIK KAK INTAN), MAKJANG (KAKAK IBU), CIKNOR (KWN IBU), MAKTEH(KAKAK IBU), DAN YG TERAKHIR CIK EMY. Bergerak lah kami semua ke KENANGA. Sampai RNR ULU BERNAM. Abah berenti utk breakfast. Utk rombongan ni. Aku lah 'kepala' nk jaga semua ni. Dal pukul 1040 cemtu sampai lah dkt KWC (KENANGA WHOLESALE).


Mula semua okay. Membontot je ibu aku ni. Sebab diorang tk biasa kan. So ibu tkda masalah. Pastu ibu ckp dkt diorang. Nk pergi mana2 pegi. Apa call adik. Adik tu aku lah. Im the bongsu 😎 yang cikemy ni, dia tkde cash. So dia nk ke atm. Aku ni bawak lah. Smpai dkt atm tu. Dia jd mcm taktahu nk kemana dlu. Nk beli kt situ kt sini. Huhu. Btw cikemy ni dia mcm lurus sikit. Aku lepas je amk duit call ibu aku ada kt mana. Terus lah pergi dkt dia. Yg cikemy ni. Aku bru tahu dia tkde bawak fon. Tak ke masalah klau tkde fon? Masalah tk dtg kalau dia stay dgn aku or geng satu lagi.

Masalah timbul lepas dia ni HILANG. Bukan budak kecik wehh hilang. Hahaha. Aku mmg nmpak dia ada je dlm kelompok aku. Aku pesan dkt dia. Jangan jauh2 jpgi kaknora dtg amk cikemy. Kaknora pun dtg . Aku nmpak cikemy pegi dkt diorang. Pusing2 aku tembung dgn diorang balik. Ehh mana cikemy aku tanya kaknora. Kaknora ckp ehh tak ada dgn kami. Haa sudah. Mana pulak. Call dia tk dpt. Call suami dia, suami dia kata cikemy tk bwk fon. Dia tk biasa pun dgn kl and tk prnah pegi kl. Sbb dia kata kt kitorang dia biasa and tahu kenanga ni. Aku mula heng dh. Mana nk cari ni. Takpa. Pusing je. Mana tahu jumpa dia kan.


Ibu aku sampai tk senang hati lah sbb pekerja dia tkde. Nk membeli tk berapa best lh kan. Tp abah ckp nnt jumpa lah tu. Lepas kitorang lunch dh pemat turun naik tgkt lapan ke satu. Satu ke lapan. Aku dh naik pening. Nk pitam. Sebab penat cari dia. So ddk lah dkt foodcourt. Mkn and rest kejap. Aku telan lah panadol 2biji. Tak pasal2 pening dibuatnya. Dlm pukul 130/2 tu setel makan, aku dengan kak nana (anak mkteh dia stay kl so dia dtg jumpa mak dia) turun lah bawah nk buat annoucement dkt kaunter bwh tu. Aku turun escalator, aku nmpak sorang perempuan ni, pakai tdug mcm cikemy, dia naik aku turun. Aku usha je. Sekali dia pandang aku. Aku apa lagi. Terus jerit, cikemy 😂 tunggu situ tunggu situ. Yang kaknana dh gelak2 sbb tk tahan dgr aku jerit cemtu. Hahaha.

Aku jumpa dia aku tnya mcm2. Pegi mana apa semua. Dia kata dia jln dpn sikit je. Skli tgok kitorng tkde. Dia pusing2 beli brg tp tk jumpa kitorang. Suara dia ada dgr. Orang nya dia tk jumpa. Nk menangis katanya. Hahaha. Smpai jumpa dgn diorang. Bertalu talu soalan keluar utk dia.huhu. kesian dia.

So lain kali, please bawak fon pergi mana2. Harga fon tk penting. Mahal ke murah ke, atleast tau guna dan kepentingan fon tu. Cikemy bukan tkde fon. Dia pakai iphone7 lagi tau. Kalah aku. Hahaha. Tp dia jenis malas nk usung. Geram je aku. Korang kalau nk bwk jemaah. Please inform diorang utk tk berpecah jalan sorang2. And jangan lupa pesan bwk fon. Klau tkde fon pun. Suruh simpan no telefon kwn. Takut emergency mcm ni boleh la pinjam fon sesiapa kn? Disebabkan kejadian tersebut tal jadilah diorg nk ke jalan TAR. Sbb dh lewat. Abah aku tk nampak nk drive mlm.

Sekian lah bebelan panjang aku. Sorry panjang sikit kisah kalini.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments