Kerana mulut
Assalammualaikum. Hai.
Beberapa harini aku tengok post ni banyak direpost dan direshare dlm page2 difacebook. Aku sejenis yg suka baca komen. Dkt komen tu korang boleh tgk mcm2 info kdg tu. Ada info berguna. Ada yg cuma mengupas bawang. Dan ada yg membawa bawang dan mengajak yg lain sama sama mengupas. Siapa yg terasa pedihnya bila diorng ni mengupas? Ofcos la yg dicerita. Yang dikupas tu. Tiada manusia yg ingin kn sesuatu mcm ni berlaku. Walau sekejam mana pun dia, dia tetap akan berfikir dua tiga kali. Atau lebih utk buat keputusan begini. Cuba letak diri kita dalam situasi begini. Kita sepatutnya membimbing bkn menghina. Bukan aku suruh menyokong. Cuma tidak perlulah kita ni sbgai manusia mendoakan keburukan utk orang lain. Betul kan?
Ya bagi aku perbuatan yg membuang ni salah. Aku tak kata tak salah. Tp aku jadi takut tengok netizen netizen yg mengomen. Ada yg mendoakan si ibu dgn kejam. Perbuatan si ibu mmg la di anggap kejam. Siapa yg tk marah kalau keadaan mcm ni kan? Ada yg dh berusaha bertahun lamanya utk mendapat kn zuriat. Tapi tidak perlu lh kita sbgai seorang individu mencerca si ibu. Tengok balik sebab apa perkara sebegini terjadi.
1. TAKUT
Disebabkan perasaan takut yg menghantui diri si ibu. Dia tidak tahu apa lg yg harus dia buat setelah didapati mengandung selepas berzina, mungkin ini jalan buntu yg dia pilih.
2. KENAPA HANYA SEORANG YG DIPERSALAHKAN?
Okayy, kalau korang tengok lah kan. Dekat komen komen tu semua menyalahkan si ibu. Ibu yg membuang dan membunuh bayi tanpa perasaan. ‘Sedangkan binatang pun sayangkan anak’ ‘manusia apa mcm ni’ ‘dah sedap zina, lepastu buang mcm sampah’ semua kata kara mcm ni yg korang akan dgr. Akan nampak. Betul? Gaiss, dia bawak anak tu dlm perut dia 9bulan. Takkan lah tkde sikit pun rasa sayang?
3. KENAPA SIPELAKU TERLALU TAKUT SAMPAIKAN SANGGUP BUANG DGN KEJAM?
Cuba tanya kenapa dia buat. Dosa berzina dia tanggung. Dosa membuang lagi. Kesakitan yg dia alami. Masalah apa semua. Mana yg dibuang keluarga lagi.
Masyarakat kita ni dah terbiasa untuk menghina dan mengeji sesuatu perkara. Aku tidak juga menangkan sipelaku. Aku cuma terkejut dgn komen komen yg dilemparkan oleh netizen. Dan majoriti netizen tuu dh berusia berumur. Mungkin mak seseorang, nenek, kakak atau adik. Ya marah! Aku tahu semua org marah sekiranya perkara sebegini terjadi. Siapa tk marah kan? Dh buang mcm ni. Tapi jangan lah memaki.
Punca terjadinya perkara mcm ni sebab perasaan takut dan tertekan sipelaku. Mungkin ditinggalkan boyfriend dia sebab dh mengandung. Boleh byg kan emosi dia? Bayangkan mcm mana emosi orang yg tengah mengandung. Tak stabil kan? Banyak perkara yg dia lalui. Disebabkan ketakutan dia dia bertindak sedemikian. Malu juga boleh menjadi punca dan sebab dia untuk buang janin dia. Aku ada nampak tau satu komen MAKCIK ni. ‘Semua maki maki dkt ibu bayi ni. Ada tk sorang yg bertanyakan tentang keadaan ibu bayi ni? Ada tk yg masih kesian dan memikirkan apa situasi ibu bayi ni? Semua hanya menunding jari. Sebab tu budak budak yg terlanjur ni takut utk berhadapan dgn masyarakat. Sebab tu diorang duduk dan fikir perkara yg tidak sepatutnya terjadi. Contohnya mcm ni lah’
Aku terkesan dgn komen mkcik tuu. Bkn apa, ada betulnya apa dia katakan. Darah si ibu juga mungkin banyak keluar. Apa keadaan nya sekarang kan. Aku stalk makcik ni, rupanya dia pengasas rumah perlindungan utk yg dh terlanjur. Dia jugak akan cari kn keluarga buat sibayi sekiranya SI IBU tidak mampu dan tidak mahu bayi tersebut. Dia usahakan tempat perlindungan tersebut tanpa dana dari mana mana pihak. Hanya dia dan suaminya yg handle tempat tu. Dimana tempat tu tidak dinyatakan. Katanya atas faktor keselematan penghuni disitu.
Untuk kita semua, sekiranya ada sesiapa yg korang kenal atau berdekatan dgn korang yg sedang mengandung akibat zina. Tolong lh diorang. Diorang mungkin perlukan seseorang yg dapat bantu diorang. Ada sesetengah pelaku dia serik dan insaf bila dh jadi dkt dia. Ada yg tidak kesah walaupun dh banyak kali jadi. Kita sebagai individu boleh memainkan peranan utk mengurangkan kes pembuangan bayi ni. Dengan cara kita tolong diorang ni.
Aku selalu ingat kata kata ibu aku. ‘Sekali tu silap, banyak kali tu sedap’ . Tengah muda masing masing hanya mahukan keseronokan. Yang perempuan sekiranya sekali korg dh berubah. Alhamdulillah. Tapi yg berkali kali masih belum sedar, aku doakan semoga korang sedar. Untuk yg lelaki, kalau korang dh buat DIA pleasee bertanggungjawab. Jgn tinggal dia sorang2. Cuba selesai kn masalah sama2. Elakkan pembuangan mcm ni. Masih ramai yg perlukan bayi ni. Cuba utk contact makcik yg aku katakan tadi. Boleh email aku utk contact makcik tuu ya.
Aku tidak mengalakkan penzinaan. Cuma aku bagi pendapat utk kurangkan kes kes macam ni berulang lagi. Take action before worst thing happen. InshaAllah masih ada org yg berhati mulia nk tolongg korang. Tapi tolong lah, sedar lepas benda ni terjadi. Tolong sedar dan jangan ulang kesilapan yg sama. Semua orang buat silap. Tp tolong jgn ulang. Ingat benda ni ‘SEKALI TU SILAP, BERKALI KALI TU SEDAP’
Untuk ibu bayi ni, jaga lah diri awak. Banyakkan berehat. Doakan sikecil ni. Semoga awak berubah ke arah kebaikan. Manusia buat silap. Tp tolonglah jangan bertindak kejam macam ni lagi. Semoga awak dan bayi ni dilindungi Allah.
Sorry kalauu agak panjang entry aku kalini. Aku cuma sedikit terkejut dgn kata kata yg aku baca. Macam mana lah agaknya yg terima kecaman mcm mcm tu kan? Kental betul hati diorang. Kalau korang, korang mampu tak utk diam & ignore je bila dikecam? Kalau aku satu dua mungkin aku diam. Tapi kalau banyak mybe aku balas balik. Hahahaah. Aku bukan seorang yg penyabar.
Al fatihah utk si anak syurga. Dan korang jgn lupa doakan jugak si ibu. Mungkin si ibu akan rasa tidak tenteram seumur hidup dia sebab dia buat mcm ni. Kita doakan dia berubah dan sedar okay. Spread love ❤️
4 Comments
Jadikan pengajaran buat kita semua
ReplyDeleteYupp, jadi kn pengajaran :)
DeletePaling sakit hati bila org salahkan si ibu. Pelik eh knpa 'ayah' tu langsung org tak salahkan?
ReplyDeleteKan, sentiasa si ibu yg dipersalahkan. Tkde pun yg mention 'ayah' baby tu kn?
Delete