Movie time : Kaappaan


Assalammualaikum. Hai. 

Setelah sekian lama tk movie time with mygundu. Harini dpt lah bermovie time bersama. Hahahaa. Disebabkan dh ada dekat prangin masani. So kitorang decide tgok dekat mmcineplex prangin mall je. Senang. 

Dari atrium B ke atrium A. Mmcineplex dkt Atrium A. Prangin mall ni dia ada 2. Satu atrium A satu atrium B. Dekat sini. Kalau korang mencari fon. InshaAllah dpt harga murah. Prangin mall & kompleks bukit jambul, mmg agak murah. Cuma kena pndai cari yee. Berbalik pada movie. Kaappaan start 610pm. Habis dalam pukul 840 lebih kurang 3jam jugak lah movie ni kan. So far aku puashati. Cerita tamil kalini best. Yaa, aku dh banyak kali ikut deen tengok cerita tamil. Hahaha. 


Dibintangi oleh fav hero aku. Suriya. Suriya ni kalau berlakon. Perghhh! Nampak real wehh. Dh lah macho habis. Hahaha. Apa je watak dia bawak semua rasa mcm real. Dalam KAAPPAAN ni, suriya memegang watak Kathir. Pada mulanya, aku ingatkn Kathir ni jahat. Rupanya tidak. Ada plot twist disitu. Huhuu. Kathir ditugaskan sebagai pengawal utk prime minister yg dilakonkan oleh Mohanlal atau nama dlm watak movie ni PM chandrakanth Varma. 

PM Chandrakandth Varma ni seorang PM yang berjiwa rakyat. Tidak sukakan keganasan tidak sukakan Bribe! Dan tidak menyokong idea idea penganas. Watak yg dibawa oleh Mohanlal dapat menyentuh hati aku masa dia mati dibom. Hmm. Srs rasa sedih pulak aku. Hahahah. Sayeesha Saigal pulak memegang watak sebagai Anjali iaitu secretary Prime Minister ni tadi. 

Mula tu aku ingat kan anjali ni dalangnya. Sebab dia mungkin simpan dendam terhadap PM chandrakanth Varma atas kematian Ayah dia masa terrorist jadikan ayah dia tebusan dulu. Watak joseph. Kawan baik Kathir, disandang oleh samuthirakani. Aku tertanya tanya kenapa joseph lari, padahal td dia dh berdepan dgn ranjith dan siapa yg joseph tgk dan sebut sebelum dia mati? 

Movie KAAPPAAN ni aku suka sebab korang tertunggu tunggu. Siapa sebenarnya jahat dan siapa yg baik nii. Apa jadi sebenarnya ni. Kenapa dia ni bunuh dia ni. Dan ending dia tidak mengecewakan. So kalini aku tidak bosan tengok cerita Tamil. No flashback yg aku tk faham. Tak bnyak scene cinta cinta sgt. Ada tu ada. Tp tkde lah banyak sangat. 

So aku bagi 4/5 untuk KAAPPAAN. ♥️

2 Comments

  1. suriya nie buka laki si jyothika ke .? if i not mistake laa . . n yang sye perasan kalau cerita tamil mesti banyak nama kathir . Hahahhaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp dia suami jyothika. Dua dua best actor klau ada scene fight. Dua dua shu suka tengok 😂

      Delete