The black whale
Sebelum ni aku ada buat rate utk boba drinks kan? Okay. Aku tukar fikiran yg tiber sugar is the best one. Semalam aku try The Black Whale again. Sebab yg haritu aku tk puashati dengan rasa Avocado dia. So semalam utk mengelakkan pembaziran. Aku cuma beli satu cup share 2 orang je. Takut tk kena dgn tekak lagi. Huhu
So deen decide nak amik brown sugar creme brulee punya. Aku tk berapa sure nama dia. Sorry okay. Harga RM12.90 cup biasa. Kami upgrade ke large. Cuma RM14.90 cup besar ye bukan kecik bulat. Ni besar.
Inilah rupa Brown sugar brulee yg diorder tadi. First impression aku terhadap cup dia. Okay puashati. Sebab cup besar tidak kontot. Hahahaha.
Mula aku duduk diam usha je si deen sedut air ni. Wahwahhhh! Nonstop nampak. Sedutan demi sedutan. Gigitan demi gigitan ye kamuu. Aku pun rasa lah air dari The Black Whale ni. Sedutan pertama. Sedutan ketiga. Sedutan keempat. Wowwwww! Rasa dia lagi sedap gaiss. Betullah yg deen belikan haritu lain. Yang ni lain lah rasa dia.
Rasa manis boba dia tuu. Perghhh! Sangat menyerlah. Pastuu creme brulee dia tu yg buat aku terpikat tergoda semualah. Sedap wehh. Aku suka rasa manis masin creme brulee tu. So aku tarik balik kata2 aku terhadap tiger sugar. Dan aku berikan kesedapan tu utk THE BLACK WHALE. So far aku dh rasa 3 air dari The Black Whale ni. Satu avocado. Dua milk tea biasa dan yg ketiga brown sugar creme brulee ni.
Dan aku sukakan yg ketiga ni. Sangat suka. Rasa manis, masin, lemak lemak dia tu. Tapi ingat ye, tak elok minum boba ni haro hari dan terlalu kerap. Sekali sekala tkpa. Okayy? Jangan mcm aku kerap sgt ni. Hahahaha. Elakkan okay? Kang tk pasal2 bersemut korang kang. Manis punya hal 😂
Satu cawan boba bersamaan dgn 50g gula. Anggaran ya. Walaupun korang minum 1L air. Gula yg dh ada tadi tidak akan keluar melalui air kencing. Tidak ya. Gula akan keluar sekiranya korang buat aktiviti fizikal. Keluarkan peluh.
Nak minum boleh tp lepas tu bersenam lah yee. Manis manis sgt pun tk boleh jugak yee. Okay untuk rate The Black Whale kalini aku boleh bg 5/5 . Sedapppppp ya amat! Aku pegi branch dia yg dekat D'piazza penang. Bukak smpai pukul 1pagi. Selamat mencuba awak semua ♥️
0 Comments