Shu membebel je!


Sesiapa yg kenal aku mesti tahu perangai aku mcm mana. Aku jarang nk luah kan dekat sesiapa pun apa aku rasa. Not my bff. Not my boyfriend. Just me & my dear diary. Entry kalini aku cuma nk membebel dan nk meluah je. Jarang jarang ni berlaku. Hahahah. Ya suhaida tidak sekental dulu gais. 

Korang kalau follow ig aku dari dulu. Korang akan tahu aku mcm mana. Aku bkn seorang yg pandai makeup. Pandai dressup like other girl. Aku cuma selesa dgn jeans buruk aku. Dengan tshirt aku. Dengan tudung bawal/shawl aku. Aku selesa. Perwatakan aku seakan lelaki. Agak kasar dan aku sukakan aktiviti yg agak lasak. 

Walaupun aku kasar ala ala boyish gitu. Aku jugak ada side girlish aku. Aku sorg yang sangat sensetif. Sangat annoying, sgt overthinking, sangat tk matang. Srsly rugi kenal aku. Hahaha. Aku bkn mcm mana yg korg fikir. Aku sgt berhati tisu. Sangat bergetah betik. Haahaha. Tahu apa itu getah betik? Kau sentuh sikit pun getah betik tu boleh meleleh kn? Sama lah mcm aku. Kau ckp sikit pun aku boleh menangis. Huhuu. 

Kadang kadang aku boleh jd sangat memahami. Dan kadang kadang aku jugak boleh jd seorang yg sgt psycho. Gila. Insecure nk mampus. Kau akan rasa nk bunuh aku kalau aku buat perangai psycho aku. Hahahahahah. Boleh bayang mcm mana tahap tu? 😂

Aku malu bila orang ckp aku baik. Hakikatnya tidak. No one can handle me at my worst! Srsly. Jarang2 lah aku nk srs mcmni. Srs ke? Ahahahhaha 😝 Jarang aku tnjuk yg aku sedih, jarang sgt. Aku skg ni lebih suka gunakan silent treatment utk diri aku. Kdg diary aku lah pendengar segala luahan hati aku. Silent treatment ni ada baik nya ada buruknya. 

Baiknya, kau tk perlu panjang kn masalah bila kau buat silent treatment ni. Buruknya, pada hati kau. Hati kau akan pelahan lahan membeku. Perlahan lahan jadi tebal. Korang fhm sendiri lh dgn apa yg aku maksudkan dgn tebal tu yee. Aku nasihat kn korang, andai kata korang lukakan hati sesorang tu, terkasar bahasa ke. Mintak maaf. Tk susah pun. Tp jgn lah kerap sgt buat hal mintak maaf. Ingat maaf boleh jahit luka luka tu? Haa kau tgok. Kat sini pun dh pening. Td suruh mtk maaf. Ni ckp ingt mntk maaf boleh jahit luka ke. Aduii mana satu ni? Hahaha.

Itu lah perempuan kn? Eh ke aku patut ckp itulah aku? Hahaha. Ada ke geng aku, kasar tapi sensetif ya amat? Ke aku je wehh? Hahah. Tapi sesentif aku pun aku kental jugak. Setakat nk angkat peti ais tu, time marah mmg tkde hal punya. Hahahaha. 

Tapi srs aku ckp, aku bila dh sayang. Tk kisah lah pkwe aku ke, kawan aku ke. Aku akan cpt terasahati. Aku tk mudah nk benci orang. Tp pls mind ur words. Sayang mcm mana pun aku dkt kau. Tp kalau kau tk jaga kata kata kau. Aku akan benci jugak. Walaupun aku bukan senang nk membenci org. Tp sekali aku benci. Mampus kau sana! Bff yg dh bertahun berkawan dgn aku pun rilek je aku ignore. Aku ni bila lembut. Ye lembut sgt. Sebab aku takut hilang orang yg penting dlm hidup aku. Takut sangat. 

Tapi kena ingat orang mcm aku nilah. Bahaya. Sebab sekali aku turn off dgn kau. Dengan segalanya pasal kau. Kau dtg mintak maaf berkali kali dgn aku pun. Sorry lah. Aku tk berminat. Ya sorg yg permah jd kawan baik aku dulu. Sampai skg aku masih tk peduli psl dia. Never care pasal dia. Teruk kn aku? Huhu. 

Aku boleh jadi sebaik dan seteruk yg kau takkan sangka. Pls appreciate sesiapa yg tgh ada sekeliling kau. Yang sgt hargai kau. Yg sangat fikir kn pasal kau. Kalau korg ada kawan baik yg sentiasa ada susah senang. Pls hargai diorang. Bersyukur sbb dikelilingi oleh org yg baik dan sayang kn kau. Jgn lah tk reti nk hargai orang. Tu bngok namanya. Kau tau psl kau je. Hatinorg perasaan org tknk jaga. Pls jangan jadi that kind of person. Do appreciate ur friends. Love them. Jangan salah menyayangi dan menghargai orang. 

Jangan lepas kn benda baik, utk satu keburukan yg seronok. Aku pernah rasa semua tu. Kau rugii kawan2 kau yg selalu tolong kau ada dengan kau susah senang kau. Sentiasa dengar segala masalah kau. Sekali kau hilang kami. Kau tkkn dpt kami lagi. Belajar menghargai. 

Sorry gais. Entry kalini agak panjang. Aku cuma nk meluah rasa hati. Dont spread hate just spread love ❤️ Aku hargai sesiapa yg suka aku. Dan sesiapa tk suka aku. Aku tk kisah. Dan jgn buat sampai aku kesah pulak. Menyesal tk sudah nnt. Hahaha. Cehh poyo nya!. 

Please okay korang. Belajar lah menghargai. Kau jangan lepas kn orang yg sayang kan kau. Untuk orang yg kau sayang. Patah hati bukan dgn boyfriend je, dgn kawan kawan pun sama ❤️

2 Comments

  1. Sekali sekala luahkan apa yang terbuku dalam hati, lega juga tu. hehe

    Aien tagged awak boleh?

    https://aienienka.blogspot.com/2019/10/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete