credit *ig @the.roostpng
Semalam aku, laki aku dan along aku taktau nak makan apa dah. Konon nak ronda je. Then laki aku dari haritu dia teringin nak makan dekat the roost. Haritu kami pergi full. So semalam ronda the roost, luar kosong. Cantekk!
Korang kalau nak senang park. Korang masuk je dalam USM tepi tu. Parking dekat hujung then jalan je sampai atas. The Roost ni ada indoor dan outdoor. Banyak yg celebrate birthday kami pergi semalam tu. So far, services bagi aku 8/10 sebabnya makanan punya la lama. Laki aku punya makanan kami dah habis makan baru sampaii. Yang buat aku bengkek tu. Abang sebelah tu dia bg FREE mushroom soup kononnya sbb lama tunggu, padahal kami sampai dulu dari dia. Makanan laki aku tak sampai lagi. Diorang baru je dalam 10mins macamtu sampai. Then diserve free food sbb lambat. Aku rasa terbakaq dh.
Aku makan The Roost Grilled Lamb, portion dia puashati lah dengan harga. Sedap. aku bg 10/10. Abang aku amik Spicy pasta grilled tarta apa ke namantah. Aku luper. Okay laa dia rasa macam cheezy creamy ramen tuu. Tapi untuk aku, aku rasa grilled chicken tu macam overcooked. Sebab keras sikit. Aku bagi 8/10
Laki aku pulak dia amik Pasta carbonara grilled chicken. Kitorang dah habis makan baru laki aku punya makanan ni sampai yee. Almost sejam yee. Macam mana aku tak terbakar wehh. Abang sblh tu 10mins diserve FOOD free konon tanda mintak maaf sebab lambat. 10mins lambat. Dekat kitorang ni sejam ehh. Laki aku bengkek gila. Carbonara dia okay. Just nice. Overall aku boleh rate 8/10 sahaja untuk kesemua servis dan makanan. Mintak maaf lah ye kalau 'review' aku tak mencapai piawaian korang. Tapi ini je pendapat yg aku boleh bagi.
Please improve dari segi services. Orang yg datang lambat boleh dapat food awal, padahal baru order. Lain lah dh order sebelum sampai, tu aku faham. Cafe cunn menu cun, food pun nice. Just improve sikit sikit cukup dah untuk buat bertambah boom!!
Aku tepek sikit apa aku makan yee. Laki aku punya tak sempat snap dh, dia dah lapoo yee.
Ni along aku punya
Ni aku punya. The Roost Grilled Lamb
If bawak baby okay je. Boleh duduk dalam dan luar. Selesa je
0 Comments