Friday, 5 August 2016

Durian oh durian !

Cik shuya | 08:44:00 | 4Comments |
Assalammualaikum..

Sekarang ni tengah musim durian kan? Kat kampung aku pun memang tengah berlambak durian. Balik kampung ni memang kenyang perut ohh dengan durian. Kt penang aku usha harga pon malas nak beli dah, mahal lagii kat sana tuu. Kat sini mak aku bawak dua guni baru RM20, makan la kau sampai buntat perut. HAHA

Aku buah durian ni tak berapa sangat. Tapi kalau mak aku buat sambal tempoyak kacau ke, bubur durian ke, memang aku la yang tukang bagi habis. Serius sedapp wehh. Lagi kalau mak aku buat bubur durian sekali dengan pulut, wuishh dea punya leleh, sedap ohh ! Korang pernah makan tak sambal tempoyak kacau ?

Tapi yg jual tu biar la jujur yee, jangan la jual durian mangko, kesian orang yg beli tu. Dia beli nak makan, yg bagi durian yg rosak ape semua tu kenapa? Kdg ada yang diorg tak tahu, tu boleh la dimaafkan, yg jenis terang terang tau tuu yg jadi masalah. Kesian tauu!

\

If korang nak makan durian puas puas kat perak, korang boleh pegi dekat sungkai, sebelum tol sungkai ada satu gerai kecik, harga okay la bagi aku. Tapi buah dia memang puas hati, sedap! Kalau korang stay teluk intan, korang boleh pegi dekat jambatan kg bahagia, kat situ durian dia murah. Buah pon elok tau. 

Kalau korang rasa nak makan "tempoyak kacau" tuu, korang boleh cari GERAI IBU LANGKAP, dekat jalan besar langkap, situu korangboleh dapat. Tapi tak selalu ada tempoyak kacau ni, yg selalu ada kat GERAI IBU LANGKAP ni, sambal tempoyak.  dan kat situ makanan diorang banyak pilihan tau, aku rasa sayur je dah 6/7 jenis. Lauk? Memang macam macam la. Kalau datang LANGKAP PERAK, boleh cari yee, HEE

4 comments:

  1. Sedapnyaaaaa! Cuma tk boleh makan byk byk hehe.

    ReplyDelete
  2. HAHA, knp tk boleh makan byk? Panas ehh?

    ReplyDelete
  3. haritu pun baru makan doyan. makan kat kolej malam2 lak tu xD

    ReplyDelete
  4. hahah. kt kolejj ? Rajin nye membeli, haha

    ReplyDelete

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.