MERDEKA!!

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, kejap je dah bulan 8! Bulan MERDEKA! Teringat masa sekolah dulu, kalau sekolah rendah aku rajin masuk macam macam competition ! Sekolah rendah la zaman bebudak. HAHAHA
Masuk sekolah menengah aku just masuk yangberkaitan dengan sukan je, bab nak menghias bagai ni memang bukan dia la malas . Ngehngeh!

Sekolah rendah
Aku paling suka masuk bersajak, memang ada je sajak untuk bulan merdeka, nama aku wajib ada, wajib okayy ! Kalau aku tak letak nama, cikgu mesti cari aku, "Su, kenapa tk letak nama ni" Soalan yang aku akan dengar bila tak letak nama, dah macam artis femesnye, hahaha poyo ! Bersajak ni aku tak pernah dapat no satu pun sedih, aku akan dapat no dua je, sebab kembar tu payah sikit nak kalah kan, power betul diorang punya style, hahaha XD

Then, aku suka masuk basikal berhias, even aku tak reti nak menghias . Saja memenuhkan korum jee, haha, basikal yg jadi mangsa, ofcos basikal nissop, basikal dea senang nak bawak, haha. Time ni mesti aku bawak bendera besar besar sebab nak lawan dengan budak lelaki and budak kelas sebelah, pastu bila cikgu puji muka mula laa poyo nak mampus! cehh --'

Sekolah Menengah
Aku tak suka nak masuk acara apa pun, aku suka melepak je, cari port redup lepak dengan member semua. Kalau ada band, belakang drummer la duduk nye. Minat tp tak reti nak main, setakat ketuk, dum drang! dum drang! tu aku reti la, hahaha..

Pestu geng aku ni memang wanted sikit, ada je masalah nye kang, baling mercun la itu la ini la, ade je hal yang kitorang ni buat, kang tak pasal pasal kena panggil dengan cikgu norizan,

bila ingat balik kena rotan tu rindu la pulak, bila ingat balik kami marah cikgu sebab rotan kami tu sedih la pulak, Teruknye perangai, tp bila ingat balik perangai kami tu, hmm teruk nye. Even aku kena rotan kena cubit, kena sebat sampai 40 kali sampai tangan tkleh bergerak, sampai demam, aku tetap tak berani nak bagitahu ibu dengan abah, sebab apa? sebab kang aku kena lagi, dapat sakit je.

Pelik aku dengan budak sekarang ni, cubit sikit rotan sikit dah nak penjara cikgu saman bagi, fragile gila bak kata miss balqis. GEN strawberry memang manja, tapi tkde la tak boleh nak marah langsung, kang kalau tak kena marah dah besar nak kerja macam mana? Bos marah sikit kau dah nak report bagai, kau gila apa?

Rindu nye zaman sekolah, adik adik yang baru nak masuk zaman sek menengah ni, elok elok la ye, kalau dengan cikgu korang tak hormat, macam mana nak berkat ilmu tu, kalau ilmu berkat insha Allah berjaya dunia akhirat, dan hubungan dengan mak ayah pun jangan abaikan, tu paling penting, Keberkatan dari diorangg, doa diorang sangat penting. Hormat mak ayah  korang dan cikgu korang tauu, ilmu yang kita cari takkan pernah habis.

4 Comments

  1. Masa sekolah selalu buat persembahan masa sambutan haha

    ReplyDelete
  2. rindunya zaman sekolah rendah dan menengah dulu... masa sekolah rendah ceri pun ada join competition sempena Hari Kemerdekaan, tapi selalu jer kalah... hehehe..

    ReplyDelete
  3. @eeiou_ hahaha, seronok kn masa tu ?

    ReplyDelete
  4. @ceri koko hehee, takpe, tp best je dulu, tak malu pun nak join apa ape kan? hehe

    ReplyDelete