Wednesday, 30 January 2019

Genting Highlands

Haritu aku ada cakap aku pergi genting highland kan? Ye aku pegi. Tp aku tk stay sana. Abah aku ajak stay ampang. Dari ampang tu aku dgn family aku gerak ke Genting. Dalam pukul 9 cemtu kitorang gerak. Alang aku ni dia ikut waze. Sekali pusing jalan jauh. Entah mana2 entah. Sangkut jem.

Aku dengan budak2 naik dengan abg aku lagi satu. Roy. Membebel lah abg roy aku ni. Dia kata apahal dok ikut jalan jauh pusing punya jauh. Ikut dpn tadi dh boleh keluar dh. Bising2. Jenuh la tahan telinga lelaki ni bebel. Adussss! Angah aku dan lagi pegi delivery dia punya perfume. Sampai setel semua tembung dgn kitorang. Dia pun pelik apahal kitorang sampai ke sini. Punya jauh. Huhu.

Jem tu sampai tol je. Lepas tol tkde dah. Jem punya pasal benti beli brg la apa lah. Dlm pukul 1130 kitorang sampai atas. Anak buah aku dua orang ni happy la sbb diorg tk pernah lagi naik genting. Nmpak diorng happy sgt. Kitorang park kt genting premium outlet tk silap aku. Naik cable car dari situ. Rupanya hari yg aku pergi tu. Hari perasmian yg indoor punya. Skytropolis tk silap aku.

Aku mula nk naik roller coaster. Rupanya tk siap lagi. Kitorang jalan2 je dalam tu. Anak buah aku beli aiskrim lah. Naik apa benda ntah. Aku berjalan je dalam tu. Penat dh semua pusing2. Kitorang turun bawah. Ada foodcourt makan kt situ. Setel semua, abah ajak gerak. Sbb ibu nk shopping kt bawah pulak. Aku boleh penimg naik cable car . Hahahah. Kelako diknon. Siap telan panadol pening punya psl.

Ni semua abg aku punca. Gerak2 bagi goyang. Gayat la ngek. Geram je aku. Sampai GHPO aku follow kakak ipar aku yg no 3. Kak eja. Dia masuk charles and keith. Mak aku entah hilang ke mana dah. Habis lah. Hahahaha. Aku ni dh pening2 lalat. Aku ddk lah dgn lelaki2 dkt bawah tu. Abh aku dgn anak2 buah aku. Melepek kt situ sementara mak2 ni pgi shopping. Dekat pukul 230 diorang bru muncul. Mak aku dgn dua paperbag satu kasut satu handbag.

Abah dh geleng kepala dh. "Tengok la ibu kamu dik. Almari baru kot nk beli lepasni" hahaha aku sengih je. Ibu aaku pun sengih jela dtg kt abah. Sekali kakak ipar aku td datang. Ya Allah dia punya shopping 😂 bedal la kak . Hahaha. Otw balik tu aku muntah wehh. Betul punya pening ni. Hareyy sungguh la. Yg roy dok gelak gelak kan aaku. Hareyy nya perangai abg aku. Lepasni pegi aku fikir dua kali kot nk naik cable car dgn abang2 aku tu .

Sorry lay kalau terpanjang and tak berapa menarik. Aku dh lama tk menaip ni kekok sikit. Huhu. Aku tepek satu dua gambar je.



Ni aku dengan anak buah aku. Anak abang aku yg sulung. Eisya dan haziq.

No comments:

Post a Comment