Sunday, 10 February 2019

Slim River


Sabtu 9/2 kelmarin, aku dengan rela hati dan rasa tk sabarnya nk pergi Kenduri sepupu sebelah abah aku. Aku sejenis yg tk suka pergi kenduri. Kadang ibu aku selalu guna ayat dalam gambar tu. Nk suruh aku pegi kenduri. Tp kalini aku dengan rela hati menawarkan diri nk pergi.

Sebelum gerak ke slim river kasi tangkap itu gambar dulu la 😂


Ibu aku agak pelik, jarang jarang aku nk ikut diorang pergi kenduri ni. Lagi lagi sepupu sepapat sebelah abah aku. Sebab aku kurang kenal. Kalini aku nk pegi sangat sebab aku nk jumpa cousin aku yang hensem lagi cantik. Eh mcm mana tu? Hensem ke cantik ni. Konfius kan? Hahahah. Sepupu aku ni siap request sambal tempoyak kacau lagi. Mmg fav dia lah tempoyak kacau makngah dia. Cousin aku ni nama dia Afiqah, tapi family panggil dia 'achik' je. Satu family dh memang tahu dia mcm mana. Boyish! Sebelum ada nya sikembar IZZ. Paklong aku takde anak lelaki, tu yg achik ni macam boyish sikit. Walaupun dia kasar, tapi dia sangat bertanggungjawab okeyy! Dlm family dia dia orang penting. Dlm family besar kitorang pun dia orang penting.


Aku dgn achik. Harini achik cantik bertudung 😆

Semua family aku dh sedia maklum. Ada aku adalah achik. Ada achik ada lah aku. Heheh. Aku dgn achik pun dh agak lama tk jumpa. Kebetulan dia tengah cuti. Itu yg aku semangat nk pergi kenduri tu. Banyak ni bawang aku bwk jumpa dia ni. Berguni guni nk dikupas. Hahahahah.


Angah aku dgn kakngah aku 


Abah dan ibu. Masani dkt parking TR TOMYAM HOUSE. Parking agak luas.

Kenduri tu diadakan di TR TOMYAM HOUSE slim river. Tempat tu tepi jalan je. Dia mcm dewan terbuka lah. Masa kenduri ni, ada lagi satu event guna hall depan. So agak crowded lah tempat tu. Bagi aku untuk jemputan tak smpai seribu okay buat dkt sini, if jemputan korang lebih dari 1000 better dont. Bukan nk kata tempat ni tak okay. Okay je. Cumanya sempit. Mmg lah dewan terbuka. Tapi untuk jemputan yang ramai agak tidak sesuai, melainkan korang tambah khemah dalam 3 atau lebih. Ni pendapat aku lah. Adk beradik abh aku pun ada datang, bukan lah paklong aku sorang je yg dtg dari jauh. Paklong aku dari seremban. Cu aku, adik bongsu abah aku, dtg dari kl, yang dari penang pun ada. Tp aku tk sempat jumpa, sebab diorang sangkut jem.

Ni aku tepek sikit dua tiga gambar pada hari kejadian. Yihii! (Ayat cute girl, animasi si nopal) 😆


Ibu, maklong, kembar, syirah



(Depan rumah pun jadi geng) ehee!

Aku dalam pukul 230 cemtu aku dh gerak dh. Sebab ibu aku niaga masani. Nk bayar gaji nnt mcm mana pulak kn. So kitorang pun gerak balik. Dalam sejam cemtu group whatsapp family abah aku mula bising. Ingatkan apa lah, rupanya memasing dh dapat sambal tempoyak ibu aku 😂 Diorang mmg gilakan sambal tempoyak ibu aku tu. Huhuhuuu.


Ini lah rupa sambal tempoyak kacau tu. Pedas wehh! Ada yg pernah makan tk sambal tempoyak kacau ni?

No comments:

Post a Comment