Ariq Azhafi aka Timeboy


Assalammualaikum, Hi.

Mohamed Ariq Najmi bin Mohd azhafi, atau lebih dikenali sebagai Ariq Azhafi. Pada usia 10 tahun, selepas 2tahun menjalani proses rawatan dan terapi, doktor mengesahkan ariq sebagai seorang Austisme (sindrom asperger). Sindrom Asperger ni adalah kecacatan spektrum autisma yang disifatkan melalui kesukaran pesakit berinteraksi sosial bersama dengan tingkah laku yg berulang-2 . Dengan kata lain. Ariq dikategorikan dalam masalah pertuturan.


Ariq Azhafi dilahirkan pada 4disember 2001, di Muar Johor. Walaupun ariq seorang remaja yg istimewa, tetapi dia berani untuk tampilkan diri utk bukti yg dia juga layak untuk berjaya sama mcm orang lain. Mesti korang tertanya tanya kn, kenapa ariq digelar 'timeboy' sebabnya ariq ni jarang sangat nk bercakap dan hanya bersuara pd masa tertentu sahaja. Kalau kita tgok ariq dgn mata kasar ariq hanya seorang remaja yg normal. Masalah yg dihadapi ariq tidak menghalang Ariq untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat muzik Ariq.


Menurut ayah Ariq, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal , sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. Awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi, tetapi Ariq bersungguh sungguh utk tampil menyanyi bermula dgn persembahan mini konsert anjuran sekolah muzik dia. Wah beraninya Ariq ni!

Lagu dan lirik 'KITA' dicipta oleh ayahnya sendiri untuk Ariq sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi dipersada seni muzik tanahair. Lagu 'kita' menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yg tersirat pula, 'kita' merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Lagu ini juga adalah lambang kasih sayang ayah kepada anak istimewanya ini.


Semoga Ariq makin berani dan berjaya dalam apa juga yg Ariq lakukan. Proud of you Ariq sebab berani tampilkan diri dan yakin terhadap diri sendiri. Kita yg normal pun belum tentu ada keberanian mcm Ariq kan? Ariq betul betul istimewa. Teruskan usaha Ariq!

Sumber : facebook page Ariq Azhafi

0 Comments