Suhaida beraya
Assalammualaikum, Hi awak semua. Ada yg merindui aku tak? Hahaha. Macam lah ada kan :'( Beriyaa naw naw macam ada readers je blog aku ni. Ada takde belakang cerita. Yang penting aku merepek merapu meraban dlu.
Lama jugak lah aku tak mencurahkan kata kata aku kat sini. Acewahh! Hahaha. Masih raya kan sekarang? Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua blogger dan readers. Maaf sekiranya ada tersalah bicara terkasar bahasa. Kosong kosong ye 😆
Raya tahun ni meriah jugak rumah aku. Sebab abang abang aku balik. Along aku je tak balik, kerja katanya. Takpe lah, faham kerja hotel mmg susah nk dpt cuti kan. Tahun ni ucu aku dgn bini dia pun beraya dkt rumah aku. Ucu aku ni mmg tiap tahun beraya dgn kitorg. Cumanya bila dh kawin ni ingatkan dia beraya rumah isteri dia. Rupanya tidak. Raya pertama dia nk dgn ibu aku jugak. Yela, ibu aku ni dia anggap mcm mak dia dh. Sejak arwah nenek aku meninggal. Ibu lah yg jaga ucu aku. Siap tlog carikan jodoh lagi utk dia. Itu yg dia syg sgt dgn ibu aku tu. Huhuuu .
Rumah aku mcm biasa lah. Lepas abah aku yg kacak lagi bergaya (fairfit) eh tiba. Haha dan abang abang aku yg tk hensem lagi selekeh tu balik dari solat, kami makan makan dlu. Dan bermulalah sesi maaf bermaafan. Disebabkan along takde. Ucu dgn uda (adik ibu aku jgk) yang start salam dlu. Sebak aku dgr apa yg ucu ckp dkt ibu dan abah aku. Menitis airmata seorang berjiwa kental ni. Huhuu. Setel uda and ucu. Angah aku sambung, alang follow rapat, roy dan aku. Setiap tahun aku nanti kan saat ni. Bukan apa, ni semua akan jadi kenangan terindah.
Ni anak along aku, diorang raya raya kt penang. Tkndapat balik.
Family alang aku.
Habis sesi bermaaf maafan. Sesi bergambar pulak. Time ni aku agak geram dgn abang abang aku. Diorang suka kacau aku time ni. Yela aku sorang anak perempuan. First panggil semua bergambar, pastu family angah, pastu alang, pastu menantu ibuabah. Time panggil anak anak LELAKI tu aku dah buat muka mata ketepi dah. Mentang mentang aku tkde geng 😒
First rumah yang kitorang attack, mestilah rumah makteh. Rumah makteh ni top dgn dia punya LAKSA. Aku tk suka laksa. Aku just makan laksa dia dgn ibu je. Laksa dia mmg power. Dgn pedas dia. Perghhhhh! Terangkat beb. Penuh lah rumah makteh dgn rombongan keluarga aku. Rombongan makjang, rombongan anak2 dia lagi. Full padat. Parking pun penuh lah kawasan perumahan chikus tu. Rumah kedua kami attack mcm biasa jugak, rumah pakwe dkt sg manik. Nak masuk dlm tu agak sempit. Aku mmg tk berani lah. Hari biasa pun aku tknak drive masuk dlm tu. Lagi raya. Sesak. Aku naik dgn ucu. Rilek je jadi ladyboss dok blkg. Ngehngehhh! Rumah pakwe special sikit tahun ni, ada rendang rusa. Sedapp wehh. Tak lupa juga rumah alang badul , abang ibu aku. Dan yg terakhir rumah makjang dkt tapah. Ni mmg rutin kami setiap kali raya. Konvoi ramai ramai. Malam semua datang rumah aku pulak. Rumah aku tkde diorang nak makan ketupat lemang rendah semua tu. Siap request nk makan nasi. Ibu aku mmg malam dia masak nasi. Meriah raya tahun ni.
Yang mana dulu bergaduh kini dh berbaik. Yang mana dulu takde pasangan skg dh ada. Dan inshaAllah abang aku yg no 4 pun akan menamatkan zaman bujang nya tahun ni. Agak2 kalau aku jemput ada yg sudi datang tak? 🤩 Mcm dh panjang sgt je entry ni, aku sambung next entry okayy :)
Sorry kalau aku banyak merepek. Masih belajar sis. Sila beri tnjuk ajar ya.
1 Comments
Selamat hari rayaaa
ReplyDelete