Saturday, 2 July 2016

Semoga kau tenang

Cik shuya | 06:03:00 | 0Comments |
Assalammualaikum , Hi

Kau kawan dengan aku boleh kata dari dalam perut, yela, masa mak aku masuk wad nak lahirkan aku, mak kau pun tengah sarat sangat, nak lahirkan kau. Aku awal sejam je dari kau wehh , mak kau la cite, haha. Tengok dalam surat beranak mak kau kata, haha. Dari lepas lahir sampai la kau dengan aku besar panjang sehat dah.

Baru lagi weh aku jumpa kau, aku rasa dua hari lepas, tup tupp mak kau call aku, cakap kau dah takde, ya allah, sedih nye aku. Kau cakap nak keluar sama sama dengan aku, tapi tak sempat kn Awin. Aku doakan kau ditempatkan dengan orang yg beriman.

Aku rindu senyum kau beb, aku rindu nak usik kau nak kejar kau macam dulu, aku selalu sakat kau, sekarang aku dapat tengok gambar and surat kau je beb, kenangan yg takkan pernah aku padam. Terima kasih awin bagi aku kenangan yang cukup indah bagi aku. Semoga kau tenang disana NurAwin Ashera bt Raden Afwandi. Kau akan selalu dalam kenangan aku ^-^

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.