Gws makjang!
Assalammualaikum dan Hai.
Korang semua sihat ke? Sekarang ni tgh musim hujan dan ramai yg tk berapa sihat je skg ni kan. Termasuklah aku. Asyik panas, hujan panas je. Aku dh lah mmg sejenis yg senang demam. Dan kerap sgt demam. Sebelum ni okay je. Tkde la kerap sangat. Tp lepas aku belajar dlu. Lepas berjauhan dgn ibu abah. Mula lah asyik demam demam. Selalu sgt tak sihatnya.
Sekarang ni aku ada dekat kampung. Makjang aku tk berapa sihat. Tu sebab kalau korang perasan dua tiga harini aku senyap je. Aku kalau kt kampung. Biasa lah. Busy sikit. Hehe. Hari rabu lepas makjang aku kena warded. Doktor kata dia kena serangan jantung. Mula tu makjang ckp dia rasa sakit dekat dada. Badan dh peluh peluh menahan sakit. Dia mtk ciknor jiran dia hantar kn dia ke klinik. Dekat klinik tapah tu, doktor cakap tk boleh baca darah dia. Cuma xray ke apa ke.
Doktor kt klinik tu bagi surat suruh bwk ke hospital. Mulanya doktor nk pgl ambulans. Tp makjang aku tknak. Dia ckp dia naik kereta je pegi sana. So dari tapah ke teluk intan tu, berpeluh peluh la dia menahan sakit. Sampai dpn kdai ibu aku, kebetulan ibu ada lagi dekat kedai. Ciknor pun benti lah depan tu amk ibu. Sebab mkjang nk ibu ikut skli. Ibu oun ikut la. Tinggalah abh kt kedai sorg2 kemas jp. Sebab masa tu dh habis dh cuma tinggal kemas sikit2 je.
Sampai je HTI. Doktor check darah tinggi sampai 200 lebih. Mmg tinggi. Jantung pun ada. Kencing manis pun ada. Terkejut la ibu aku. Sebabnya setahu kami semua. Mkjang ni cuma ada darah tinggi je. Tu puntkde la naik tinggi mcm ni. And mkjang ni tk pernah sakit teruk smpainkena warded mcm ni. So bila aku dgr berita yg mkjang kena warded sbb heart attack. Aku kelam kabut lah nk balik. Risau gila aku.
Hari jumaat petang tu kakcik anak mkjang cl aku. Cakap mkjang dh boleh keluar. Dlm pukul 5 lebih mcmtu. Masatu aku baru naik bas je. Dari penang sentral ke teluk intan. Bas pukul 530pm. Hujan lebat selebatnya ptg tuu. Aku sampai teluk intan dlm pukul 9.30pm. Mlm tu acik wasap aku. Mtk aku jaga kan mkjang esok pagi (sabtu) sebab acik kena balik KL. Mak suami dia, abg din sakit jugak. Along anak mkjang yg sulung tu smpai petang.
Acik ni dia risau nk tinggal mkjang sorang2. Sebabnya masa kt hospital haritu mkjang pengsan. Tak sedar kn diri. Dia takut benda tu jadi masa mkjang sorang2. Dia ckp nasib lah aku ada, boleh jugak tengok2 kn mkjang. Masa arwah pakjang aku meninggal pun, aku lah yg jaga mkjang aku. Lima tahun lepas. Padahal ramai lg anak buah yg lain, tp aku jugak yg mkjang nk. Sebab dia selesa katanya. Aku pun mmg rapat dgn mkjang ni.
So berbalik pada sakit dia. Doktor bg dia ubat jantung yg kena letak bwh lidah tu. Kemana mana mkjang kena bwk ubat tu. Dan dia ckp dada dia masih sakit dan dia rasa penat. Aku agak risau tgk keadaan mkjang. Sbb jarang tgk dia sakit. Bila dia lemah mcm ni aku jd risau & sedih.
Tadi mkjng dtg dgn anak dia along tu. Dtg kedai ibu. Tapau makanan. Along cakap dia nk bawak mkjang ke KL. Tinggal dgn dia. Risau dia tinggal sorang. Kalau tk hari jumaat bru mkjang pegi. Sebab dia kata aku ada smpai rabu. Boleh jaga dia. Jmaat ucu hantar dia rumah acik. Tp along kata biar dia bwk je. Senang. Nnt jumaat bru dia hantar rumah acik.
Nampak muka mkjang taknak pegi. Berkali kali kali dia ckp aku ada boleh jaga & tgokkan dia. Nnt ucu pun ada boleh jaga dia.
Tp utk kebaikan dia jugak. Aku pjuk jgk dia ikut along tu. Masa nk balik, laju je mkjang jalan pegi kereta. Dia sebak nk salam ibu, makteh dgn aku. Takut nngis lagi. Huhuu. Ya makjang aku sejenis macam aku. Luaran kasar. Dalaman getah betik. Senang naw nangis nya. Huhuu.
Dengan redha nya mkjang gerak ikut along balik KL. Hujung bulan nnt kalau dh okay bru along akan hantar balik sini. Semoga makjang cepat sihat dan diberikan kesihatan mcm sebelum ni. Aku ckp kt mkjang 'nnt mkjang dh sihat, adik bwk mkjang makan macam' gelak je dia dalam sebak tu.
Doakan makjang aku cepat sihat ye. Semoga dia kembali mcm sebelum ni. InshaAllah amin ❤️
0 Comments