Keluarga ....


Assalammualaikum dan Hai. 

Korang mesti ada pengalaman bergaduh dengan adik beradik bertengkar dgn mak ayah korang. Lawan cakap makayah korang. Korang mesti ada kan? Entry kalini aku just nk share betapa berharganya ahli keluarga kita. 

Sebelum ni aku mengaku, aku dengan ibu terlalu kerap bergaduh. Ya. Bergaduh bertengkar. Aku melawan apa saja yg ibu ckp. Aku dgn ibu ni lebih banyak bergaduh dari berbaik. Tp aku melawan tu tkda la sampai memaki hamun. No no. Aku tak macam tu. Aku cuma lawan apa yg ibu ckp. Korg faham kan? 

Aku ni boleh dikira dengki jugak lah dgn abang aku ni. Roy. Abang aku yg no 4. Aku dengki bkn apa. Sbb dia manja dgn ibu. Hahaha. Ibu selalu backup dia. Lagipun roy ni jenis tk melawan. Kena marah diam je. Tunduk je. Aku tak. Aku mmg akan lawan. Hahaha. Tp aku pulak manja dgn abah. Bila abh yg bercakap dgn aku, tkda lah aku melawan sgt. Hahaha. 

Tpi lepas besday aku. Aku kurang dh melawan ibu. Aku jadi lebih rapat dgn ibu. Sama jugak dgn ibu. No more complaints. No more argue. Aku dgn ibu mcm Bestfriends. Hahahaha. Maybe usia meningkat. Rasa sayang pada ibu tu lebih dan aku tk lagi pentingkan diri nk defends diri sendiri lg. Kalau ibu ckp ke mrah ke. Aku lebih banyak diam. Salah atau tak. Belakang cerita. Aku fikir, selagi aku ada ibu abah. Aku patut bersyukur dgr bebelan ibu, marah marah abah. Diorang sayang aku. Sebabtu diorang marah. 

Lepas aku stay berjauhan dgn ibu abah. Aku stay penang, ibu abah dekat perak sana nun. Tiap tiap hari aku akan call ibu. Tkde apa nk ckp pun aku akan call. Nk dengar suara punya pasal. Kdg tu aku videocall. Hahaha. Kalau aku tk call, ibu pulak yg akan call aku. Heheh. 

Dan dulu aku lebih suka spendtime dgn kawan kawan. Contohnya masa aku belajar dedulu. Balik je mesti aku tk melekat kt rumah. Aku mesti cari mmber aku. Lepak sampai pagi. Tp skg ni, aku lebih suka habiskn masa dgn family. Padahal tkde pegi mana pun dgn ibu. Teman pegi TF je kdg beli brg2 utk niaga. Tapi aku akan lebih pilih utk teman ibu dari ikut kawan kawan aku pegi mana mana. 

Korang jaga lah hubungan korang dgn family. Dgn parents korang. InshaAllah apa je kepayahan dlm hidup korang Allah permudahkan. Dari segi Rezeki pulak, Allah cukup kan. 

Bila dh kurg masa bersama setiap ahli keluarga. Rasa rindu tu mula bertambah. Aku jadi nk balik bila abang abang aku balik. Kdg tu mmg plan nk balik sama2. Sekarang aku fhm erti keluarga. Walaupun nmpak abang abang korang tk peduli psl korang, tp dlm diam. Diorang amik tahu. Trust me. Mulut diorg je ckp tk kisah. Cara diorg je cakap tk peduli. Tp hati? Risaunya diorng bila bygkan adik dia sorg2 dkt tempat orang. 

Skg aku appreciate setiap apa yg abang abang aku buat utk aku. Alhamdulillah along aku pun dh mula berbaik dgn ibu abah. Alhamdulillah semuanya kembali erat. Dan inshaAllah bulan 12 ni, Abang roy aku akan kahwin. Doakan keluarga aku sentiasa erat dan elak dari berselisih faham. 

Do appreciate your family members. Love them. More than your friends. Buat diorang sebagai PRIORITY. Ya kawan pun ada masa kita susah. Tp keluarga sejatuh mcm mana pun kita. Dia akan sambut tangan korang. Trust me. Relationship with family never ends ♥️ 

2 Comments

  1. Yaaa , family comes first . Biasa la waktu zaman sekolah mesti mak ayah kongkong hidup kita lebih. Tapi tu semua bersebab . Sama macam saya jugak. Dulu mak ayah kongkong , nak kluar lepak dekat bandar dengan kawan2 pun susah . Sekarang bile dah besar , bile dah boleh berfikir , kita sendiri yang rasa taknak kebebasan nie. Macam saya , asal balik kg je takda langsung contact kawan2 melainkan hari raya . Kalau setakat balik sabtu ahad or cuti 2 3 hari je , memang saya akan duduk rumah je spend time dengan family . Tu pun rasa tak cukup je masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Rasa tk ckup je masa dgn fmly tu. Huhuu 🥺

      Delete