Fenomena hati
Assalammualaikum dan Hai.
Terkadang, hati tak kuat untuk menahan rasa. Rasa kesal, rasa sebak, rasa terhmpit dekat dada. Umpama batu besar menghempap didada. Nafas seakan sesak dan tersepit. Perit! Aku sangat sayang kn dirinya. Tapi dia seakan tidak pernah perasan akan kewujudan aku. Setelah bertahun bercinta. Tapi dia masih tidak endah tentang perasaan aku. Bagi dia, aku cuma merimaskan mendatangkan stress untuk dia.
Kadang aku rasa tak layak untuk aku dekat dgn dia. Dia lebih bahagia sekiranya aku tiada. Dia lebih bahagia bila bersama orang lain. Aku ni cuma sengsara bagi dia. Tapi macam mana aku nk jauh kan diri aku dari dia? Macam mana? Hati aku dah terlalu sayang terlalu kuat aku pegang dia. Perit sngat aku rasa bila dia katakan aku tidak penting untuknya. Dia cuma kesian kan aku. Hmm. Sedih kecewa! Hanya Allah yg tahu.
Walaupun aku disakiti beribu kali. Ya aku masih ada dengan dia. Sayang aku tk pernah berkurang. Apa yang dibuat semua aku tutup mata. Bodohnya aku! Kenapa susah untuk aku menbenci dirinya? Kenapa? Aku penat! Penat utk lalui segala kepayahan ni. Penat utk gembirakan hati orang. Tapi orang ada jaga hati aku? Belum cukup dgn dia, keluarga juga satu masalah bagi aku. Tiap apa yg aku buat untuk mereka. Tidak pernah ada ygpuas dan tidak pernah ada yang fikirkan sakit dalam hati aku ni.
Aku seboleh bolehnya jaga hati diorang semua. Jaga kata kata untuk tidak melukai hati sesiapa. Tapi diorang semua ada fikir tk kata kata yg diorang lempar dekat aku? Sumpah aku tak kuat! Terlalu pedih terlalu penat terlalu sesak untuk aku. Semoga hati aku makin kuat.
Sedutan dari novel yg aku siapkan. Semoga ada banyak lagi idea yg mencurah curag datangnya. Huhuu.
1 Comments
Ehh ingatkan pengalaman sendiri. Hehehe. Goodluck awaknyaa :)
ReplyDelete