Boyfriend aku dah khawin


Assalammualaikum, Hai gaiss.

Agak lama ehh aku menghilangkan diri. Masih ada lagi ke yg menjengah blog aku yg tak seberapa nih? Em emm. Ada tu terima kasih sangat sangat sebab sudi datang sini dan baca segala bebelan aku ni. InshaAllah aku akan cuba aktif mcm dlu balik. Aku kurang aktif skg sebabnya hp yg aku guna utk blogging retak. Pecah berderai. Susah utk aku nk buat content semua. Hmmm. Kalau ada sesiapa nk jual ipad boleh lah dm aku kt ig or fb.

So berbalik pada topik asal. Boyfriend aku dh kawin. Ya dh kawenn wehhhh T-T 6 december 2019 hari jumaat lepas asar dia sah jadi suami orang dh. I is sebak u know. Uhukkkkuhukkkk! Aku la yg siapkan dia semua. Ceh tipu je. Ofkos la ibu aku yg siap kn anak manja dia ni. Err. Ya boyfriend aku ni abang aku yg paling paling paling rapat dgn aku. Dari sekolah sampai lani, bila aku keluar dgn dia. Mmg aku akan pgg tangan dia. Aku ni baby dia katanya. Kehkeh. Tapi gaduh tetap gaduh. Manade yg adikberadik tak gaduh. Gaduh tu yg kenangan tu. kan? Huhu

So masa hari nikah tu. Tak ramai pun pegi. Abang aku yg sulung pun smpai hari sabtu pagi. Alang aku pun tkdan tgk dia nikah, diorg smpai pun dh selesai nikah dh. Masa hari nikah, ayah kakak ipar aku yg nikah kan diorg. Aku ckp kt abah, nnt adik kawin pun nk abah yg nikah kn. heehehe. Dengan sekali lafaz abang aku jadi suami org. Tp aku rasa mcm dua. Yg first punya abang aku okay. Cuma ayah pengantin pulak. Tersasul. Hahaa. Kadi pun gelakkan ayah pengantin perempuan. Sbb dia yg nervous. Iyela siapa je tk nervous. Lagi pulak nk lepaskan anak sendiri kan? Kalau ikut kn dh sah dh. Tp kadi tu kata ulang jela balik. So ulang lah. Abang aku kena lah belanja aku prosperity malam tu. sbbnya aku dgn dia bet, kalau sekali lafaz aku belanja dia properity. Tp kalau dua, dia yg belanja aku prosperity. Ngehngehh!

Rumah pengantin perempuan dgn rumah kami tak jauh mana pun. Pengantin perempuan stay dekat TELUK INTAN je. Dalam 10-15minit je dari langkap. 6hb Nikah, 7hb Sebelah perempuan dan 8hb sebelah lelaki. Apa pun tahniah bro. Habis dh anak lelaki ibu dh kahwin. Tinggal la aku sensorg tk kawin lagi. Huhuuuu. Diorang dh kawin pun aku tetap princess diorang. Hahahaha. Idontcare!


Di sini aku tepek la satu dua gambar masa dia nikah. Letak sebagai kenangan. Semoga berkekalan hendaknya. To abang roy, jangan nk cc nak game sgt dh. Awak tu dh berbini 😒 semoga bahagia hingga ke hujungnya ❤️🐣





Gaduh dulu 😂





Aku dengan anak buah aku. Ni cucu ibu yg sulung. Batrisyia. 




Auchhh! So cantik lah. Hahaha


Ibu, abg roy, kakwawa, makjang



Ni yg paling ibu dan makcik aku tertarik. Ibu aku ckp dulu dia kawin pun guna cadar ni la. Sgt cantik wehh. 


Manja gila aku dgn si roy ni.


Sebelum masuk rumah. Tengok lah muka nervous dia tu. haha

Tunggu for the next post okay. Aku akan sumbat banyak2 gambar. Simpan sini jadikan kenangan. huhu ❤️

0 Comments