Thursday, 9 January 2020

Drama : Kampung people


Assalammualaikum/Hi,

Setelah sekian lama aku tak tengok drama melayu wehh. Knp tak layan drama melayu? Sebabnya aku menyampah, asyik asyik gadis kampung terlanggar bahu jumpa laki kaya, bercinta, family tak suka, kawen. Anak dato anak datin. Pastu pegi kolej kehulu kehilir bawak fail. Pastu jalan terlanggar pulak anak dato yg berlagak, pastu acah acah gaduh sbb anak dato tu sombong. Pastu lelama berbaik bercinta berbunga bunga.

Wtf gaisss! Terlalu boring lah dgn jalan cerita yg lebih kurang sama. Nothing yg menarik. Srsly. Aku bukan nk kondem drama melayu. Tapi aku rasa apa aku cakap ni betul kan? Kalau korang tgk drama melayu, jalan cerita mesti anak dato anak orang kaya. Takpun gadis kampung pergi bandar jumpa orang kaya. Haduiiii.

Tapi setelah aku terjumpa drama 13 episod ni. Aku mmg tak pernah terlepas satu episod pun. Mula drama ni aku mcm menyampah jugak lh dengan si mona dan lailerr tuu. Tp lama lama ya boleh layan cita ni. Penulis cerita ni, Wan Hasliza Wan Zainuddin & Baizura Kahar. Jalan cerita yg sangat menarik. Diterbit oleh KL MOTION PICTURES. Pelakon utama dia, Rashidi Ishak sbg Razif atau nama kampungnya Abu Bakar. Elly mazlein sbg Mona atau nama kampungnya Aminah. Watak lailerr si lidah matsalleh tu pulak dipegang oleh Riena Diana. Dan watak anak bongsu si Razif pulak dibawa oleh Kamarul Eqifshah sbg adam/imran/yamie.


Aku paling suka part intro ni. Selalunya drama mestilah ada OST kan. Tapi cerita ni unik, sbbnya intro dia yamie yg bercakap. ‘ Ini Razif dia kahwin dengan Mona, mereka ada anak yang bernama Layla dan Imran. Mereka ini orang bandar. Razif kerja dengan tuan Suhaimi, dia tu gangster. Satu hari, Razif dan Tuan Suhaimi kena tangkap oleh ejen Syukri, ejen Syukri bagitau razif, kalau kau tak nak kena penjara, kau kena jadi saksi masa perbicaraan tuan Suhaimi, orang tuan Suhaimi nak bunuh Razif, jadi ejen Syukri paksa razif dan keluarganya menyamar jadi orang kampung  dan balik kampung dan tanam jagung dan jadi .. KAMPUNG PEOPLE’

Part suara si yamie ni mmg fav aku. Sangatt unikk. Tanpa lagu ost pun drama ni boleh meletops! Tapi tulaa tak puas tengok. Sikit sngat. Episod akhir ni tak sangka pulak aku si badrul dpt bini punya lawa. Huhuu. TP a.k.a Tok penghulu disandang oleh Razak Ahmad. Aku geram je dgn si TP ni, si Razif tgh sakit akibat kena tembakan Tuan Suhaimi, yg si Tp ni sebokk nk minum tak habis habis. Hahaha. Abang norbit yg disandang oleh Haeriyanto Hassan, watak abang norbit ni kelakar la jugak. Dia cemburu kan si Razif/Abu tuu. Konon dtg nk tangkap gambar Abu & Family nk send dkt wartawan. Sekali terdengar tembakan yg dilepaskan oleh Tuan Suhaimi, terus berdesup dia panggil geng ajak selamat kan si Abu tu. Part yg dia bagitahu diorang & diorang tak percaya tu, nasib lah ada si Jakfer atau oranglain selain Lailerr panggil Jaffar.

Mail ‘kiranya abang norbit tk tipu la’ . Abang Norbit ‘aku tak tipu la ngokngek’ hahahaha berdekah aku. Lama tk dengar perkataan ngokngek tu. Dulu masa aku kecik kecik selalu gaduh dgn abang roy, ngokngek tu jela satu satunya yg aku berani sebut. Sebut bodoh tengok, mau penampor bergulung aku dapat. Hahahaa. Eh tertrobek pulakk.

Aku harap kampung people akan ada sambungan lagi. Dan harapnya sambungan tu nanti sama macam yg skg dan lagi menarik. Keep it up. Thankyou Pengarah, Penulis, Penerbit dan crew2 buat cerita yg menarik macam ni. Peminat Kampung People akan merindui setiap watak yg ada. Lagi lagi scene Lailerr & Badrul. Badrul baik sangat dgn Lailerr. Dan badrul jugak lah Hero sebenar dalam drama ni. Thankyou badrul menghiburkan kami semua ❤️

Yang belum tengok dan ada rasa nk tengok cerita ni, korang tengok je kt youtube. Dari episod 1-13 semua ada. Happy watching gaiss.

🐣 Aku baru berjinak jinak untuk buat Vlog. Dont forget to subscribe channel aku nanti tau. Hehehe

3 comments:

  1. Baru nak layan haritu, sekali dapat tau dah habis hahaha
    Kena tengok dekat youtube je lah cuma tak puas sebab suka tengok kat screen besar.

    ReplyDelete
  2. tetiber pulaks iolls lapar chendolssss

    ReplyDelete