Rindu punya hal !


Assalammualaikum, hi.

Harini genap seminggu aku duduk penang. Harini ibu, angah, abah, dan kakngah balik perak. Khamis haritu diorang dtg tengok aku dan bwk barang2 aku. Baru ckp rindu, demam ibu dh datang tengok. Huhuuu. Dari khamis sampai sabtu ibu stay sini. Makan nonstop gais. Macam mana tk bulat. Ibu asyik bwk pegi mkn je. Alasan yg agak clichè . Hahaha.

Kalini aku bwk ibu ronda penang naik grab je. Senang. Takpayah nk cari parking. Takpayah abah penat2 nak drive hadap jammed dlm penang ni. Suruh aku drive mmg aku malas lah. Hahah. Nk harap angah? Mmg dia lagi seronok naik grab.


Hari khamis tu ibu sampai dalam pukul 140 cemtu. Eisya anak buah aku yg sulung tk balik lagi. Haziq nk pegi kafa. Aku angkut haziq pegi parking jumpa nenek dgn atuk diorang dulu. Atuk dgn nenek mmg rindu la kt cucu diorang ni. Yela last balik pun masa kitorang pegi genting haritu. Raya tak balik. Puasa pun tk balik. So ni atuk nenek yg datang sini jumpa. Ohh lupa nk bgtau, aku stay penang dgn kakak ipar aku dgn dua anak dia. Eisya and haziq. Why kakak ipar? Nnt lah aku cerita :) complicated.

Ibu sampai tu aku bwk lah ibu rest dlu dekat rumah. Sementara tunggu kaklong (kakakipar) aku balik. Dia keje pagi, dalam pukul 230/3 baru smpai rumah. Sementara tgu tu panjang lebar lah membawangg dgn ibu abah angah kakngah semua. Huhuu. Kaklong sampai rumah, dia mandi siap solat semua, kitorang keluar cari mkn. Ibu dia biasa lah dtg sini. Nak makan nasi kandaq lah. Tempat fav dia, mohamad rafee dekat pulau tikus.

Firstday ibu kt sini, aku bwk lah tempat fav ibu tuu. Ibu aku ni jenis makan tk banyak, tp dpat nasi rafee ni, habis. Wow! Macam tak caya gituu. Fav aku kt sini mcm biasa lah. Telur sotong. Semua kitorang makan + tapau harga semua dalam RM109. Okay lah, sebab banyak kot kitorang tapau. Dengan ayam, dgn sotong, dgn telur sotong, dgn daging. Banyak lah.

Hari kedua (jumaat) keluar lmbat jugak lah. Sebabnya abh angah dgn haziq pergi solat jumaat dulu. Dalam pkul 330 mcm tu baru keluar and pergi makan. Pegi kapitan setia triangle je. Sebab kaklong balik keje dia taknak ikut pegi jauh2. So naik lah dua kereta pegi kapitan hipster tu. Why hipster? Kapitan tu nice gila, susunan dia semua mcm kafe hipster, so kapitan hipster. Haha.

Ibu order beef briyani, angah kambing briyani sama dgn abah. Kaklong tandoori briyani, kakngah dan eisya chicken briyani. Aku naan cheese tandoori. Haziq dia kenyang, makan yg nenek dia masak kt rumah td. Cekodok pisang. Haha.


Ni naan cheese aku. Aku kalau kapitan tak cari benda lain dh. Memang yg ni je aku bedal. Sbb tempat lain naan cheese dia tk sedap. Kt sini bg aku sedap. Tak kisah kapitan mana, kapitan punya naan cheese mmg sedap.


Pastu ibu aku tanya yg ni apa nama dia. Gambar atas tu. Aku mmg tktau la. Aku pun tanya lah din. Din ckp ni nama nya tairu. Macam yogurt. Tuang dkt nasi briyani tu. Surrrr katanya. Ibu ckp masam. Kerut kerut muka ibu. Huhuuuu.

Setel makan makan kt kapitan. Kitorang hntr kereta kt flat balik. Tunggu grab sampai pulak. Grab dari flat aku ke queensbay mall dlm RM17,sebab aku amk grab xl, driver grab dari flat ni, ya Allah kelam kabut gila wehh dia drive. Habis bump semua diradaknya. Aku dgn eisya dah melantun2 kat belakang. Brp kali kena hon sebab main keluar je tk tengok kereta blkg. Jammed je dia tutup enjin dia. Kau byg kn aku kt blkg ni panas macam mana. Lecak tiak! Hahaha.

Sesampainya kitorang dkt QB MALL . Aku terus masuk nk aircond. Peluh dh bercerau tau tak. Ibu aku niat dia dtg sini nk beli kan barang2 baju seluar utk cucu dia. Haziq and eisya, kitorang msuk lah pdi. Abah, angah dgn kakngah merayap kt luar. Taknikut msuk pdi. Haziq dia pilih lah baju kt tempat kids. Yang si eisya nih aku cari kn baju, tk muat dh weh dia pakai baju kids. Dia kena beli dkt tmpt dewasa dh. Size S. Ibu suruh dia amk XS. Kecik wehh xs. Hahaha. Besar dah anak buah aku. Sebak terasa. Sobsosb T-T


Ni anak buah aku. 12tahun. Besaq panjang dh. Tak lama lagi sama tinggi dgn acu dia dah. Walaupun kecik2 dia dh kena hadap situasi yg bermain dgn perasaan dan emosi, dia tetap kuat. Mulanya dia mmg down, result merosot, dlm kelas merosot, smpai dpt no 32/35 dalam kelas. Now aku bangga dgn dia, dia boleh handle perasaan dia, emosi dia dan comeback dgn keputusan yg semakin lama makin meningkat, dan dan berharap dia jadi seorang yg berguna satu hari nanti. Untuk mama dia, adik dia, dan kami semua. Korang pun doakan NUR ADRIANA BATRISYIA berjaya ye.

Setel shopping, kitorang gerak pegi astaka bukit gedung, kedai adik abah aku. Ada dua orang niaga situ. Mak uda & cik ani. Dtg sini kalau tak makan mmg tk sah wehh. Tp disebabkan perut masih padat. Mak uda order kan kitorang sate. Agak besar satay dia, 80sen je.


Satay besar ni 80sen. Sgt wow kan? Nk cari korang boleh cari dkt area astaka bukit gedung. Bukan dkt dalam. Dia dkt blah blah flat atas tu. Setel makan2 kedai makuda. Kitorang gerak kdai cikmah pulak. Dekat siwah lama bayan baru. Dkt sini abah aku try mee kuah pakteh sham. Sur! Jemput lah try ye.

Sampai rumah dah pkul 10. Muka semua dh lemau lembik dh bau macam2 dh. Mandi2. Buat apa yg patut, semua lena awal. Harini ibu, abah, kakngah dgn angah gerak balik perak dh. Ibu ckp kalau raya haji nnt aku tk cuti, ibu dtg raya sini. 😍

Itu jela sedikit sebanyak kisah anak manja 😂 Sikit sikit demam, sikit sikit rindu. Entah lah skg ni aku mmg sangat manja dgn ibu and abah. Kalau boleh nak video call hari hari. Selagi ibu abah aku ada. Diorang kebahagian aku. Doakan rezeki aku murah ye. Aku teringin nk bawak ibu abah pegi umrah/haji guna duit titik peluh aku sendiri. InshaAllah amin.


Doakan NUR ADRIANA BATRISYIA BINTI AZUAN berjaya dalam UPSR. Dia target nak msuk MRSM. Thankyou 😊🤩

4 Comments

  1. seronokkan jalan-jalan dengan famili:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp awak. Seronokk sgt 😆 rasa tknk bg diorg balik je

      Delete
  2. bru semalam makan naan cheese. sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naan cheese sedap kan? Tp kalau pegi penang. Pegi pelita better jgn amk naan cheese. Dia pun cheese tk padat. Huhuu. Sorry pelita 😂 Aku cuma bersikap jujur. Hahah

      Delete