My one and Only!
Assalammualaikum, Hai.
Harini 8 Julai 2019. Abah aku genap 58 tahun. Pejam celik pejam celik dah 2tahun abah pencen. Kejap je masa berlalu. Dalam tak sedar. Abah besar kan aku 5 beradik dengan kerjanya sebagai pembantu perawatan, dan ibu aku hanya peniaga kecil. Walaupun kehidupan kami tidak semewah orang lain, bagi aku itu dh ckup mewah. Sebab aku tk rasa pun kekurangannya dalam setiap apa abah dan ibu bagi.
Aku bersyukur, sangat bersyukur ada abah yg baik dan penyabar. Tp sabar sabar abah aku, sekali dia marah jangan buat wehh. Antara lima beradik ni. Aku paling nakal paling buas, paling banyak masalah. Kes dkt sekolah, mmg aku byk kes. Biasa lah nakal2 dulu kan. Rotan tu mmg dh manja dh dengan aku. Batang paip tu pun dh tk larat dh dengan aku. Dulu aku ingat lg, aku kena rotan guna pembaris besi miss foo. Sakit weh tgn ni, kebas. Nk tulis pun sakit ya amat. Nangis je mampu. Tu pun aku tk berani nk mengadu dgn abah. Sebabnya salah aku, kalau aku mengadu konfem kena lagi teruk. Kalau budak skg? Sikit2 saman. Maaflah kalau ada yg terasa. Ibu pernah cerita dkt aku tau, dulu ibu abah pernah gaduh. Biasa lah rumahtangga mana yg tkde gaduh kan?
Ibu ckp dulu gaduh teruk dgn abah. Sampai aku lahir. Aku menjadi penyeri utk diorang berdua. Yela yg lain lelaki, sekali yg bongsu perempuan. Abah orang paling gembira. Sebabtu aku paling manja. Hahaha k perasan. Tp kalau nk ikutkan manja, aku rasa along aku paling manja dgn ibu abah. Tapi disebabkan dia dh tua dah besar panjang. So tak nampak sgt. Manja tu aku punya. Hahahahahahaha.. *gelakjahat
Abah dgn ibu aku tersangat lah banyak sabarnya dengan aku. Ada anak lelaki 4 orang pun tk setanding dgn kedegilan aku. Aku perempuan bongsu. Sorang je perempuan. Bayangkan aku manja dengan abah mcm mana. Aku nk apa pun abah mesti usaha utk dapatkan. Walaupun kdg tu tk ckup duit, tp untuk aku abah usahakan jugak. Skg ni bila aku fikir balik perangai aku dulu2. Menitik air mata ni. Kesian abah! Banyak sgt yg aku mintak dari dia. Sedangkan aku tak bagi lagi apa2 pada dia.
58 tahun abah dah lalui macam macam dalam hidup abah. Banyak abah korbankan untuk anak anak abah. Untuk ibu. Penat lelah abah, abah tk pernah tnjuk. Sekarang adik faham mcm mana penatnya abah nk layan perangai degil adik (aku) .
👉sempena ulang tahun kelahiran abah yg ke 58, adik ucapkan semoga abah dimurahkan rezeki, diberi kelapangan dan sentiasa diberkati Allah. Semoga kita sekeluarga dibawah lindunganNya. Adik harap takde lagi manusia yg berhasad dengki dengan keluarga kita. Tak sanggup rasanya nak tengok abah dgn ibu sakit mcm dulu. Tak tertahan rasanya hati kecil adik ni nk tengok ibu abah merana tahan kesakitan mcm 7tahun lalu.
Along, angah, alang, abang roy dan adik, kitorang semua sayangg abah. Sayang sangat. 22tahun abah besarkan adik tanpa kenal erti penat dan lelah 😊 Adik bangga ada abah ada ibu. Ada along, angah, alang, abang roy. Tak ternilai rasanya kasih sayang ibu abah utk kami lima beradik. Kesakitan dan kepayahan yg ibu abah sanggup tempuh utk kami sangat besar ertinya buat kami. 5 anak ibu abah. 5 perangai dan kerenah yg ibu abah kena layan kena hadap. Arghh penatnya kan! Terima kasih abah atas segalanya yg abah buat untuk kami semua. Utk anak2 abah, untuk ibu. Terima kasih sebab jadi yg terbaik utk kami semua 😍 Adik sayang abah 3000times 😜 selamat hari lahir abah tersayang. Muhamad Rasid B Dahlan.
- Doakan abah dan ibu aku sihat dan terlindung dari segala hasad dengki. Doakan mereka sentiasa dibawah lindungan Allah. Terima kasih ❤️ Semoga Norsuhaida dapat bawak ibu, abah, along, alang, angah dan abang roy pergi tunaikan haji dan umrah satu hari nanti. Amin
6 Comments
Selamat hari lahir untuk ayah awak. Semoga ayah dan ibu awak diberikan kesihatan yang baik. Dilindungi Allah sentiasa dan diberkati hidupnya dunia dan akhirat. Aamiin.
ReplyDeleteTerima kasih awakk 💕
Deleteomgee samalahh kite.. hee. camat hari lahir uncle.. follow here #73
ReplyDeleteHehe. Abah saya ckp tq 😜
Deletesalam ulangtahun.... 1st time datang sini. done follow.. jemput singgah dan followback.. terima kasih :)
ReplyDeleteTerima kasih awakk. Shue dh jengah blog akk dan follow :)
Delete