Buat header guna picsart (smartphone)


Assalammualaikum. Haii.

Harini aku ada interview pukul 1 japgi. Tapi aku bangun awal gila. Pukul 8 aku dh celik mata tkmau tidur balik dh. Huhuu. Dh la tidur pun dalam pukul 4-5pagi cemtu. Mata dh mengalahkan panda dh. Disebabkan aku tk boleh nk lena balik walaupun cuma 15minit je aku nk lelap balik tuu. Tapi yela kalau 15minit kang takut terlajak jadi sejam limaploh minit pulak. Huhuuu.

Aku dh scroll ig, scroll fb, Bw blog korang. Mata masih segar bugar. So aku pun masuk lah apps picsart. Aku pun edit lah sikit demi sikit header aku nii. Ya, aku menggunakan picsart sepenuhnya ya kawan kawan. Mudah & cepat je gais kalau guna picsart ni. Cumanya korang punya header tu kena betul height & width. Takut besar dia tak boleh bwk bincang. Macam aku sebelum ni pernah jugak header aku jd gedabak punya besar. Siapa yg follow aku dh lama mesti pernah perasan header aku yg besar tu kan? Huhuu. Masa tu masih baru lg berjinak dgn picsart nii.

Mehh aku ajar sikit macam mana nk guna picsart ni. Kalau korang lebih expert dan ada salah silap aku, silalah beri tunjuk ajar. Saya masih nubis kubis lagii. Saya bersedia menerima segala tnjuk ajar. Huhuuuu

Okayy first, korang install dulu apps ni dekat playstore atau appstore. Search je PICSART.


Logo dia yg aku buat arrow tu. Kalau korang mampu utk subscribe canva to premium punya, korang boleh guna canva jugak. Tapi ni aku ajar guna picsart duluu okayy? 

Korang dah install picsart tadi korang open dan cari transparent punya canvas. Kalau blog korang mmg pakai yg ada background terpulang okayy. 

Lepas korang dh bukak apps tuu. Korang akan nampak tanda + warna biru. Korang click situ korang akan jumpa mcm dalam gambar 1. tuu. Dh jumpa yg transparent tuu, korang tekan situu. 



Lepas dh click yg transparent canvas tu. korang akan jumpa mcm dlm gambar no 2 tu pulak. Korang tekan dkt tools tu. 



Dah tekan tools. Korang dpt lah mcm ni kan? So korang tekan pulak yg crop tu. korang crop untuk adjust width & height. Mengikut kesesuaian blog korang. Aku guna utk blog aku 960w 320H



Korang boleh drag je kn benda tu. tp kalau nk senang. Click je yg kat atas yg aku letak arrow tu. Tekan situ then korang letak la width & height tu ikut kesesuaian okay. Kt sini paling penting. Sbb kalau kecik sgt nnt kt blog korang tu header alahaii secoet je bak kata makcik aku. Huhuu. So kena pandai lah dkt sini okayy. 


Dah dpt lebar dan tinggi yg sesuai, korang click pulak pada text. Untuk masuk kn words yg korang nak. Lepas dah letak text tu, korang pilih pulak font,colour semua tu. Colour tu aku guna gradient, aku mix dua colour. Jadi terhasil lah yg dalam gambar 7 tuu. 

Setel masukkan text. Next korang akan nampakk icon mcm dalam no 8 tuu. Kalau korang nak tmbah gambar comel2 korang click pada sticker. If korang dh ada buat gmbr korang click je pada cutouts tu. Tu sticker yg korang dh buat. 

Lepas dh tekan sticker yg korang suka tadi, korang letak lah kt mana2 yg korang suka. Aku gantikan A dgn sticker aku tadi. So nampak mcm dlm gambar no 10 tu. kalau korang nk tambah gmbr atau nk buat sendiri sticker muka korang yg comel comel dan macho tu. korang boleh ikut step 11 dan seterusnya. Sebelum terhasilnya yg no 11 tu. korang click dlu pada ikon dalam gambar no 10. Add photo. Click situ dan baru terhasil gambar no 11 tu okayy.



Bila korang dh dpat gambar mana yg korang nk tadi. Korang akan jumpa cutout dalam gambar no 11 tu kan? Okay click situ. Lepas dh tekan. Korang akan dapat gambar mcm no 12. Nk senang tekan je dkt yg icon mcm org tuu. Nnt terhasil gambar no 13. Kalau rasa tk kemas, korang boleh guna tools tu. utk padam background dan utk tambah balik gambar yg terpadam tu. 



Dah setel padam background. Jadilah sticker korang tu. so dah boleh letak kan dkt mana je korang suka okayy. 



Disebabkan aku dh ada sticker sendiri aku stick pada satu gambar je. Dah selesai mengedit gambar dan text. Korang boleh tekan next. Dan tekan save.


Then keluar mcm ni. Korang tekan download photo. Siap lah header korang tuu.


Ni lah rupa header yg aku buat tadi. Selamat mencuba. Sekiranya ada apa apa kekurangan aku. Maafkan aku ye. Aku pun baru belajar sikit sikit. Ada yg aku boleh share aku share. Selamat mencuba gais 😘

1 Comments