LWS CRUISE @ Penang


Assalammualaikum. Hi.

Ni cerita lama ye. Aku tk pegi time tgh PKP ni. Jangan risau dan bawak besabar. Aku nk keluar pegi kedai pun dh kena jelingan maut abah. Lagi nk pegi bercuti huhahuha. Mauu terpacakk remote tv atas kepala. Hahahahahah. Mesti korang bayangkan mcm mana ropenya kalau remote control tercacak ataihh pala kn 😂 Okok balik kembali kepada tajuk asal. Hehe. Masa bulan 1 haritu, kakmai (kakak sepupu aku) wasap aku tanya nk tk follow diorang naik cruise. RM50. Gila kau taknak. So aku dari langkap berenam. Pastu kt penang aku bawak anak buah aku. Batrisyia.

Malam tu along aku bawak pegi makn. Dia amk kitorang kt flat dlu. Then baru pegi makan malam dekat area tokong ulaq. Time ni aku tktau la apa yg merasuk abang aku ni. Di order nya ikan sampai 3. Kau gila ke ap along. Aku mmg lah kuat makan. Tp masalah nya ni banyak nauu. Pastu along ckp apa tau, ‘elehhh, angah ada, din ada, konfem habis punyaa’ ehh ehh suka suka dia jee.

Nasib baik habis. Tp bukan aku aku tk makn banyak diet masa nii. Tapi dalam diet diet tu, 3kali jugakk aku tambah. Hahahahahahahah. Aku bukan kuat makan aku cuma nk elakkan pembaziran. Angah dengan din mmg mangsa lah utk habiskan semua tuu. Yaa din ada sekali. Alongg aku ajak. Hehe. Dh setel makan memasing perut dh mcm ikan buntal. Along hantar balik. Esok tu 18/1 tak silap aku. Pukul 7 along dah amik kami. Awal kan? Naik cruise tuu pukul 9. Tp along aku tau ibu dgn makcik2 aku ni tk suka lambat. So dia pun amik kami dkt rumah mama batrisyia. Then hantar kami pegi port. Wesselton ke apa ntah yg kt padang kota tuu. Ehh lupa bgtau. Ibu aku belanja angah and bini dia sebab 17/1 tuu besday bini angah aku. Kakngah.

Kt sini yg tk cun nii. Masatu kami pegi nk daftar tuu, kena bagi ic tauu. Kitorang pegi kaunter luar utk daftar tu pukul 8.30 mcm tuu. Okayy semua bagi ic kt aku. Makjang, makteh, ibu, angah, kakngah, dan aku. Tapi bila mintak eisya dia kata tk bawak ic. Aduhhhh nayaa! Dia bgtau sbb tkot hilang. Naya wehh. Pastu tnya org kaunter tu. tk boleh! Kena ada ic. Tkde ic tk boleh naik. Omaiiii! Eisya muka dh berubah. Ibu aku pun sama. Dia kata eisya tk pegi semua tkyah pegi. Dh apahal. Mmg bengkek la akuu.




Aku call mama eisya. Mama eisya ckp tkdan nk hntaq. Klau tkleh tinggai ja eisya nnt dia amk. Masalah nya kalau eisya tk pegi kami tk pegii. Aduiiii. So along aku. Selaku abah eisya, dia call ebby. Adik mama eisya. Mintak tolong. Sebabnya along tau ebby sorang je dari bayan lepas ke padang kota boleh dlm 15minit. So try lah cl. Okayy ebby tolongg. Eisya muka nk nngis dh. Bagus aku shoot utk video nih. Ngehngehh! Aku apa lg jalan kn tugas sebagai acu yg nakal la. Mengusik! Kahkahh. Hampir menangisaku buat 🤪 pastu gate pulak nk tutup dh nii. Tu pun dh delay 40 minit dh. Sebab ada lagi 3 keluarga lain yg tk cukup ic nya. Selamat.

Ebby gerak dari teluk kumbaq pegi amk ic dkt bayan lepas. Pastu terus tembak sini dalam 15-20 minit jugakk lah. Nasib dan wehh. Kalau idak teroyakkk la. Hahahah. Dh masuk dalam cruise dalam pukul 1030-11 cmtu. Aku pun dh ingat ingat lupa. Masuk dlm tu first dia bg kami bfast
Lepastu kami pegii jalan2 amik gambar sementara tgu agihkan bilik. Ya aku amk bilik. Sebabnya ada makcik2 aku dan ibu. Diorg nk solat ke nk tidur ke sbb kami pegi mmg nk rileks je. Hahahah

Tp untuk pengetahuan korang this cruise not good for us yg muslim. Sebab ada bar semua ru. Yelaa banyak yg chinese pegi sana utk enjoy. Ni aku tanya uncle masa aku karaoke. Hahaha. For me okay lah utk merasakan. Lepaskan kalau korang nk naik, utk budak punya ada yg playground tu package punya 1.2k tk silap aku. Tkpun cari yg ada mall and aktiviti lain. Macam QUANTAM OF THE SEA. Jom aku tnjuk serba sikit gambar masa kt sana. Yg paling alu suka kt atas cruise ni, perghh time feelingg2 tuu. Dgn angin sepoisepoi bahasa menampar pipi. Kau dh lah tgh broken kena tampar pulak dengn angin. Layan woiii. Hahaha

Dalam pukul 7 tu kami semua duduk kt deck. Kt luar belah depan. Tengok sunsett. Masani pulak tgh gaduh manja sikit dgn dinmok tuu. Melayan lah perasaan kejap. So jom tengok gambar2 yg tk brp nk lawa ni. Hahaha


Ni masa nak balik dh. Lepak kat atas amik angin japp. Tgok sunset. 


Ni masa mula2 sampai. Panas rembangg ni. Hahaha


Tengokk la si budak kecik nii. Fon aku full dgn gambar dia jee



Eh ehh pos sikit. Hahahaha




Ni dalam cabin



Yang bulat baju hijau tulaa angah aku. Dh la bulat pendek pulak tu. bahahahah




Tengok lahh ibuu tuu. Hehe


Ni masa kami bertembung dgn QUANTAM OF THE SEA


Ni aku dengan maktehh



My ibuu 


Ehh budak kecik tu mmg mana acu dia ada. Ada je ikutt



3 beradik ni sentiasa ada. Pegi la mana mana pun. Mesti ada tiga2. Sebab mkjang aku dgn makteh suami diorang dh meninggal. Mana pun kami pegi mesti kami bawak makjang and maktehh ni




Okayy last. Gambar ni aku edit guna LIGHTROOM. Gambar gelap boleh jd terang. 

Itulah serba sikit masa aku naik cruise. Masa PKP ni jangan pulak korang mengada bercuti sana sini yee. STAYATHOME! Be safe okayy. Jangan lupa cuci tangan dan keluar bila perlu ye. Yang masih bekerja tuu stay safe dan kekalkan jarakk tauu.

Aku dh rindu nk meniaga nii. Tp apa kan daya PKP ni kita dengar jela arahan. Kita sama sama doakan semoga semua nya kembali pulih tauu. Nak puasa dgn abang2. Nak raya dgn abang2. Em emm. Rindu dahh ni. Em emm. Stay safe tau korangg.


1 Comments